Hi korang,
Bulan Ramadan ni selain kita tahu di mana bulan yang suci di mana kita sambut sekali setahun. Di bulan ini lah orang ramai berlumba-lumba nak lakuakn amal kebajikan. Di samping itu bulan ramadan juga merupakan bulan yang penuh dengan juadah berbuka puasa. Melia Kuala Lumpur tidak ketinggakan di dalam menyajikan makan enak berbuka puasa.
Dengan bertemakan "Ala-Ala Warung", mereka membawakan masakan gerai-gerai makan tradisitional Malaysia yang terpilih. Tidak rugi rasanya kalau korang masukkan Melia Kuala Lumpur di dalam list korang.
Senarai pembuka selera pun dah menggiurkan, contoh seperti asembur, salah satu salad kegemaran rakyat Malaysia yang terdiri daripada timun, kentang, tauhu , lobak, taugeh, udang goreng yang dihidangkan bersama sos kacang manis dan pedas atau bersama tauhu sumbat, tauhu yang baru digoreng hingga perang keemasan, di isi dengan pelbagai jenis sayuran, dihidangkan bersama sambal kacang yang manis dan pedas
bukan itu saja, malah terdapat Ayam Masak Kalio, Senangin Masak Cili, Daging Lemak Rebung, Kambing Kuzi, Daging Semur Berhati, Telur Ikan Goreng Rempahan, Cencaru Sumbat Kelapa, Siput Sedut Keledek,Ketam Lemak Cili Api Nenas, Gulai Ketam Bunga, Clam Marinara, Chicken Forestiere, Beef Wellington, Seafood Au Gratin, Chicken Fugazetta dan banyak lagi kaunter buffet lazat seperti Sate, BBQ, Mi, Carvery, minuman dan pencuci mulut sedia untuk cair di mulut anda.
Harga:
RM 135 nett dewasa
RM 68 nett kanak-kanak (dibawah 12 tahun)
Sebarang maklumat lanjut atau tempahan, hubungi The Kitchen@Melia di talian 03-2785 2828 atau Whatsapp kami di 01130611954.
No comments :
Post a Comment
Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni