hi korang,
Pada entry kali ni aku nak share dengan korang satu Cafe baru yang terletak di kawasan Bangi, jadi keapda korang yang duduk berhampiran bangi tu korang boleh masukkan Chef Lyn's Pastry and Cafe ni di dalam list korang untuk datang makan ataupun lepak. Minggu lepas aku sempat lah terjah ke cafe ni selain di tawarkan dengan harga yang berpatutan kualiti masakan dari cafe ni juga turut di beri keutamaan. So kira dapat makan makanan yang sedap berkualiti tapi dengan harga yang murah.
Cafe Chef Lyn ni terletak di Bangi Gateway Bandar Baru Bangi, kalau macam aku ni dari cheras boleh je nak lalu ikut Sg Besi menghala ke serembak. Paling senang korang just waze je lah.
ok by the way tempoh hari aku sempat rasa 4 menu dan aku akan bagi tahu korang menu mana menjadi pilihan utama dari aku ok.
seiring dengan nama cafe ni, selain dari masakan panas semestinya pastry juga merupakan tumpuan bagi mereka yang berkunjung disini, kalau korang nak tahu ada yang dari Damansara area sanggup datang ke Bangi semata nak makan masakan chef Lyan. hebat ke tidak uols?????
Beef Stew With Soft Bun
Stew ni datang dengan dua hidangan sama ada korang suka Beff atau Lamb. Tapi bagi aku kedua-duanya sangat sedap sebab masakan ni memang di masak dengan suhu yang bersesuaian sehinggalah boleh di hasilkan rasa yang sungguh lazat ni. memang kena sebagai pembuka selera sementara nak tunggu menu lain tiba.
Roasted Chicken And Cajun Spices
bagi mereka yang inigkan kelainan korang boleh rasa sendiri Nasi ayam roasted bersama dengan cajun spices ni. Bagi korang yang suka dengan rempah ratus haa aku cadangkan korang untuk makan menu ni. Sebab Spices dia tu mencucuk2 haha. bagi yang jenis makan pedas confirm tak rasa apalah.
Salmon Buttermilk Pasta
size portion salmon dia ni sangat besar dan bagi mereka yang gemarkan salmon boleh lah try menu ni sebab ianya di masak dengan garing selain dari itu juga korang boleh request untuk nak pedas atau pun tidak. Boleh ikut tekak masing2
Egg Noodle Water prawn,
ok ni belum launching lagi ok, mungkin dalam 2022 baru boleh di pasarkan. Aku berasa beruntung juga sebab dapat rasa menu ni sebelum di pasarkan. Aku cuba boleh katakan ini kemungkinan boleh jadi best seller terbaru untuk Cafe Chef Lyns ni. Keunikan dia yeeme tu digoreng terlebih dahulu sebelum di salutkan dengan kuih yang sangat menepati citarasa egg noodle ni.
korang kena rasa ok.
Bagi mereka yang nak bekunjung tu, korang boleh je waze kalau nak datang ke sini. Korang kena alert operation hour start dari 10 pagi - 8 malam. Tapi andai kata korang tak boleh nak datang jangan risau Food Panda kan ada.
haaa ni lah dia Chef Lyn kita yang sedia berkhidmat tu, gituuuuuu korang tahu tak chef lyn ni sangat lah professional dan serba boleh. Mana tidaknya lepas je masak dalam kitchen tu boleh pulak keluar dan entertain customer yang berkunjung. Jadi kita boleh nampak kesungguhan serta minat Chef Lyn di dalam industri F&B ni.
kami semua geng blogger pun rasa sangat berpuas hati dengan makanan, layanan, tempat.
ok la guys sampai juga lagi. byeeeeeeeeeee
Maklumat lanjut dan juga promosi dan beli produk yang dihasilkan di Chef Lyn's Pastry And Cafe layari:
Tel : 013-3500638
Instagram : https://www.instagram.com/cheflynspastrycafe
Pembelian dalam talian : https://tinyurl.com/cheflyns
No comments :
Post a Comment