Apr 2, 2022

Ramadan Review - Bufet Citarasa Zaman Berzaman @ Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur 2022

Hi Korang, 

Kali ni aku nak share dengan korang di mana Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur menyediakan ramadan buffet yang bertemakan Citarasa Zaman Berzaman yang terletak di Zende Restaurant. Tanpa membuang masa mari kita tengok hidangan beraneka jenis dari Seri Pacific Hotel KL ni. Tapi sebelum tu korang tengok lah betapa bahagianya kita berposing sakan dengan menu ni semua. Aku yakin korang yang tengok ni confirm rasa tak tahan dengan keenakan menu yang ada ni.

Hidangan lain yang turut menjadi kegemaran adalah Kambing Panggang yang turut menjadi salah satu tarikan ramai zaman berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur termasuk 'Sup Gear Box- Power', Sup Ekor Bakar, Kari Kepala Ikan, dan Satay. Bagi mereka yang menitik beratkan soal pemakanan dan diet seimbang, bolehlah memilih Ulam-Ulaman Kampung sebagai hidangan sampingan.

Sambil makan korang juga akan dihiburkan dengan persembahan secara langsung oleh kumpulan "Orkes Sri Johor" melalui alunan lagu ghazal dan traditional pada setiap hari Jumaat hingga Ahad sepanjang bulan puasa di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Surau juga disediakan bagi membolehkan pengunjung untuk beribadah tanpa meninggalkan kawasan hotel dan juga kaunter pembayaran zakat disediakan bagi memudahkan pengunjung untuk melangsaikan tanggungjawab membayar zakat sepanjang bulan Ramadan. 

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur juga mengalu-alukan sektor awam dan swasta untuk menganjurkan Majlis Berbuka Puasa mereka samada untuk kakitangan, pelanggan atau media mahupun majlis tanggungjawab sosial korporat di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur kerana terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan. 



Tidak lengkap bufet buka puasa tanpa pelbagai pemanis mulut untuk dipilih seperti bubur Pengat Pisang, Pulut dan Serawa Durian, Ais Batu Campur (ABC), Kuih-muih Melayu dan juga pelbagai jenis minuman.

Bermula : Dari 4 April 2022 - 1 Mei 2022

Waktu: Jam 6/30 petang - 10.30 malam 

Early bird : RM120.00 bersih seorang dewasa, 

RM60.00 untuk kanak- kanak berumur 6-12 tahun & warga emas 60 tahun

Normal Price: RM150 bersih seorang. 


Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur terletak di pusat perniagaan utama di ibu kota bertentangan dengan pusat membeli belah terkenal Sunway Putra Mall. Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur adalah hotel yang bertaraf 5-bintang yang mengetengahkan kehebatan budaya hospitaliti Malaysia Disamping itu, hotel ini memaparkan kemewahan dan keselesaan cara hidup moden. Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur dikelilingi infrastruktur yang moden dan canggih. Ia berdekatan dengan kemudahan LRT (Light Rail Transit) di Stesyen WTC dan KTM Komuter di Stesyen Putra. 

Bagi sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi :

Tel : +603-4042 5555

Laman web :  www.seripacifichotel.com

No comments :

Post a Comment

Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni