Hi korang,
Tahun ini, restoran dan syarikat katering tempatan Ummir Hijau Kasturi mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk menikmati aneka hidangan lazat sepanjang bulan ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi.
Pilihan buffet bermula pada 4 April 2022 hingga 20 April 2022 dengan 30 jenis makanan daripada hidangan tradisional melayu bakal tersedia dengan tema yang berbeza pada setiap hari. Korang jangan terkejut yer semenanjung malaysia sehingga ke sabah dan sarawak, sajian nusantara dari indonesia serta brunei pastinya akan menambat selera mereka yang merasainya kelak.
untuk pengetahuan korang, pemilik restoran ini, Chef Haji Fauzi dan Chef Haja Norziah sudah pasti tahu akan kehebatan air tangan mereka dalam menyediakan aneka sajian. Info tambahan pasangan suami isteri ni berpengalaman dalam pekhidatan sebagai chef peribadi di istana dan kerabat diraja Brunei.
Antara menu istana adalah Nasi Kebuli, Kurma Ayam, Daging Pindang Brunei, Ikan Liking, Gulai lemak Rebung dengan Pucuk Manis, Masak Hitam Hati Buyah (Paru Lembu) sambal Ikan Tahai, Pais Daging, sambal urat-uratan, Kelupis Brunei dan kuih Serabai Durian.
Kemudahan surau yang selesa, serta ruangan parkir yang banyak di tingkat bawah premis. Bukan itu saja set audio turut disertakan bersama untuk penganjuran sebarang Majlis.
Dengan harga RM 35.90 nett untuk dewasa dan RM 17.90 nett untuk kanan-kanan berumur 12 tahun ke bawah (promosi kanan-kanak terhad kepada maksimum 3 orang kanak-kanak bagi setiap keluarga), dan warga emas berumur 60 tahun ke atas, tidak terkejut lah bila Hijau Kasturi merupakan di antara buffet Ramadan yang termurah untuk tahun ini.
WAKTU OPERASI BULAN RAMADHAN:
Setiap hari bermula jam 6.30 petang hingga 9.00 malam
WAKTU OPERASI HARIAN:
Di buka pada setiap hari kecuali Isnin bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang.
Alamat: Ummis Hijau Kasturi
G3A, Sentul Village Service Apartment, No 10. Jalan Sentul Perdana, Sentul, 51200 Kuala Lumpur.
No comments :
Post a Comment
Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni