Mar 21, 2023

Mamee Monster cetus nostalgia zaman kanak - kanak dengan pek reka bentuk retro edisi terhad


Mamee Monster, snek mi tempatan yang terkenal dan digemari ramai kini mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak dengan membawakan kembali bungkusan Mamee Monster biru versi 1970-an 

Rakyat Malaysia boleh melihat ikon Mamee Monster biru yang terkenal ini dalam bentuk 2D retro pada pek keluarga Mamee Monster berwarna kuning terang yang boleh didapati di Malaysia dan Singapura mulai Mac 2023 untuk tempoh terhad. Pelekat koleksi turut disertakan dalam bungkusan tersebut, sepertimana Mamee Monster pada satu masa dulu memasukkan cenderahati misteri dalam pek. Bungkusan edisi terhad dengan sentuhan zaman dulu ini dilancarkan sebagai tanda penghormatan kepada mendiang Datuk Pang Chin Hin, pengasas dan pengerusi eksekutif MAMEE-Double Decker, yang meninggal dunia pada bulan November 2022.

Mamee Monster ialah snek mi rangup yang dilancarkan pada 1974 berikutan pengalaman anak sulung Datuk Pang, iaitu Pengerusi Eksekutif MAMEE-Double Decker, Tan Sri Pang Tee Chew memandu menyusur jalan ladang getah di Alor Gajah, Melaka – beliau memerhatikan sekumpulan penoreh getah makan mi segera belum dimasak terus daripada pek. Pemerhatian tersebut mencetus ilham kepada gandingan bapa dan anak ini untuk merangka hala tuju baharu bagi perniagaan pengilangan mi mereka. Malah, mereka membuat keputusan untuk menjual mi yang sudah berperisa dan sedia untuk dimakan, dan dari situlah lahirnya salah satu snek paling digemari di Malaysia. Snek mi Mamee Monster kemudian menjadi kegemaran ramai, bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak, tetapi juga dewasa, kerana rasa yang lazat, strategi pemasaran mantap dan bekalan yang meluas.

“Mamee Monster telah menjadi snek pilihan utama zaman kanak-kanak yang membawa keceriaan selama berdekad-dekad, sama ada dinikmati sebagai snek di rumah, di sekolah, di parti atau dalam perjalanan. Kita perlu mengucapkan terima kasih kepada mendiang Datuk Pang kerana memperkenalkan produk ini dan kempen Retro Mamee Monster ialah cara kami memberi penghormatan dan meraikan perjalanan hidup, daya kreativiti dan pelbagai sumbangannya,” kata How Yuan Yi, Ketua Pegawai Pemasaran MAMEE-Double Decker.

“Mamee Monster adalah salah satu daripada hasil ciptaan sulung Datuk Pang dan beliau juga mencipta snek lain yang mengukir kenangan manis pada zaman kanak-kanak kita seperti keropok udang Double Decker, kerepek kentang Mister Potato dan snek jagung Corntoz. Kami berharap bahawa kempen Retro Mamee Monster ini akan memberi peluang kepada pengguna untuk menghidupkan semula detik-detik manis zaman kanak-kanak mereka. Malah, kami ingin mengembalikan kenangan indah ini untuk dikongsi dengan semua dan kami juga akan memberi ganjaran kepada pengguna,” tambah beliau.

Tema kempen World of Nowstalgia Mamee Monster menggandingkan kata ‘nostalgic’ (menimbulkan nostalgia) dan ‘now’ (sekarang). Kempen ini bertujuan mencetus nostalgia dan menukarkannya menjadi sesuatu yang lebih baharu dan moden, sambil mengekalkan daya tarikan pek Mamee Monster lama. Kempen ini memanfaatkan kekayaan visual warisan jenama, dan membawanya ke dalam dunia masa kini.

Semua elemen, reka bentuk, warna dan muzik mengimbau kenangan hidup masa lepas yang lebih sederhana, sebelum kebangkitan Internet dan media sosial, untuk mengingatkan orang ramai bahawa walaupun dalam dunia teknologi tinggi bergerak pantas yang sentiasa berubah, masa kita masih boleh diisi dengan detik yang membawa kepuasan, seperti menikmati snek mi Mamee Monster.

Para penggemar Mamee Monster boleh memenangi hadiah wang tunai dan barangan eksklusif dari sekarang sehingga 29 Mac 2023. Untuk melayakkan diri menyertai peraduan, pengguna perlu membuat pembelian minimum satu pek keluarga Retro Mamee Monster

dan mengikuti akaun Mamee Monster di Instagram (www.instagram.com/iammameemonster).

Peserta perlu mengambil dan memaparkan gambar kreatif mereka menikmati pek keluarga Retro Mamee Monster berserta keterangan gambar mengenai detik Mamee Monster kegemaran mereka itu di Instagram dengan hashtag #MameeMonsterWorldofNowstalgia dan tag akaun @iammameemonster.

Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas. Pihak Mamee Monster akan memilih 80 pemenang peraduan mingguan untuk empat minggu peraduan – setiap pemenang akan menerima wang tunai RM200, kemeja-t dan beg galas Retro Mamee Monster edisi terhad.

Pek keluarga Retro Mamee Monster oleh didapati dalam empat perisa – Lada Hitam, BBQ, Pedas, dan Ayam yang dijual pada harga RM3.50 setiap satu. Produk ini boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar, pasar mini, stesen petrol dan kedai serbaneka di seluruh negara, dan juga Mamee Jonker House di Melaka. Produk ini juga boleh dibeli di gedung rasmi MAMEE di Lazada (https://bit.ly/3fX5hpE) dan Shopee (https://shp.ee/xim7frj).

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Mamee Monster, sila telefon talian khas percuma MAMEE-Double Decker 1-300-22-6263 atau hantar mesej WhatsApp ke +606-231 6362 antara jam 9 pagi dan 5 petang dari Isnin hingga Jumaat, hantar e-mel ke careline@mamee.com.my atau melayari visit https://mamee.com/. Untuk maklumat lanjut, ikuti akaun media sosial jenama di Facebook (www.facebook.com/ mymameemonster) dan Instagram (www.instagram.com/iammameemonster/)

No comments :