Hi Korang,
Bersua lagi kita ye, ok kali ni aku nak share dengan korang berkenaan dengan Iftar di Zest Lifestyle Restoran yang terletak di Marriott Hotel Putrajaya. Keistimewaan serta kelainan yang terdapat di Restoran ini semestinya terletak pada setiap section makanan yang tersedia. Pelbagai jenis hidangan yang bakal membuatkan anda semua terliur.
Pada tahun ini pula, di Marriott Hotel Putrajaya menyajikan lebih dari 9 jenis Section hidangan. Di mana anda di beri keutamaan untuk merasa setiap hidangan yang berlainan konsep. Di dalam kita tengah berbuka puasa tu SOP kenalah di utamankan ye. Di sini ianya amat di titik beratkan bagi memastikan setiap pengunjung yang datang boleh menikmati makanan yang tersedia tanpa ragu-ragu.
Apa kata aku buatkan korang jadi tak keruan so jom kita tengok apa 9 Section Hidangan yang best di highlight:
1.Sweet Delights (Manisan)
sudah semestinya kurma memainkan peranan di dalam Iftar ni, kalau tiada kurma rasa tak lengkap kan? Selain daripada manis ianya juga mudah di hadam. Selain itu terdapat pelbagai jenis kuih muih yang tersedia.
2. Japanese Station (Nihon No Yorokobi)
Jom terokai Japanese Grill dengan pilihan seperti Ahi Tataki, Maki Roll, Tempura Sayur dan banyak lagi
3. Alsharq Al’Awsat Eisari (Succulent Middle Eastern Treats)
A popular favourite by the local is our signature roasted whole lamb served with warm Arabic bread, fresh salad, homemade dips and spread. Seasoned well and roasted to perfection to ensure that the meat is juicy and succulent.
4. Rschati Thiy (Flavourful Thai)
Sawadeekap, siapa di sini penggemar makan ala thai? Yes mereka juga turut menyediakan makanan berkonsepkan ala Thai. Hidangan seperti Thai Curried Fish, Gai Hor Bai Teoy (Ayam di perap dan di balut dengan daun pandan) Yam Mamuang, Som Tham dan banyak lagi
5. Intiyavin Cuvai (Incredible Taste of India)
Siapa yang tak nak ketinggalan untuk rasa kehangatan Roti Naan dan ayam Tandoori ni. Jangan risau di dalam selection buffet ni mereka dah siap sedia dengan menu traditional seperti Roti Canai, Dosai Vada Curry dan Chutney
6. Cibo Glorioso (Glorious Italian Cooking)
Terdapat juga Italian Marinated Roast Beef. Pilihan Pasta menarik dari Chef. Semestinya Chicken / Beef Lasagna, Cannelloni & Bruschetta.
Italian Marinated Roast Beef, a choice of Pasta with Chef Signature Sauce, Chicken or Beef Lasagna, Cannelloni and Bruschetta
7. Rojak Rojak Segala Rojak (Fantastic Mixed of Local Savouries)
Peminat Setia Rojak Buah. Disini korang boleh menikmati tanpa sempadan. Mereka ada Rojak Sotong, Rojak Buah, Rojak Sotong Kangkung, Rojak Singapore dan Rojak Pasembur. Jadi yang mana satu menjadi pilihan anda?
8. Tujuh Kawah Wak Lan (Seven Iron Wonders)
7 Kawah Mak Lan, semestinya menjadi bauh cerita orang ramai. Di sini lah korang boleh nampak Gulai segala raja gulai. Terdiri dari Gulai Ayam, Gulai Daging, Gulai Kambing, Gulai Udang, Gukai Ikan, Gulai Sayur di hidangkan dengan Nasi Putih serta Sayur Campur. Kemudian tidak dilupakan juga Ulam-Ulaman dan sambal belacan. Eh mana boleh lupa Keropok dan juga jeruk buah. Haa baru lengkap set hidangan makanan korang.
9. Ikan Bakar Pasar Kinabalu (Kinabalu BBQ Seafood Market)
semua bahan segar di terbangkan khas dari Sabah Negeri di bawah bayu. Bukan saja segar dan menarik. Ianya juga di beri sentuhan perasa BBQ korang hanya tinggal ambil dan makan sahaja.
Dan Banyak Lagi......
Siap ada yang reply DM selepas melihat IGS aku tempoh hari, " Kalau bawa family ke sini confirm meriah" yes bukan saja meriah malah mungkin mereka akan terkejut dengan hidangan makanan yang tersedia. Berbaloi untuk berbuka di Sini.
Kalau korang nak tengok kemeriahan yang terdapat di Zest Lifestyle Restaurant ni, korang boleh lah berkunjung ke IGS aku untuk video sepanjang berada di Sana. "KLIK DISINI"
No comments :
Post a Comment
Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni