Hi korang, Kali ni aku nak bawa korang pergi makan seafood murah yang terletak di Galaxy Ampang. Kalau sebut nama Galaxy Ampang Mall mesti teringat zaman kegemilangannya dalam tahun 2000 masa tu masih banyak penyewa dan juga mall ini paling gah di kawasan Ampang sebelum wujudnya mall baharu sekarang ini. Sehingga sekarang ni kalau korang pergi kat sana mesti akan rasa sedikit takut nak masuk dengan keadaan mall yang kurang terurus dan juga banyak kawasan yang telah tidak disewakan.
Namun walaupun ia sebegitu rupa tapi sebenarnya ada satu yang menarik terletak di aras LG Galaxy Ampang Mall ni. Itu lah korang jangan tengok pada luaran masuk dan jalan kat dalamnya ada satu restoran yang menarik dan sangat sedap di dalam tu. Restoran yang di maksudkan adalah Restoran Seafood Zaman Ku iaitu sebuah restoran makanan laut segar dan memberi kepuasan bila makan tu.
Hari tu sempat singgah dan menikmati makanan yang ada di restoran ini. Restoran ini milik seorang anak muda yang mewarisi daripada keluarganya. menyediakan pelbagai makanan laut yang segar seperti Ketam Nipah yang diimport dari Sabah, juga ada ikan dan sotong serta lala dan banyak lagi. Dekorasi pun masih mengekalkan konsep klasik dan juga menggunakan meja bulat seperti mana restoran makanan laut yang selalu kita lihat.
Masa ni datang dengan kawan-kawan makan kat situ kami dihidangkan dengan pelbagai hidangan yang menjadi signature kat Restoran Zaman Ku ini. Korang kena cuba mereka punya Signature Crab In Chilly Style yang makan bersama dengan Mantao goreng. Ini sangat sedap dan sangat aku rekemen kalau korang datang ke restoran ini. Bukan setakat ketamnya besar dan penuh dengan isi tapi cara masakan tu kita tahu yang tukang masak restoran tu memang seorang yang chef yang pakar dalam masak masakan Cina macam ni.
Lepas tu cuba pula mereka punya yang istimewa kat sini iaitu Deep Fried Sotong in Salted Egg. Korang boleh tengok sotong goreng telur masih tu sebiji-sebiji dan juga rangup kat luar dalam lembut rasa sotong yang masih segar lagi. Makan macam tu pun sedap kerana rasa telur masin tu sangat cukup tidak terlalu lebih dan juga tidak kurang terbaik. Sepinggan tu boleh habis seorang makan dengan nasi putih.
Ketiga lak makanan laut yang korang kena order bila datang makan di sini iaitu Deep Fried Fish With Signature Nyonya Sauce. Mereka menggunakan ikan merah yang masih hidup dalam akuarium dan dimasak dengan rasa ikan masih garing diluar dan lembut di dalamnya. Perhhhh makan sampai ketulang korang boleh kunyah punya ranguplah.
Pada yang memang hantu udang tu korang boleh order kat sini iaitu Deep Fried Tiger Prawn With Superior Soy Sauced. Tengok udang yang bersaiz premium sangat besar dan juga masak dengan sauce yang berkilat tu sangat menyelerakan. Buat mereka yang suka Lala boleh order seperti yang kami makan hari tu iaitu Kam Heong Style Lala. Rasa sedap tidak begitu pedas dan juga kena dengan selera rakyat Malaysia.
Tak lengkap makan tanpa ada sayur hijaukan korang boleh order seperti Four Season Vege. Dalam sayur goreng tu ada kacang bendi, terung, kacang panjang dan juga petai. Sangat best makan sayur yang masih segar. Juga boleh order istimewa yang selalu orang cina makan dalam set mereka iaitu Thai Style Homemade Beancurd. Tauhu yang hasilkan sendiri digoreng garing luar lembut dalam dan juga dicurah dengan sos Thai bagi melengkapi masakan ini.
Restoran ini operasi dua waktu iaitu dari pukul 11.00 pagi - 3.00 petang untuk makan tengahari dan 5.00 petang - 10.00 malam untuk makan malam pulak. Restoran ini tutup setiap hari Selasa dan hari lain mereka operasi ikut dua waktu tersebut. Jadi boleh nak booking awal untuk dapatkan meja atau juga boleh walk in. Mereka juga ada khidmat untuk penghantaran terus ke rumah dengan GrabFood atau juga ShopeeFood. Jadi senang kalau yang dekat area Ampang boleh jer online.
Restoran ini selalu juga penuh dengan pelanggan tetap mereka setiap hari. Keluasan restoran ini boleh memuatkan sehingga 120 orang dalam satu-satu masa. Juga mereka boleh sediakan ruang untuk buat majlis seperti ulang tahun, reunion, sambutan kelab, keraian dan macam-macam lagi. So nak rasa masakan China yang original boleh datang ke Restoran Seafood Zaman Ku yang terletak di aras LG Galaxy Ampang Mall.
Segala menu dan juga promosi serta nak buat tempahan boleh layari
Laman web : zamankuseafood.com
Tel : 018-234 1010 / 018-216 0000 / 018-385 1111
No comments :
Post a Comment