Hi Korang,
Dalam entry kali ni aku nak share dengan korang berkenaan tempat lepak baru yang sangat cool giler, aku baru je explore Ra.Re Foodspace ni pada khamis lepas. Kebetulan selepas kerja tu member ajak lepak al-maklum lah bukan senang nak jumpa member setelah sekian lama PKP kita duduk dekat rumah kan?
SPOT OOTD TERBAIK!!!
Ok now aku nak share dengan
korang first thing first suasana dan juga persekitaran dekat Ra.Re Foodspace
ni, tempat dia memang strategik guys, sebab ianya terletak bersebelahan Uptown
Kota Dame, Station MRT (Kota Damansara) dan Segi Collage. Sebut je Ra.Re
Foodspace for sure warga KD tahu kat mana lokasi ni.
Tempat dan view yang sangat cantik guys, spot OOTD tu yang penting! Time tu aku sampai pukul 6PM jadi aku sendiri boleh tengok 2 suasana yang berbeza petang dan malam. Korang ada masalah gayat? Jangan risau dekat Ra.Re Foodspace ni korang boleh try lepak atas pokok, siap ada Khemah di hiasi dengan fairy light!!! Port lepak di area atas pokok dijamin Selamat, Safety First!!! 😊
Tidak kurang juga section di
bawah sangat luas, so system pengudaraan yang baik lepas tu memang tak panas
sebab kipas yang di sediakan banyak guys.
30 Jenis Pilihan Makanan!!!
Mesti korang tertanya bagaimana pula dengan jualan makanan dan minum??? Kalau dah spot OOTD pun on point, pilihan makanan yang tersedia semestinya ON POINT juga 😊. Korang jangan risau sebab di Ra.Re Foodspace ni tersedia 30 gerai datang dengan pelbagai jenis pilihan di antaranya:
1) Ayam Penyet Mama
2) Ratu Risoles
3) Big Joe’s Fried
Chicken
4) Adik Sup
5) Jom Mentong
6) Yong Tow Foo Ah
Keong
7) MakCha Ayam Pasu
8) Mee Goreng Ketagih
9) Miecord Char Koay
Teow
10)
Shawarma
11)
AYO
Fried Chicken
12)
DNA
Burrito
13)
Hot
Dog Challenge
14)
Chef
Tako
15)
Nasi
Berlauk Abe Bri
16)
Art
Japanese Food
17)
Senandung
Kambing Bakar
18)
Sate
Wak Samurai
19)
Wak
& Wok Masakan Panas
20)
Wak
& Wood (Western)
21)
A
& Z Corner Ikan Bakar Portugese
22)
Nasi
Bogat
23)
Fam'Fries
Kitchen
24)
Dessert
Life Matter (Waffle)
25)
Misang
Lah
26)
Shisha
27)
Balang
Man
28)
Kopi
Lanun
29)
Smashed
burger
30) Indo mee
Pilihan makanan memang banyak dan semua sedap-sedap belaka
sampai tak tau nak pilih. Harga pun berpatutan guys, harga mampu milik. Serendah
RM 3 sehingga RM 27 sahaja. Boleh makan sehingga kenyang baru balik dengan hati
yang gembira 😊 Perut kenyang hati pun senang, tak gitu..
Good Info: Korang boleh dapatkan BALANG MAN LOYALTY CARD secara Percuma dekat pintu masuk – Di mana korang kumpul cop & tebus percuma air (Hanya pada hari Isnin – Khamis Sahaja) Pastikan korang dapatkan Loyalty Card ni tau!
Menu dari Balang Man:
- Teh Ais Madu (MOST FAVOURITE)
- Teh Hijau
- Air Jagung
- Teh Ais Vanilla Ice Cream
- Soda Herbs
Ra.Re Foodspace sedang mengadakan kempen #sapotlokal dan #makan local jadi marilah kita bersama-sama menjayakan kempen ni. Ra.Re Foodspace banyak membantu semua peniaga untuk terus bertahan semasa PKP dan selepas PKP ini. Sekarang, Jom kita pula sama-sama turut beri sokongan pada peniaga local kita!
Event & Celebration!!!
Bagi korang yang tengah plan nak buat celebration atau pun nak outing dalam group yang besar, Ra.Re Foodspace merupakan tempat yang korang patut masukkan di dalam list korang. Sebab dekat sini korang boleh plan dan arrange event sepanjang malam. Psst!!! Celebrate di dalam khemah dan di atas pokok tu sangat terbaik. Tapi kalau korang prefer untuk celebrate pada belah bawah MRT pun ok guys takde masalah as long korang enjoy!!! Booking secara PERCUMA sahaja tau, jangan lepaskan peluang..
Add Info:
Operation Hour: 5pm – 12am
Busking : Setiap Jumaat & Sabtu - Waktu 9:00pm – 12:00am
Instagram: @rare.foodspace
Facebook: @rare.foodspace
WhatsApp: 013 356 5295 (untuk booking & enquiry)
Pro tips: Aku prefer untuk berkunjung pada
weekdays sebab nak elakkan traffic dan yang penting nak cari parking tu senang
je. 😊
So kalau korang datang tu jangan lupa tag mereka di social
media ye, account social media mereka memang aktif untuk reply posting korang.
Kalau korang nak feel dengan lebih korang boleh tengok Reels video IG aku dibawah ni:
Enjoy guys!!!!
No comments :
Post a Comment