Sambut 'Raya Meriah Max' Di MyTOWN Shopping Centre (MyTOWNKL) | aku pasti raya yang dah mula shopping kan. Rata-rata banyak tempat termasuk shopping mall pula dah mula membuat promosi untuk hari raya. Pelbagai dekorasi dan aktiviti menarik disediakan bagi menarik para pengunjung untuk merasai pengalaman membeli-belah dalam suasana yang ceria dan meriah bagi membangkitkan keterujaan untuk menyambut hari raya Aidilfitri.
MyTOWN (MyTOWNKL) juga tidak ketinggalan bagi memeriahkan suasana sambutan hari raya dengan mengumumkan pelancaran “Raya Meriah Max”. Kali ini MyTOWNKL mengalu-alukan pembeli untuk menikmati pengalaman membeli-belah yang indah dengan membawa semua pengunjung kembali ke zaman dahulu. Pelancaran diadakan dengan meriah di Snnken Garden, MyTOWNKL pada 4 April 2023 yang lalu. Memang meriah weiiii. Ada gimik dari Pos Malaysia, Persembahan penyanyi Shiha Zikir, Persembahan Kuda Kepang dan macam-macam lagi.
"Ia telah merupakan tahun yang sangat menjanjikan bagi kami kerana kami telah mengalami peningkatan sebanyak 175% dalam pertumbuhan jualan tahun ke tahun. Untuk memeriahkan lagi sambutan tersebut, MyTOWNKL dan IKANO Centers mengeluarkan "Raya Meriah Max", video jenama yang menyerlahkan mesej kegembiraan perayaan boleh menyatukan orang ramai dan mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan. Udara dipenuhi dengan gelak tawa, muzik, dan aroma makanan yang lazat, mewujudkan suasana kegembiraan tulen dan kebahagiaan.”~ Mohd Azhan Che Mat, Pengurus Besar MyTOWN Shopping Centre ~
Bagi yang suka OOTD pula, memang ni port yang terbaik la untuk korang snap photo sepuas-puasnya. Siap ada "Three dimensional ‘kampung’ jetty photo corner" tau. So, sila la rakam gambar kenang-kenangan bersama kesayangan banyak-banyak. Boleh la buat stock photo untuk ucapan hari raya nanti.
Selain tu MyTOWNKL juga menghidupkan semula tradisi menghantar poskad buatan tempatan yang sangat kreatif oleh Artbysong. Alaaaa, rindu la pulak time zaman-zaman kirim kad raya dulu kan.Bila dapat kad raya dengan mesej peribadi yang tulus dari pengirim pasti membawa nilai sentimental untuk tahun-tahun akan datang. So, kali ni boleh la wujudkan balik tradisi tu dengan kiriman poskad untuk kesayangan. sebab MyTOWNKL berkerjasama dengan Pos Malaysia untuk setup pejabat pos dengan peti mel retro yang dicipta semula bagi kemudahan pembeli menyampaikan ucapan perayaan mereka. Menarik kan.
Bagi mereka yang nak shopping pula, kat MyTOWNKL ada menawarkan pelbagai jenis barangan Raya yang menarik dan eksklusif seperti koleksi tudung, koleksi ‘batik’ dan macam-macam lagi fesyen yang boleh didapati di Bazar Aidilfitri. Untuk memudahkan uols, nah aku kongsikan senarai vendor yang ada di sini :
Bermula dari 31 Mac hingga 1 Mei 2023 pula, pengunjung dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti raya serta menyaksikan persembahan istimewa semasa membeli-belah. Alang-alang tu boleh juga terus berbuka puasa dengan menjamu selera di MyTOWNKL. Untuk senarai aktiviti, sila rujuk jadual di bawah ye :
Bagi menambahkan lagi kemeriahan suasana hari raya, MyTOWNKL bekerjasama dengan komposer tempatan yang berbakat iaitu Zimi Sofaz dan Kamarul Arifin Baharun, serta artis Shiha Zikir untuk menghasilkan Lagu Raya yang catchy dan trending. Bukan tu je, Memanfaatkan pengeluaran, TikTokers dialu-alukan untuk mencabar gerakan tarian anda dengan terdapat juga cabaran untuk menari dengan lagu raya ni tau. Aha, sesiapa yang ada Tiktok boleh join #meriahnyarayatiktokdancechallenge. Ada hadiah menarik menanti tau termasuk berbuka puasa bersama Shiha Zikir.
Bagi pengunjung yang datang membeli barangan pula akan diberi ganjaran dengan item penebusan eksklusif apabila mereka membeli-belah semasa perayaan ini tempoh promosi. Antara item premium yang boleh ditebus termasuk beg bahu serba boleh berjenama MyTOWNKL, bersama-sama dengan poskad berseni, dan paket Raya edisi terhad boleh didapati sebagai penebusan. Untuk lebih maklumat, sila layari https://mytownkl.com.my.
Laman sosial MyTOWN Shopping Centre Kuala Lumpur
No comments :
Post a Comment
Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni