Apr 10, 2022

Perkenalkan Koleksi Tudung Cotton Turki Raya 2022, Cantiknya Wany Hasrita x Bidadari House.

Hi korang, 

Seperti sedia maklum, di dalam bulan Ramadan ni selain kita fokus pada puasa. Mesti kita dah tak sabar nak beraya kan? Suasana yang meriah pada 2022 ni cukup bermakna buat kita semua ini kerana tahun ni kita boleh beraya bersama dengan orang yang tersayang. Jadi persiapan raya kita semestinya kena meriah kan?

Oleh itu ni aku nak cerita dekat korang pasal Pelancaran Koleksi Tudung Cotton Turki Raya 2022. Featuring Wany Hasrita X Bidadari House. Merupakan rekaan ekslusif dari mereka. Bukan saja mudah di gayakan malah cantik, dan selesa.

Koleksi Tudung Cotton Turki ni telah pun dilancarkan pada 7 April 2022 yang lepas, dan korang actually dah boleh dapatkan melalui walk in di butik ataupun purchase secara online.

Apa yang istimewanya Tudung Cotton Turki Raya 2022

Kalau korang nak tahu koleksi tudung ni menawarkan 30 jenis rekaan plain (Kosong) dan 5 jenis bercorak (Setiap corak tu boleh di dapati dalam 6 pilihan warna) Bukan itu saja ni aku nak tambah, koleksi tudung ni bila korang dah start pakai ianya auto "cantik" terletak bah kata orang. Sebab ianya di perbuat dari Fabrik Cotton semestinya di datangkan khas dari Turki. Kita sudah sedia maklum fabrik dari Turki ni mempunyai mutu premium yang tersendiri. 

Selain itu, bidang yang tersedia bersaiz 50' & 55'. Ianya lebih kepada faktor hijabista yang mematuhi syariah compliance gitu. Jangan risau ianya cukup labuh bersesuaian mengikut saiz badan anda. Tudung turki printed ni hanya RM 89 sahaja. Ok sekarang jom kita tengok lebih lanjut berkenaan koleksi Tudung Cotton Turki Raya 2022 ini. 

Koleksi Tudung Cantik dan Esklusif

Apa yang menariknya tentang Koleksi Tudung Cotton Turki Raya 2022, ianya terletak pada Corak, Design & Motif. Ianya di inspirasikan dari keunggulan Zaman Kerajaan Uthmaniyyah. Ini yang membezakan mereka dengan koleksi tudung lain yang berada di pasaran. Terdapat 5 jenis tudung bercorak dari koleksi Tudung Turki Cotton Raya 2022, iaitu:-

  • Bursa Blossom
  • Marmaris Bold
  • Enes Luxs
  • Istanbul Spring
  • Izmir Vintage

Bukan itu saja, setiap nama koleksi rekaan di atas membawa konsep yang tersendiri. Warna yang terdapat juga di reka khas secara esklusif bagi setiap rekaan. Bak kata orang sesuai bagi semua wanita asia (^_^)

Bursa Blossom

Seperti yang di katakan, setiap rekaan di tawarkan dengan 6 warna pilihan. Confirm la korang akan rambang mata kan? ok jom kita focus pada rekaan ini. Ianya mempunyai ciri fabrik yang tidak jarang dan labuh. Semestinya mudah di gosok dan bukan jenis berkedut. Ianya di inspirasi kan semasa musim bunga di instanbul. Tidak kah bila seseorang mengenakan tudung ni akan tampak cantik dan tenang pada wajah si pemakai. cia cia cia~


Marmaris Bold

Pada koleksi tudung ini pula ianya jenis fabrik "breathable". Semestinya mudah di bentuk mengikut penggayaan si pemakai. Sedikit info, Marmaris ni merupakan tempat perangainan yang indah di persisiran Pantai Aegean yang terletak di Turki. Sudah semestinya ianya menjadi tumpuan para pelancong, dan begitu juga dengan konsep pemakaian tudung Marmaris Bold ni. Setiap mata pasti akan melirik kepada si pemakai. 


Enex Luxs

Ianya lebih kepada keselesaan, bagi mereka yang inginkan nampak selesa dan cantik minimalis. Ianya tampak cantik, kena dengan corak yang ada campuran bunga dan grafik. Seiring dengan nama koleksi tudung ni dimana menunjukkan ciri-ciri kesempurnaan pada si pemakai.



Istanbul Spring

Bukan saja mudah di gayakan ala-ala percutian di instabul spring tu. Pemilihan warna juga memainkan peranana seiring dengan nama koleksinya. Sejuk dan sedap mata memandang. Seolah-olah kita membawa percutian kemana saja (^_^). Bayangkan bila korang ada occasian pada hari tersebut, tidak kah si pemakai akan tampak anggun sepanjang hari. 

Izmir Vintage

Corak yang terletak dan cantik, Fabrik yang lembut serta mudah di bentuk. Koleksi yang di inspirasikan dari Bandar Izmir, terkenal dengan populasi bandar ketiga yang mempunyai ramai penduduk di Turki. Ini melambangkan kepesatan pada bandar tersebut. Jadi ianya sangat bersesuian kepada si pemakai yang berkerja di sector pejabat. Nampak anggung dan berdedikasi. 



Combo Pilihan Lagi Menjimatkan

Ini aku nak sahre dengan korang semua, mengapa tidak memilih combo jika ianya jimat dan berbaloi. 
Tak percaya? mari tengok penjimatan Kombo berbaloi ni. 

Dengan setiap pembelian sehelai tudng dari koleksi Enes Luxs, Istanbul Spring dan Izmir Vintage anda diberikan hadiah istitimewa iaitu Ziplock bag dan juga 5 keping sampul raya esklusif Bidadari House. Lebih berbaloi lagi jika anda membeli 3 tudung dengan hanya RM229, anda akan menadapat 1 lagi tudung PERCUMA serta kotak raya esklusif Wany Hasrita, 3 sampul duit raya esklusif, 5 sampul duit raya Bidadari House dan penghantaran PERCUMA.  

Manakala untuk Marmaris Bold dan j uga Bursa Blossom ditawarkan pada 3 harga istimewa samada pembelian individu mahupun secara kombo. Anda boleh pilih samada pembelian sehelai RM89, Kombo 3 helai RM229 dan juga kombo 3 helai tudung bawal plain + 3 tudung dengan rekaan turki pada harga RM329 sahaja. Semuanya cukup berbaloi untuk raya nanti.

Setiap pembelian, anda boleh dapat diskaun RM10 untuk setiap pembelian dengan mengisi maklumat di talian ini  : https://www.bdr.house/BHRM10Raya

Bagi yang ingin mendapatkan koleksi Tudung Turki Cotton Raya 2022, boleh layari :-

Bidadarihouse (walk-in)
58-3, Petaling Utama Avenue, Jalan PJS 1/50, 46150 Petaling Jaya, Selangor,

4 comments :

  1. Tunggu lah kifli buat penampilan istimewa kot hehehe dengan drama seminitnya nanti.. boleh lah beli tuk makcik baya u oll..

    ReplyDelete
  2. Personally Sally suka koleksi Enes Luxs tu...warna soft, corak pun tak berat sgt...eee...rasa nak beli semua warna :)

    ReplyDelete
  3. CANTIK DESIGN DIA...Tahniah Bidadari House dan Wany Hasrita Untuk koleksi pertama Tudung Turki Cotton Raya 2022.

    ReplyDelete
  4. Indah sungguh design² dia..memang sesuai sangat pakai pada hari raya..bahkan sebelum dan selepas raya pun bolehh..

    ReplyDelete

Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni