Jan 9, 2021

Menu luar biasa, Nasi Lemak Bamboo Kari Seafood (RM16.90) @ SS2 Petaling Jaya

 

Hi Korang,

Haaaaaaaaaaaaaaa kali ni aku nak share dengan korang satu restoran yang sangat istimewa dari segi menu dan juga resipi yang ada pada Restoran Nasi Lemak Bamboo ni. Seperti yang korang tahu nasi lemak yang biasa kita jumpa di mana-mana gerai di hidang dengan standard item contoh seperti sambal, ikan bilis, telur rebus, dan lauk pauk sebagai item tambahan seperti Ayam Goreng, Paru, Ayam& Daging rendang dan bermacam lagi.

Tapi apa yang menariknya di Nasi Lemak Bamboo yang terletak di SS2 Petaling Jaya ni, mereka hasil resipi original di mana nasi lemak mereka di hasilkan dari Buluh. Sekarang ni buluh bukan saja di gunakan untuk menu tradisi seperti lemang tapi ianya di advance kan kepada masakan nasi lemak pulak. Kemudian ditambah lagi dengan keunikan KARI SEAFOOD di mana semestinya akan menarik ramai minat untuk mencuba resepi tersebut.

untuk mengekal kan rasa nasi lemak itu, mereka balutkan dengan daun pisang. Korang tengok lah ikan bilis, sambal dan telur rebus masih lagi di kekalkan cuma kali ni lebih menarik sebab ianya dah jadi KARI SEAFOOD NASI LEMAK :) Kalau korang nak tengok macam mana aku take off BULUH dan juga UNWRAP daun pisang tu korang boleh pergi IG LINK aku DISINI

Selain dari menu utama yang menjadi tumpuan ramai ni, korang semestinya boleh cuba dan rasa sendiri Nasi Lemak mereka yang lain. Sebenarnya kunci kekuatan nasi mereka adalah datang dari SAMBAL, yes sambal mereka aku boleh makan tak begitu pedas dan sesuai untuk aku jenis yang tak makan pedas ni hehe. :)

Menu seperti di bawah:

1. Nasi Lemak Ayam Goreng
2. Nasi Lemak Bamboo Kari Seafood
3. Nasi Lemak Bungkus
4. Mee Siam Bungkus
5. Mee Siam Ayam Rendang
6. Nasi Lemak Kari Ayam
7. Sotong Goreng
8. Cucur Udang
9. Otak-Otak
10. Cendol
Dan banyak lagi guyssss...



sampai jumpa lagi korang, jangan lupa untuk datang ke sini ok!!!!!!

kepada korang yang ingin mencari kelainan, aku mengsyorkan korang untuk cuba sendiri pengalaman untuk datang ke restoran Nasi Lemak Bamboo ni, Waktu perniagaan biasanya start dari pukul 10am sehingga 9pm. Waktu perniagaan bersempena dengan MCO ni mungkin ada perubahan masa, jangan risau korang boleh sentiasa update dari page mereka di bawah ini:

Sila lah berkunjung ke info mereka di bawah ini:

No comments :

Post a Comment

Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni