Mar 3, 2022

Lulu Hypermarket Mengajurkan Festival Makanan Sedunia '22 (Bermula dari 24 Feb Hingga 9 Mac 2022)

Hi Korang,

sekarang ni Lulu Hypermarket ada menganjurkan Festival Makanan Sedunia 2022 Musim 1. Ianya berlangsung dari 24 Feb 2022 sehingga 9 Mar 2022. Korang datang untuk merasai sendiri tawaran menarik sepanjang karnival ni terutama di section Fresh market, barangan runcit dan lain-lain.

Bagi yang tertanya tu, karnival ni berlangsung di semua cawangan Lulu Hypermarket. Jadi korang boleh berkunjung ke destinasi yang berdekatan dengan tempat korang. Kalau nak tahu area yang berdekatan dengan tempat tinggal korang. Boleh check out dekat laman rasmi lulu

Makanan panas beraneka pilihan.


Aku kalau singgah ke lulu ni memang tak sah kalau tak drop ke section masakan panas, sebab kat sini boleh tahan juga ye, sebab selection masakan yang dihidangkan memang menjadi pilihan ramai. Aku perasan ramai orang yang datang ke sini sewaktu lunch hour. Bukan saja sedap malah harga juga berpatutan. Nak pulah ada karnival Festival Makanan Sedunia '22 lebih meriah lah menu yang terhidang.

Barangan Runcit & Baranga Segar di tawarkan dengan harga menarik.

Contohnya beras basmathi Indra Valle, harga asal RM60, namun sepanjang kempen berlangsung hanyalah RM49.95. Begitu juga dengan minyak masak jenama Naturel dari harga asal RM35.30, harga yang ditawarkan sepanjang kempen hanyalah RM30.90. Minyak Trillon harga asal RM29.70, manakala harga promosi RM27.69.

Bijiran sarapan yang sentiasa menjadi pilihan ibu-ibu. Musim cuti sekolah sudah bermula, jadi ini adalah antara produk yang perlu ditambah stoknya di rumah. Oh ya untuk Milo Activ-Go 2Kg harga runcit biasa adalah RM40.70 dan sekarang hanyalah RM29.99!

Lebih daripada 200 produk diberikan diskaun di semua cawangan Lulu di Malaysia.


Belanja RM50 Dapat Voucher RM25 Discount
Aku rasa berita ni sangat menarik buat pengunjung lulu. Ini kerana dengan setiap perbelanjaan RM 50 ke atas korang semua boleh dapatkan Kupon diskaun RM 25. Kupon  ini diberikan pada tempoh yang terhad iaitu dari 22 Febuari sehingga 20 mac 2022.


Kupon RM 25 ni boleh di gunakan untuk perbelanjaan minimum RM 100 dalam 1 resit, KECUALI BARANGAN ELEKTRIK, IT DAN TELLEFON MUDAH ALIH



So tunggu apa lagi masih sempat nak bawa keluarga dan juga sedara-mara atau kawan-kawan pergi ker mana-mana cawangan Lulu untuk festival makanan sedunia ini. Orang kata hemah membeli jimat berbelanja pasti cari yang bagus dan berkualiti sahaja di mana lagi kalau bukan Lulu Hypermarket Malaysia

No comments :