Jan 17, 2022

Alami sensasi Sizzling Barbecues Di Palm Garden Hotel Putrajaya a Tribute Portfolio

 Hi Korang, 

Pastinya hujung minggu korang yang lepas akan lebih menarik apabila anda singgah untuk Makan Malam Barbeku Sizzling di Hotel Palm Garden, Putrajaya, a Tribute Portfolio Hotel. Untuk pengetahuan korang, nama hotel ni telah pun di berikan nafas baru dan ianya merupakan hotel yang pertama di Malaysia dan mereka teruja untuk mempamerkan barbeque pertama untuk tahun ini. 





Kepada korang yang ingin berkunjung korang boleh je datang untuk rasa sendiri Barbeku Sizzling Hotel Palm Garden tersedia setiap hari Sabtu jam 6.30 petang hingga 10 malam. Ianya berkonsepkan buffet uols dan sebagai pembuka selerea ianya turut tersedia dengan pilihan keju dan salad yang segar. 

Ouh bukan itu sahaja ye, pilihan makanan laut yang segar memang akan membuatkan korang lebih tertarik. Selain dari itu ianya turut diberikan perhatian pada pilihan daging segar. Contoh pilihan yang terhidang seperti Stik panggang, kambing, ayam daging dan lembu, udang galah, udang harimau sotong, kepadh dan bermacam lagi pilihan. kemudia korang boleh makan dengan sos menarik pilihan terbaik dari chef.










bagi mereka yang kurang gemar dengan makanan laut, korang boleh try menu lain seperti sate dan gerai char kuey teow. Selain dair itu terdapat juga menu masakan lazat seperti pasta, sup of the day, ayam bijan panggang,udang tumis dengan sos pedas dan manis, lasagna, jagung rebus dan banyak lagi.

Barbeku berharga RM128+ bagi setiap orang dewasa dan Tribute Portfolio adalah tempat untuk menikmati sesi barbeku itu bersama keluarga dan rakan-rakan anda. Untuk tempahan, sila hubungi Palms Café di 603 8943 2233 atau 0163144101. Sertai aplikasi Marriott Bonvoy untuk menikmati diskaun pembukaan sehingga 31 Mac 2022.

No comments :