Hi Korang,
Untuk entry kali ni, aku nak share dengan korang pengalaman berbuka di Lugar De La Boda, Puchong. Bagi mereka yang pernah berkunjung ke sini sudah semestinya korang tahu akan kecantikan tempat ni. Selain dari menghidangkan beraneka jenis, spot OOTD pun boleh tahan.
Tahun ni Lugar De La Boda, Puchong bertemakan "Iftar Ramadhan". Buffet Ramadhan Selangor, Lugar De La Boda diuruskan oleh Hanana Group Sdn. Bhd ini menyediakan lebih dari 60 jenis hidangan dan 10 stall dimana ia disediakan di dalam dan juga luar dewan. Kesemua hidangan yang disediakan lengkap dari pembuka selera sehingga pencuci mulut, pasti buat anda kenyang dan puas hati.
Untuk menu utama, Lugar De La Boda @ Puchong menhidangkan nasi yang boleh dimakan bersama lauk pauk seperti 'Ayam Masak Merah', 'Ayam Goreng Berempah', 'Daging Gulai Kawah', Ikan Goreng Cili Padi', 'Kupang Goreng Pedas', 'Sambal Sotong', 'Sambal Paru' dan banyak lagi.
Tidak lengkap kalau berbuka tanpa pencuci mulut. Di meja bufet, terdapat banyak pencuci mulut seperti 'Bubur Of The Day', 'Buah-Buahan Tempatan', 'Kuih-Muih Melayu', Kek, Dadih dan beberapa hidangan lain.
bagi aku highlighted dia dekat sini adalah kambing bakar ni
Bufet Ramadan 2022 di Lugar De La Boda,Puchong akan bermula sepanjang bulan Ramadan 2022 iaitu dari 7 April 2022 hingga 30 April 2022. Harga Bufet Ramadhan Lugar De La Boda @ Puchong adalah seperti berikut :
Dewasa (Seorang) - RM69
Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM35
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM35
1 Meja (Maksimum 8 Pax) - RM520
Untuk tempahan, sila hubungi :
016-3111074 - ZURAINI
016-4318434 - LIANA
016-6700473 - SHAIDATUL
016-6700752 - HANIS
016-6700457 - FARAH
016-6700471 - AIDA
Alamat:
Lugar De La Boda, Puchong
Persiaran Prima Utama, Taman Puchong,
Lot 65083, Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100 Puchong,
Selangor.
haaa korang tengok ni, dekat sini lah di antara spot OOTD yang aku cakapkan tu.
#buffetramadhan2022 #buffetramadhanselangor #iftarramadhan #buffetramadhansedap #buffetramadhanhanana #buffetramadhanpuchong #buffetramadhanputrajaya
No comments :
Post a Comment