Apr 15, 2023

Meriahnya 'Raya Meriah Max' Di MyTOWN Shopping Centre (MyTOWNKL)


Sambut 'Raya Meriah Max' Di MyTOWN Shopping Centre (MyTOWNKL) | aku pasti raya yang dah mula shopping kan. Rata-rata banyak tempat termasuk shopping mall pula dah mula membuat promosi untuk hari raya. Pelbagai dekorasi dan aktiviti menarik disediakan bagi menarik para pengunjung untuk merasai pengalaman membeli-belah dalam suasana yang ceria dan meriah bagi membangkitkan keterujaan untuk menyambut hari raya Aidilfitri.
MyTOWN (MyTOWNKL) juga tidak ketinggalan bagi memeriahkan suasana sambutan hari raya dengan mengumumkan pelancaran “Raya Meriah Max”. Kali ini MyTOWNKL mengalu-alukan pembeli untuk menikmati pengalaman membeli-belah yang indah dengan membawa semua pengunjung kembali ke zaman dahulu. Pelancaran diadakan dengan meriah di Snnken Garden, MyTOWNKL pada 4 April 2023 yang lalu. Memang meriah weiiii. Ada gimik dari Pos Malaysia, Persembahan penyanyi Shiha Zikir, Persembahan Kuda Kepang dan macam-macam lagi.

"Ia telah merupakan tahun yang sangat menjanjikan bagi kami kerana kami telah mengalami peningkatan sebanyak 175% dalam pertumbuhan jualan tahun ke tahun. Untuk memeriahkan lagi sambutan tersebut, MyTOWNKL dan IKANO Centers mengeluarkan "Raya Meriah Max", video jenama yang menyerlahkan mesej kegembiraan perayaan boleh menyatukan orang ramai dan mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan. Udara dipenuhi dengan gelak tawa, muzik, dan aroma makanan yang lazat, mewujudkan suasana kegembiraan tulen dan kebahagiaan.
~ Mohd Azhan Che Mat, Pengurus Besar MyTOWN Shopping Centre ~

Bagi yang suka OOTD pula, memang ni port yang terbaik la untuk korang snap photo sepuas-puasnya. Siap ada "Three dimensional ‘kampung’ jetty photo corner" tau. So, sila la rakam gambar kenang-kenangan bersama kesayangan banyak-banyak. Boleh la buat stock photo untuk ucapan hari raya nanti.

Selain tu MyTOWNKL juga menghidupkan semula tradisi menghantar poskad buatan tempatan yang sangat kreatif oleh Artbysong. Alaaaa, rindu la pulak time zaman-zaman kirim kad raya dulu kan.Bila dapat kad raya dengan mesej peribadi yang tulus dari pengirim pasti membawa nilai sentimental untuk tahun-tahun akan datang. So, kali ni boleh la wujudkan balik tradisi tu dengan kiriman poskad untuk kesayangan. sebab MyTOWNKL berkerjasama dengan Pos Malaysia untuk setup  pejabat pos dengan peti mel retro yang dicipta semula bagi kemudahan pembeli menyampaikan ucapan perayaan mereka. Menarik kan. 

Bagi mereka yang nak shopping pula, kat MyTOWNKL ada menawarkan pelbagai jenis barangan Raya yang menarik dan eksklusif seperti koleksi tudung, koleksi ‘batik’ dan macam-macam lagi fesyen yang boleh didapati di Bazar Aidilfitri. Untuk memudahkan uols, nah aku kongsikan senarai vendor yang ada di sini :

NoVendorProduct CategoryBooth venue
1MC VogueWomen’s FashionCentral Town, Level G
2Zaywarsaeed
3Qawra Hijab
4My Hijab
5Vaytita
6Siti Khadijah
7Maejestica
8Gene MartinoFamily Fashion
9Emmer ZecnaMen’s Fashion
10Good KidsBaby Fashion
11Christy NgBag & Accessories
12ElrahMen’s FashionEast Atrium, Level G
13Sampin Tuah
14Belle Babies Design (BBD)Baby Fashion
15PangoiWomen’s Fashion
16Jawari FashionFamily Fashion
17Fana Couture
18Hello YougurtDessert
19AvenysHealth & BeautyCommon area in front of UNIQLO, Level G
20Awesome SnacksSnacks
21HausBeauty Cosmetic
22The Baby ShopBaby Fashion
23Narinar Essential OilEssential Oil

Bermula dari 31 Mac hingga 1 Mei 2023 pula, pengunjung dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti raya serta menyaksikan persembahan istimewa semasa membeli-belah. Alang-alang tu boleh juga terus berbuka puasa dengan menjamu selera di MyTOWNKL. Untuk senarai aktiviti, sila rujuk jadual di bawah ye :


ActivitiesList of EventsDateTimeLocation
Meet & GreetMeerqeen9-Apr2:30pmCentral Town, Level G
Amir, Hazeeq & Fadhli (High Council Cast)15-Apr3:30pm
Shiha Zikir16-Apr6:00pm
PerformancesMascot AppearanceEvery weekend2:30pm & 4:00pmCentral Town, Level G
Zapin Contemporary15 Apr - 1 May3:00pm
Joget Lambak3:30pm
Contemporary Dance4:30pm
Nyanyian Raya8:00pm
Kuda Kepang with LED8:30pmSunken Garden, Basement 1
Kids Dance & Workshop by UCSI Dance Studio5:30pmCentral Town, Level G
Workshop by Craftomon'sTable Coaster8, 16 & 24 Apr1:00pmCommon Area, Level 1 (In front of Panda Eyes)
Canvas Painting9 & 22 Apr1:00pm
Wau Painting & Making15 & 23 Apr1:00pm
Karnival RayaPasar Raya31 Mac – 2 April & 7 – 9 April10:00amTown Park, Level G
Iftar Picnic14 – 16 Apr10:00am

Bagi menambahkan lagi kemeriahan suasana hari raya, MyTOWNKL bekerjasama dengan komposer tempatan yang berbakat iaitu Zimi Sofaz dan Kamarul Arifin Baharun, serta artis Shiha Zikir untuk menghasilkan Lagu Raya yang catchy dan trending. Bukan tu je, Memanfaatkan pengeluaran, TikTokers dialu-alukan untuk mencabar gerakan tarian anda dengan terdapat juga cabaran untuk menari dengan lagu raya ni tau. Aha, sesiapa yang ada Tiktok boleh join #meriahnyarayatiktokdancechallenge. Ada hadiah menarik menanti tau termasuk berbuka puasa bersama Shiha Zikir. 


Bagi pengunjung yang datang membeli barangan pula akan diberi ganjaran dengan item penebusan eksklusif apabila mereka membeli-belah semasa perayaan ini tempoh promosi. Antara item premium yang boleh ditebus termasuk beg bahu serba boleh berjenama MyTOWNKL, bersama-sama dengan poskad berseni, dan paket Raya edisi terhad boleh didapati sebagai penebusan. Untuk lebih maklumat, sila layari https://mytownkl.com.my.


Laman sosial MyTOWN Shopping Centre Kuala Lumpur

No comments :