Tony Romas dengan bangga ingin memberi ganjaran kepada semua penggemar daging di mana mereka ingin membawa rakyat Malaysia untuk menjamu selera bersama-sama. Ini kan sebab tahun lepas kita di dalam situasi genting memerangi Covid-19. Jadi sukar untuk kita menikmati makanan di Tony Romas itu sendiri. Jadi bersempena bulan ini, menu Festive Flavours disediakan dengan saiz hidangan yang jauh lebih besar supaya lebih ramai ahli keluarga dan rakan-rakan dapat meluangkan masa bersama dan menikmati hidangan yang lazat pada harga yang berpatutan.
Antara menu yang disediakan adalah Sup Tulang unik yang dinamakan Rib Bone Stew sebagai pembuka selera. Walaupun Rib Bone Stew disediakan dengan cara masakan Amerika, ia masih mengekalkan elemen rasa masakan tradisional. Dimasak dengan kaedah reneh selama beberapa jam, daging tulang rusuk menjadi begitu lembut sehingga mudah dipisahkan dari tulangnya, tambahan pula, stew yang pekat dan kaya dengan rasa seumpama masakan dirumah sendiri.
Festive Beef Ribs Platter yang menawarkan 10 ketul tulang rusuk, Festive Beef Ribs Platter yang dihidangkan dengan lima rasa yang berbeza pula sesuai dikongsi dengan kumpulan ramai kerana saiz hidangan yang besar dan lengkap bersama hidangan sampingan dan Rib Bone Stew.
Pelanggan dapat mencuba
lima rasa unik yang dihidangkan khas bagi memenuhi citarasa setiap pengunjung,
tanpa mereka perlu risau sama ada mereka membuat pilihan yang tepat atau tidak.
Tulang rusuk ini diperap dengan ramuan istimewa Dry Rub baru buatan
sendiri yang menggunakan kombinasi rempah ratus yang disapu pada rangkanya
untuk menjadikan daging lebih sedap. Bagi mereka yang lebih menyukai rasa
pedas, Sriracha atau Black Pepper pasti menggoda, manakala yang
mahukan rasa asli, Original BBQ serta pilihan Spicy juga boleh
didapati di dalam hidangan tersebut.
Festive Lamb Slabs Platter juga didatangkan dengan Rib Bone Stew dan hidangan sampingan, menampilkan tiga potongan daging kambing yang sungguh lazat. Diperap dengan gandingan sos Madu dan Plum, hidangan ini sungguh menyelerakan dan lembut sekali.
Malah ada juga hidangan saiz kecil iaitu 450gm T-Bone Steak yang dimasak dengan sempurna
credit pic to Siakap Keli.
Sebagai pelengkap hidangan, pelanggan boleh menikmati pencuci mulut yang manis iaitu Kurma Tiramisu ataupun pilih minuman Lychee Bandung atau Lychee Mojito sebagai penutup selera. Dengan pilihan hidangan yang begitu eksklusif, set menu baharu dari Tony Roma’s ini pasti memuaskan cita rasa semua orang.
Walaupun Tony Roma’s adalah jenama antarabangsa dari Amerika, ia sudah menjadi sebahagian dari Malaysia dan menghargai kepentingan budaya dan perayaan. Menyedari bahawa amalan berpuasa bukan sesuatu yang mudah dan waktu berbuka puasa adalah sesuatu yang istimewa, Tony Roma’s menawarkan unsur tradisi yang menyelerakan dan tidak akan menipiskan dompet sekelip mata, di mana menu penuhnya hanya berharga RM359.90 untuk 4 – 5 orang.
Musim Ramadhan yang akan datang bukan hanya untuk pelanggan Muslim, tetapi juga semua rakyat Malaysia yang gemar meluangkan masa makan bersama keluarga dan rakan-rakan. Untuk maklumat lanjut mengenai menu atau membuat tempahan, layari:
Tony Romas Website: www.tonyromas.com.my
Instagram: https://www.instagram.com/trmalaysia/
No comments :
Post a Comment