Hi Korang,
Dah lama kita tak buat review hotel kan? So sebagai penutup 2021 ni mari aku share dengan korang review Promosi Weekend BBQ & Steamboat Buffet Dinner di Pulse Grande Hotel Putrajaya.
Untuk pengetahuan lebih 100 hidangan
yang di tawarkan untuk stu malam termasuklah hidangan BBQ dan juga steamboat
yang disediakan oleh pasukan chef yang cukup mahir dalam menyediakan menu bervariasi
ni.
Bermula dari 3 Disember 2021, dari jam 𝟲.𝟯𝟬𝗽𝗺 hingga 𝟭𝟬𝗽𝗺, setiap Jumaat dan Sabtu di Palm Hill Cafe Pulse Grande Hotel Putrajaya. Sekarang ada promosi hanya RM110 sahaja untuk 1 pax (harga sebenar RM138). Promosi ini sah sehingga akhir Januari 2022. Harga untuk kanak-kanak adalah 50% daripada harga asal untuk 1 pax.
Lebih 100
Hidangan Menarik
Untuk hidangan buffet kali ini lebih
100 hidangan ditawarkan bagi memenuhi gastronomi pengunjung. Selain daripada
hidangan barat menjadi taruhan, masakan fusion turut diperkenalkan sesuai
dengan citarasa masyarakat tempatan. Contohnya seperti Pasta Thai Style, ekor
masak gulai lemak. Begitu juga dengan hidangan BBQ, perapan daging menggunakan
bahan kegemaran masyarakat Asia iaitu ada yogurt, rempah (spice) ala pakistan
dan sebagainya.
Buffet hujung minggu ini memberi kita pilihan samada untuk menikmati di bahagian luar (outdoor) atau didalam (indoor). Begitu juga dengan perletakan hidangan di dua lokasi iaitu BBQ & Steamboat di bahagian luar dan sajian lain di bahagian dalam. Jadi pengunjung boleh memilih sendiri mengikut keselesaan namun ianya juga tertakluk kepada kekosongan
Banyak lagi sebenarnya hidangan, memang puas makan. Ada rojak, begitu juga dengan bubur. Uniknya tentang hidangan bubur ini kita boleh pilih apa yang hendak diletakkan didalamnya. Disediakan seperti jagung, santan, gula melaka. Mengikut kesesuaian citarasa pengunjung itu sendiri.
Konsep Terbuka, Selesa dan Selamat
Untuk tahun 2022 Pulse Grande Hotel
akan mengadakan lebih banyak promosi dan memperkenalkan pelbagai pakej menarik.
Antaranya seperti pakej kesejahteraan minda menggabungkan weekend staycation,
makanan sihat dan lazat serta aktiviti kesejahteraan fizikal serta mental.
Selain itu satu promosi khas telah dirangka bagi memberikan diskaun hebat untuk makanan serta minuman bagi mereka yang berjaya menghabiskan trek khas Pulse Grande x Putrajaya Steps. Pengunjung akan bermula d kaki Putrajaya Steps, Monumen Putra dan tamat di Pulse Grande Hotel.
Pulse Grande Hotel juga akan bersama-sama merancakkan pelancongan domestik dengan menawarkan pakej-pekaj berkembar melibatkan kembara dan bersiar-siar (tour & sightseeing) di tempat-tempat menarik Putrajaya dengan kerjasama pelbagai pihak.
Semuanya ini bingkisan perancangan Pulse Grande Hotel Putrajaya pada tahun 2022 akan datang. Sama-sama kita nantikan.
PULSE GRANDE Hotel Putrajaya | Facebook
PULSE GRANDE Hotel Putrajaya
(@pulsegrandeputrajaya)
No tel: 03-88878888
No comments :
Post a Comment
Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni