Hi Korang,
Bertarikh pada 25 Mac 2022, Kopetro Food Sdn Bhd telah menganjurkan program Hari Terbuka LengQuas yang terletak di Dapur Setempat Kopetro @ Taman Bukti Serdang. Secara tidak langsung bukan saja aku berpeluang untuk rasa 5 keluaran product baru dari mereka. Malah aku juga sempat untuk melawat kawasan dapur mereka. Terasa teruja kejap, sebab dah lama tak buat aktiviti seumpama ni kan? Lawatan Sambil belajar haha.
Hari terbuka LengQuas ni bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat umum untuk melawat Dapur Setempat KOPETRO sambil mencuba produk-produk baru yang di hasilkan di sini. Para pengunjung juga berpeluang untuk membeli produk lengQuas pada harka pakej RM 30 untuk 5 produk.
Bagi orang ramai yang berminat untuk mejadi ejen jualan LengQuas, pendaftaran menjadi ejen di buka sepanjang dua hari program ini berlangsung. So you all boleh lah menjana pendapatan sampingan sepanjang bulan puasa nanti ni.
Untuk pengetahuan korang 5 menu baru dari LengQuas:
1. Ayam Cili Padi
2. Puff Daging,
3. Ikan Merah Kukus
4. Ayam Pedas Korea
5. Daging Perap Beku
haa korang bagi yang datang dua hari ni korang akan di jamu dengan masakan dari LengQuas.
haaaa tengok la kejap je kita dah berubah. siap pakai jubah dan segala kelengapan sebelum nak masuk dapur ni. Tidak banyak gambar yang boleh di share demi menjaga T&C mereka.
Ini je pic yang sempat aku snap, time ni staff tengah menyiapkan order yang di terima.
By the way di dalam kitchen ni mereka ada lebih dari 8 bilik kalau tak silap di mana ianya di gunakan untuk menyimpan barang2 mentah.
dalam satu sessi ni hanya 10 orang saja yang di benarkan. Jadi kami semua blogger memang just nice 10 orang semuanya.
Jenama LengQuas ini adalah jenama pertama keluaran koperasi yang telah berjaya menerima anugerah The BrandLaurete e-Branding Awards 2020 bagi kategori makanan dan minuman produk sejuk beku. Bukan itu saja, malah ianya juga pernah mendapat Sijil HACCP (Hazard Analysis and Critical Control Points) dan GMP (Good Manufacturing Practice) daripada bahagian keselamatan dan kualiti makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia, produk LengQuas turut mempunyai pensijilan Halal, MESTI dan Buatan Malaysia.
Jom Cuba Produk Terbaru RTE LengQuas
kalau korang nak tahu sempat juga la kita borong produk terbaru dari RTE LengQuas ni. Jom kita try, seperti yang korang tahu LengQuas keluarkan 5 Produk RTE. Tapi dalam entry ni aku nak share dengan korang 2 menu yang aku dah panaskan seperti Daging Perap Berbeku & Ayam Cili Padi
korang nampak tak cara penyediaan nak makan tu senang je, sebab kita kan tak lama lagi dah mula berpuasa so kaedah berkonsepkan RTE ni perlu ada di dalam peti sejuk sebagai stock. Aku sangat menggalakan kepada mereka yang jenis busy berkerja tu boleh juga santap produk LengQuas ni sewaktu berbuka puasa nanti.
dari segi portion pun boleh tahan berbaloi juga, let say korang panaskan dua lauk sudah cukup untuk buat hidangan untuk 3 pax orang dekat rumah tu.
sekali lagi aku nak highlight dekat korang ini di antara 5 produk mereka terkini, produk lain masih lagi sama. Jadi harap ianya sedikit sebanyak membantu korang jimatkan masa semasa Ramadan nanti. Korang nak beli secara online pun boleh just tengok link DISINI
1. Ayam Cili Padi
2. Puff Daging,
3. Ikan Merah Kukus
4. Ayam Pedas Korea
5. Daging Perap Beku
By the way kalau nak dapatkan info dan promosi terkini mengenai LengQuas ikut social media mereka di bawah ni:
Twitter: https://twitter.com/lengquas
Email: food@kopetro.com.my
Whatsapp: +60 17-319 5764
No comments :
Post a Comment