Jan 20, 2021

Pakej Perkahwinan Di Felda D'Saji 2021 - Norma Baharu di dalam Komuniti.

 

Hi Korang,

Sebelum kita dilanda PKP 2.0, sure korang terdengar ramai yang panic buying dan juga panic balik kampung. Yang lebih menariknya ada juga yang panic kahwin. Betul wei, ada member yang plan nak kawin semasa PKP ni disebabkan dari banyak aspek contoh terbesar ialah saving bugdet. Kalau di ikutkan dari segi logik memang ada betul nya juga. Kalau boleh semua orang nak berjimat cermat lebih-lebih lagi dengan keadaan kita sekarang ni.

Disini aku nak throwback satu wedding yang bertempat di Dewan Perdana Felda, dimana Felda D'Saji memberikan suntikan baru kepada pengantin yang ingin bersanding di sini. Jom kita tengok pakej yang menarik itu.

Dewan yang terletak di kawasan strategik iaitu di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak Kuala Lumpur membolehkan korang untuk datang ke sini tanpa sebarang masalah. Kemudahan dari segi parking mereka amatlah di titikberatkan. Dimana terdapat banyak parking serta service valet juga turut di sediakan. 

Sebaik sahaja korang memasuki ruangan hadapan atau di kenali sebagai ruangan receiption, para tetamu di dendangkan dengan pasangan musician pemain Violin & juga Saxophone. 

selain dari itu, dimana para tetamu ingin berada di ruangan menunggu atau mahu ke surai sudah semestinya di Felda D'Saji menyediakan tempat yang sangat praktikal bagi memudahkan segala urusan para tetamu. 
Setibanya para tetamu memasuki keruangan dewan, sepanjang jalan kita di hiaskan dengan jambakan bunga yang segar. Selepeas itu tetamu juga bakal melihat gerbang persandingan yang tersergam indah di tata rias dari Felda D'saji ini. 
Apa yang membuatkan persandingan kedua mempelai nampak lebih indah, bila meja makan beradab pengantin lantainya di hasilkan dari pencahayaan LED. Ini bukan saja mampu memukau para tetamu malas semua mata memang tertumpu kepada kedua mempelai tersebut. 
tersergam indah bukan?

Bila di sebut saja Felda D'saji, sudah semestinya di dalam kotak fikiran ini terbayangkan menu dan masakan lemak yang sungguh sedap. Yer itu sudah betul dan ianya memang menjadi kenyataan di mana makanan yang disediakan juga merupakan pakej utama yang terdapat di Felda D'Saji ini. 
Di antara menu yang di berikan seperti, Kambing Bakar, Apam Balik, Cendol, kuih tradisi, Mee goreng ,masak lemak daging salai. Yang lebih menarik di mana live cooking show di adakan pada hari tersebut. Chef-chef memang bersedia untuk memberi santapan kepada tetamu yang hadir. Aku terlebih tertarik dengan ice cream tapai yang aneka rasa. Serious nya bagi aku rare, siapa peminat tapai memang suka dengan hasil campuran ice dan tapai. 

Bagaimana pula dengan perlaksanaan SOP yang di tetapkan??
Soalan yang acap kali kita akan dengar bila tetamu yang ingin tahu tentang SOP yang ditetapkan di Felda D'saji ini. Dengan keluasan dewan yang besar ianya mampu menampung 50% kapasiti tetamu yang penjarakan pada satu meja di mana ianya sangat di titikberatkan oleh Felda D'saji.

Pengendalian Seperti Scan Mysejahtera dan check suhu badan di sediakan pada pintu utama dan ianya adalah perkara pertama di lakukan sebelum memasuki dewan. Pada tetamu yang hadir juga tahu akan norma baru ini dan segala SOP haruslah di patuhi. 
semasa pengambilan makana berlauk juga amatlah di sarankan untuk memaki sarung tangan ini, ianya adalah bertujuan untuk keselamatan tanpa bercampur tangan ketika mengambil lauk. 
akhir sekali Felda D'saji juga memberikan souvenir seperti sanitizer, wet sanitizer tissue dan pelitup muka sebagai langkah-langkah berjaga buat para tetamu yang berada di dalam mahupun luar dewan. 

sudah semestinya para tetamu sendiri harus mempunyai kesedaran yang tinggi, bagi memastikan semuanya di kawal dengan baik. 

Selepas PKP 2.0, andai kata ada yang berminat untuk ketahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan Pakej Perkahwinan dari Felda D'saji ini korang boleh layari info di bawah: 

Tel : 03-2698 8302

Kredit Gambar by: Saufi Ramli

No comments :

Post a Comment

Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni