May 16, 2022

I'Dahlia Corner adalah tempat terbaik untuk Open House 2022

Hi korang,

Selamat Hari Raya aku nak ucapkan dekat semya pembaca blog aku ni. Tahun ni kita sambut raya dengan gilang gemilang. Selepas 2 tahun ini beraya dalam keadaan yang serba sederhana dek kerana Covid-19. Tahun ni kita semua confirm beraya sakan (^_^)

kalau nak tambah meriah lagi, open house kenalah meriah betul tak? So nak tanya kenapa korang yang masih lagi tercari-cari tempat untuk buat open yang dimana boleh masukkan ramai tetamu pada satu masak. Aku nak suggest dekat korang tempat yang sesuai. 

Ianya bertempat di I'dahlia Corner, satu-satunya restoran Melayu berkonsepkan dalam taman di dalam kawasan kejiranan KLCC menyediakan ruang buat syarikat korporat mahupun individu yang mahu menjadikan I'dahlia Corner sebagai lokasi rumah terbuka mereka.

apa yang bestnya sebab loaksi ni selain dari berdekatan dengan Menara KLCC banyak akses pengangkutan yang korang boleh dapat di sekitart sini. Nama pun dah di tengah bandar raya Kuala Lumpur. Sebut je nama tempat ni confirm orang dah tahu area ni.

Apa yang lebih teruja, pada kebiasaanya para pengunjung suka datang pada waktu malam ini kerana tertarik dengan lampu warna-warni dikelilingi juntaian bunga yang cukup menarik. I'Dahlia Corner juga sesuai dijadikan lokasi acara tertutup kerana ianya dapat menyediakan ruang lebih privasi kepada pengunjung.

I'dahlia Corner mempunyai 3 ruang utama yang sesuai untuk dijadikan majlis berbuka puasa iaitu :

1) Taman Dahlia

Sebuah event hall yang luas dan boleh memuatkan sehingga 100 orang dalam satu masa. Taman Dahlia dihias indah dengan dedaun hijau, fairy lights dan diserikan lagi dengan pokok-pokok hijau yang memberi suasana seolah-olah berada di dalam taman fantasi.

2) Verandah Idham

Verandah Idham merupakan ruang yang sesuai untuk kapasiti tetamu sehingga 50 orang. Verandah Idham yang terletak di pintu masuk utama I'dahlia Corner ini sentiasa menjadi pilihan mereka yang mahukan suasana tenang, santai dan selesa.

3) Camelia Pink

Camelia Pink adalah ruang berhawa dingin yang mempunyai kapasiti maksimum seramai 30 orang. Camelia Pink sentiasa menjadi pilihan pengunjung yang mahukan privacy samada untuk berdiskusi atau bertukar-tukar pendapat.

ok sekarang ni jom kita tengok pula menu yang terdapat di I'Dahlia Corner bersempena dengan Rumah Terbuka. 

Terdapat 3 set menu di dalam pakej rumah terbuka I'dahlia Raya iaitu Set A, B dan C dengan harga bermula dari RM39 seorang (Tempahan minimum adalah 20 orang).

I'Dahlia Corner turut menyediakan customized package seperti persembahan artis, dekorasi dewan mengikut tema pilihan anda dan penyediaan goodies bag (caj tambahan dikenakan)



Sebarang pertanyaan mahupun tempahan sila hubungi 0123526397.

Untuk lebih informasi boleh rujuk sosial media l'Dahlia Corner :-

Facebook: I'dahlia corner

Instagram: @idahlia.corner

I'dahlia Corner mengucapkan Terima Kasih di atas sokongan yang diberikan.

#idahliacorner #idahliameletop #idahliastonor

No comments :