Apr 28, 2021

Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf (Baju Raya dari S - 7XL) @ Shah Alam


Hi Korang,

Macam mana dengan persiapan raya korang tahun ni? Walaupun kita bakal merayakan hari mulia di dalam Norma Baru ni, tidak semestinya kita semua kena berduka lara kan?? Raya tetap Raya dan ianya mestilah di sambut dengan kemeriahan tidak kira di mana jua anda berada. 

Apa kata kita bercerita pasal baju raya dalam entry kali ni? minggu lepas aku sempat juga lah berkunjung ke salah satu butik kain Aisy Asyraf pemilik Imam Muda Asyraf. Butik ni terletak di area Shah Alam, kalau korang yang duduk berdekatan tu boleh lah berkunjung ke sini. Kalau nak lagi meriah bawa je family dan sedara mara korang ke butik Aisy Asyraf ni, sebab harga promotion yang diberikan confirm menarik. Boleh di katakan semua koleksi Baru Raya Aisy Asyraf ni di bawah RM 200. 

Tanpa buang masa mari aku share dengan korang Kurta & Baju Melayu yang di tawarkan pada Raya tahun ni: 

1. Kurta Raf (S-3XL)
2. Kurta Hatta (S-3XL)
3. Kurta Manna Plus Size (4XL – 7XL)
4. Baju Melayu Luxamana (S-3XL)
Baju Melayu Luxamana (S-3XL)
Kurta Hatta (S-3XL)
Kurta Raf (S-3XL)
Kurta Manna Plus Size (4XL – 7XL)

Yang lebih menariknya di Aisy Asyraf ni korang boleh dapatkan Kurta dengan warna pilihan sebanyak 20 Jenis warna. Jadi ianya amat memberi kesenangan kepada kaum wanita untuk match kan warna pilihan dengan pasangan mereka. Baru lah nampak sedondon!!!
Selain dari itu juga setiap pembelian Baju Melayu Luxamana akan mendapatkan free gift seperti: 

1. Samping
2. Handkerchief
3. Butang Baju Melayu
4. Kotak dan paper bag yang cantik.

Bagi mereka yang dah berkunjung tu, di sini terdapat juga Accessories untuk baju melayu korang. Contoh nya seperti Kain Pelikat, Samping, Butang Baju Melayu, Songkok, dan bermacam-macam lagi. Semuanya dengan harga yang murah, di Jamin Murah.

tengok lah siap capal pun turut tersedia, tapi ianya agak terhad jadi siapa cepat dia dapat :)

Selain dari Kurta, Jubah, Baju Melayu. Batik kemeja juga turut di jual. seperti yang korang nampak di atas corak berkonsepkan batik indonesia serta corak modern menjadi pilihan para pelanggang yang bertandang. Terdapat dua jenis kemeja batik iaitu Kemeja Batik "Pak Maun" & Kemeja Batik "Dimyathi" 

Dari segi material ianya seakan sama cuma pada design "Pak Maun" nampak lebih lembut dan sejuk fabricnya. Dari segi corak pilihan Pak Maun nampak lebih terserlah sedikit. 

kesemua gambar di atas merupakan senarai kurta serta baju melayu yang tersedia. Jangan sampai tak tahu nak pilih yang mana dah la ye. Haha



Jadi aku sendiri tak lepaskan peluang untuk cuba sendiri Kurta & Baju melayu yang ada disini. Size aku pakai ada saiz M. Bagi aku ianya sangat selesa seperti yang aku cakap tadi fabric dia dihasilkan dari kain yang sangat berkualiti tinggi. Bukan saja boleh bawa ke sembahyang tapi ianya sangat bersesuaian untuk majlis casual. Design yang super modern ini membolehkan ianya flexible untuk di gayakan dengan apa sahaja.
 

untuk info yang lebih lanjut, korang boleh lah layari info di bawah ini. Mana tahu weekend ni korang dah boleh plan untuk berkunjung terus ke Butik Aisy Asyraf. 


Alamat: Butik Shah Alam, 18A, Tingkat 1, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
🚘 (Waze: Aisy Asyraf Shah Alam)
☎️ Contact: 012-548 8210
⏰ Operation Hour Semasa Ramadan:
13 - 16 April : 10AM - 6PM
17 - 23 April : 10AM -6PM & 8PM
23 - 13 May : 10AM -6PM & 8PM -12AM

No comments :