Apr 27, 2021

IndoAsli mempamerkan Rasa Masakan Asli Dari Negara Jiran Indonesia.

Hi Korang,

Pada entry kali ni kita buat lain sikit, lebih special sebab kita nak share masakan asli dari negara jiran iaitu Indonesia. Siapa yang tak pernah merasa masakan indonesia dekat sini? rata-rata semuanya pernah makan dan tahu masakan dari negara Garuda ini. 

Bagi mereka yang tidak pernah merasa masakan indonesia, ini ada berita gembira buat korang semua. Di IndoAsli korang boleh rasa sendiri keunikan dan variasi dari Indonesia ni. 

Sedikit Pengenalan Dari IndoAsli.
Cerita ini berkisah lebih dari 20 tahun yang lepas, seorang chef yang sungguh berbakat telah pun mengembara ke seluruh Indonesia untuk mencari koleksi masakan unik di Indonesia. Chef ni pun telah singgah di kebanyakan tempat untuk merasakan sendiri hidangan

Setibanya chef ini di Malaysia, dia sendiri tidak boleh melupakan kehebatan masakan resepi dan rempah ratus yang tersedia di Indonesia. Oleh kerana cintanya pada masakan Indonesia, Chef tersebut telah pun mengembara balik ke Indonesia dan menubuhkan Restoran IndoAsli agar mereka di malaysia boleh menikmati makanan dari Indonesia. 

Kini IndoAsli telah pun tertubuh di dua cawangan: 

1. IndoAsli IOI City Mall, Putrajaya : Lot No LG-35

2. IndoAsli Central i-City Shah Alam : Lot No LG-58

Untuk pengetahuan korang, menu-menu baru yang aku try ni available di outlet Putrajaya sekarang tapi jangan risau nanti dia akan ada di outlet Shah Alam juga ok. Sekarang mari kita tengok menu baru yang terdapat di IndoAsli ni: 

Ikan Talapia Goreng Renyah Sambal Nusantara - RM 39.90

Yang ini sangat special, lain dari antara menu yang lain. Bila di hidangkan panas-panas korang akan rasa crunchy pada ikan talapia tersebut memang cukup menawan citarasa. Setelah itu didatangkan pula dengan 3 pilihan sambal iaitu Sambal Balado, Sambil Ijo & Sos Madura. Ketiga- tiga sos ini memang masuk dengan setiap cecahan isi ikan talapia.

Tempe Sira - RM 4.90

Tempe Sira ni bukan sembarangan tempe, walaupun ianya nampak seakan lembap dan basah. Tapi bila di kunyah ianya cukup rasa di tambah pula dengan kerangupan ikan bilis.

 

Tahu Telur - RM 11.90

suka dengan reka bentuk dia yang unit, bila di belah pada tengahnya rasa tahu yang lembut. Serupa seperti dengan Tahu disalut Telur Dadar cuma menambah perasa terletak pada sos manisnya. Pelayan akan tuangkan kicap tersebut pada keliling pinggan. Terasa rangup bila di kunyah. 

Ayam Bakar Sate - RM 19.90

Bagi aku, Ayam Bakar Sate ni special juga sebab ianya di bakar khas kemudian kuah kacang yang di curahkan sudah pun melengkapi rasa tersebut. Apa yang aku suka terletak pada kuah kacang tersebut 

Gulai Ayam Padang - RM 16.90

Rendang Kambing - RM 27.90

Rendang Sapi - RM 22.90

Cumi Bakar Jimbaran - RM 35.80

Kepada si penggemar sotong bakar, aku sarankan korang boleh try untuk rasa di IndoAsli. Ianya di hidangkan dengan sauce signature mereka iaitu Sos Madura & Sambal Balado. Rasa dia sama seperti korang makan di tepi pantai cumanya korang boleh dapatkan rasa yang sama di IndoAsli

Terung Raos Khas Bandung - RM 11.90

Siapa di antara mereka peminat terung? Nah, cubalah menu ni ianya confirm membuatkan korang akan teringat keunikan rasa dari ala Jawa Timur ni. Terung yang di goreng sehingga rangup kemudian lemak minyak tersalut sungguh menaikkan rasa kemudian di tambahkan dengan hirisan cili potong. 

Nasi Tumpeng Ayam Bakar Percik Bali - RM 25.90

keunikan rasa masakan ini terletak pada nasi nya dan juga ayam percik tersebut. Masakan ala Bali ni dihidangkan bersama side dishes seperti acar, tempe goreng bersama dua jenis sambal iaitu sambal balado dan sambal ijo. Ouh tidak lupa juga dengan keropok Belinjau untuk menambahkan lagi keunikan menu ini. 

Dessert: Jeli Dalam Telur - RM 8.90

Yang ini sangat unik, sebab pertama kali juga aku sendiri rasa Jeli yang di hidangkan di dalam kulit telur yang telah di bersihkan. Kemudian korang makan dengan 2 scoop ice cream memang cukup sempurna kombinasi jelly dan ice cream.

Desert: Popia Pisang RM 12.90

Rasa pisang manis yang terdapat di dalam bungkusan popia tersebut. Tersalut dengan coklat dan hirisan cheese ditaburkan pada popia lepas tu ianya cair sekaligus menambahkan seri rasa popia tersebut.

Jus Alpukat Teristimewa IndoAsli - RM 12.90

kalau korang berkunjung ke IndoAsli jangan lepaskan peluang ini untuk rasa signature minuman dari mereka. 

Es Alpukat - RM 13.90

Soda Serai - RM 6.90

Kalau korang nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan menu mereka, boleh lah follow social media mereka seperti di bawah ni: 

Facebook:

https://www.facebook.com/indoasli_official/

Instagram:

https://www.instagram.com/indoasli_official


No comments :