Berita baik untuk CooLovers yang mengamalkan gaya hidup aktif dan menginginkan minuman tenaga dengan kelainan tersendiri untuk mengharungi rutin harian. Coolblog tampil bekerjasama dengan Red Bull melalui varian Red Bull Plus mereka untuk menghasilkan Siri Redcool Energy terbarunya yang memberikan pengalaman minuman unik dengan gabungan tenaga dan pencuci mulut dalam satu minuman.
Coolblog sentiasa berusaha untuk menggembirakan pelanggan kami dengan cetusan pelbagai rasa baharu yang inovatif dan kreatif, dan kami percaya smoothie buah-buahan edisi terhad yang menggunakan Red Bull Plus dan perisa kiwi dan buah beri berkualiti iaitu Siri Redcool Energy akan memenuhi citarasa pelanggan yang mencari minuman berperisa yang baharu dan menyegarkan,
Redcool Energy adalah minuman yang sempurna memandangkan kita telah mula kembali ke pejabat dengan waktu rehat yang terhad serta sibuk menguruskan anak-anak kembali ke sekolah atau terperangkap dalam kesesakan. Kami pastinya berharap pelanggan akan menikmati kebaikan menyegarkan dalam setiap tegukan yang akan mengekalkan tenaga anda untuk bertahan sepanjang hari menerusi tawaran baharu kami
Siri Redcool Energy dijual pada harga RM 8.80 setiap satu dengan harga Power Combo istimewa iaitu RM 15.00 untuk dua (2) cawan minuman 700ml. Sempena kempen edisi terhad ini, pelanggan akan mendapat satu (1) tin Red Bull Plus secara percuma dengan setiap pembelian Siri Redcool di cawangan Coolblog yang mengambil bahagian di seluruh negara.
No. | Tarikh | Masa | Lokasi |
1. | 5 November 2021 | 2:30pm – 6:00pm | Caltex Puchong, Selangor |
2. | 6 November 2021 | 11:30am – 3:00pm | Selayang Mall, Selangor |
3. | 10 November 2021 | 11:30am – 3:00pm | Gelang Patah, Johor |
4. | 11 November 2021 | 11:30am – 3:00pm | Maslee Kota Masai, Johor |
5. | 12 November 2021 | 2:30pm – 6:00pm | BHP Parit Sulong, Johor |
6. | 13 November 2021 | 11:30am – 3:00pm | Sogo Kuala Lumpur |
7. | 20 November 2021 | 11:30am – 3:00pm | Ampang Point, Kedah |
8. | 20 November 2021 | 11:30am – 3:00pm | Angsana Johor Bahru |
9. | 21 November 2021 | 2:30pm – 6:00pm | BHP MRR2, Kuala Lumpur |
No comments :
Post a Comment