Dec 30, 2021

Jom lepak sambil menikmati masakan Enak di Chef Lyn’s Pastry And Cafe @ Bandar Baru Bangi

 
hi korang, 

Pada entry kali ni aku nak share dengan korang satu Cafe baru yang terletak di kawasan Bangi, jadi keapda korang yang duduk berhampiran bangi tu korang boleh masukkan Chef Lyn's Pastry and Cafe ni di dalam list korang untuk datang makan ataupun lepak. Minggu lepas aku sempat lah terjah ke cafe ni selain di tawarkan dengan harga yang berpatutan kualiti masakan dari cafe ni juga turut di beri keutamaan. So kira dapat makan makanan yang sedap berkualiti tapi dengan harga yang murah. 

Raikan Tahun Baru bersama PUBG Mobile! Hadiah 100,000 UC kembali ke Sunway Pyramid, Sunway Velocity dan IOI Puchong hujung minggu ini!


KUALA LUMPUR, 29 Disember 2021 –  Disebalik sambutan istimewa para peminat di Sunway Pyramid baru-baru ini, PUBG Mobile bakal mengadakan peraduan 100,000 UC buat kali kedua sempena Tahun Baru 2022 di IOI Puchong, Sunway Velocity dan Sunway Pyramid sekali lagi pada 30 Disember 2021 sehingga 1 Januari 2022 bermula 5 petang - 10 malam setiap hari..

Dec 14, 2021

Tempat lepak Urban terbaru di Ra.Re Foodspace @ Uptown Kota Dame.

 

Hi Korang,

Dalam entry kali ni aku nak share dengan korang berkenaan tempat lepak baru yang sangat cool giler, aku baru je explore Ra.Re Foodspace ni pada khamis lepas. Kebetulan selepas kerja tu member ajak lepak al-maklum lah bukan senang nak jumpa member setelah sekian lama PKP kita duduk dekat rumah kan?

Dec 12, 2021

Pulse Grande Hotel Putrajaya menyediakan lebih 100 menu untuk BBQ & Steamboat Buffet Dinner

Hi Korang,

Dah lama kita tak buat review hotel kan? So sebagai penutup 2021 ni mari aku share dengan korang review Promosi Weekend BBQ & Steamboat Buffet Dinner di Pulse Grande Hotel Putrajaya.

Untuk pengetahuan lebih 100 hidangan yang di tawarkan untuk stu malam termasuklah hidangan BBQ dan juga steamboat yang disediakan oleh pasukan chef yang cukup mahir dalam menyediakan menu bervariasi ni.

Bermula dari 3 Disember 2021, dari jam 𝟲.𝟯𝟬𝗽𝗺 hingga 𝟭𝟬𝗽𝗺, setiap Jumaat dan Sabtu di Palm Hill Cafe Pulse Grande Hotel Putrajaya. Sekarang ada promosi hanya RM110 sahaja untuk 1 pax (harga sebenar RM138). Promosi ini sah sehingga akhir Januari 2022. Harga untuk kanak-kanak adalah 50% daripada harga asal untuk 1 pax.

Lebih 100 Hidangan Menarik

Untuk hidangan buffet kali ini lebih 100 hidangan ditawarkan bagi memenuhi gastronomi pengunjung. Selain daripada hidangan barat menjadi taruhan, masakan fusion turut diperkenalkan sesuai dengan citarasa masyarakat tempatan. Contohnya seperti Pasta Thai Style, ekor masak gulai lemak. Begitu juga dengan hidangan BBQ, perapan daging menggunakan bahan kegemaran masyarakat Asia iaitu ada yogurt, rempah (spice) ala pakistan dan sebagainya.

Buffet hujung minggu ini memberi kita pilihan samada untuk menikmati di bahagian luar (outdoor) atau didalam (indoor). Begitu juga dengan perletakan hidangan di dua lokasi iaitu BBQ & Steamboat di bahagian luar dan sajian lain di bahagian dalam. Jadi pengunjung boleh memilih sendiri mengikut keselesaan namun ianya juga tertakluk kepada kekosongan

Banyak lagi sebenarnya hidangan, memang puas makan. Ada rojak, begitu juga dengan bubur. Uniknya tentang hidangan bubur ini kita boleh pilih apa yang hendak diletakkan didalamnya. Disediakan seperti jagung, santan, gula melaka. Mengikut kesesuaian citarasa pengunjung itu sendiri.

Konsep Terbuka, Selesa dan Selamat


Untuk tahun 2022 Pulse Grande Hotel akan mengadakan lebih banyak promosi dan memperkenalkan pelbagai pakej menarik. Antaranya seperti pakej kesejahteraan minda menggabungkan weekend staycation, makanan sihat dan lazat serta aktiviti kesejahteraan fizikal serta mental.

Selain itu satu promosi khas telah dirangka bagi memberikan diskaun hebat untuk makanan serta minuman bagi mereka yang berjaya menghabiskan trek khas Pulse Grande x Putrajaya Steps. Pengunjung akan bermula d kaki Putrajaya Steps, Monumen Putra dan tamat di Pulse Grande Hotel.

Pulse Grande Hotel juga akan bersama-sama merancakkan pelancongan domestik dengan menawarkan pakej-pekaj berkembar melibatkan kembara dan bersiar-siar (tour & sightseeing) di tempat-tempat menarik Putrajaya dengan kerjasama pelbagai pihak.

Semuanya ini bingkisan perancangan Pulse Grande Hotel Putrajaya pada tahun 2022 akan datang. Sama-sama kita nantikan.

PULSE GRANDE Hotel Putrajaya | Facebook

PULSE GRANDE Hotel Putrajaya (@pulsegrandeputrajaya)

No tel: 03-88878888

Nov 18, 2021

SIMPLYSITI FOR ALL – REFLECTION OF PERFECTION THE BEST!

Hi Korang, 

Sekarang ni aku pulak yang excited dengan pelancaran makeup terbari dari SimplySiti. Siapa yang tak kenal Dato Siti kan, penyanyi tersohor no 1 negara. Kini SimplySiti sudah genap 11 tahun bertapak di Malaysia. Korang tahu tak ianya diperkenalkan pada tahun 2010 lagi. 

Untuk produk kali ini, sesuai untuk semua jenis kulit wanita Asia. Yang menarik warna matter semulajadi menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Ini untuk anda penggemar kosmetik yang inginkan penampilan ‘matte’ semulajadi.

“Kosmetik yang terbaru ini lahir sewaktu seluruh dunia dilanda bencana Covid 19. Memang terkena tempiasnya dalam perniagaan kami.

Namun, saya amat bangga dengan pasukan SimplySiti yang komited dan senantiasa berkerja keras. Memastikan yang produk ini berada di pasaran sebagaimana yang dirancang sejak awal lagi.”

MUDAH UNTUK WANITA SOLAT!

Produk ini telah dirumus secara sainstifik dan terbukti secara klinikal ianya mempunyai Sijil Halal Jakim. Ianya juga dihasilkan dengan penuh ketelitian bagi memudahkan wanita Islam menunaikan solat. 

Dato’ Sri Siti Nurhaliza tetap bersyukur, walaupun dalam keadaan pandemik pengguna setia jenama masih boleh mendapatkan produk mereka. Antaranya dari platform seperti Shopee, laman sesawang serta daripada ahli-ahli elit. 

ok sekarang jom tengok video kita unboxing koleksi makeup baru ni.

Nov 17, 2021

Kerjasama di Antara Black G Nutrima dan Dynas Mokhtar Bersama Shopee



Hi korang, aku nak share dengan korang berkenaan dengan satu pengumuman khas di mana kerjasama antara Black G Nutrima  dan Dynas Mokhtar bersama Shopee pada 11.11.2021. Majlis ringkas ini dihadiri CEO Black G, wakil dari pihak Mardi dan Shopee serta para media.

Produk kami dirumuskan melalui proses penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang meluas oleh saintis dan profesional yang diperakui untuk memastikan keselamatannya dari formulasi hingga tahap dos.


Apa yang menarik, produk dikeluarkan oleh Black G adalah selamat digunakan. Ini kerana penyelidikan saintifik telah dilakukan dengan mengambil kira kadar keperluan Methoxyflavone dalam setiap produk yang dikeluarkan. Ini bagi mengelakkan kesan sampingan dan toksik ke atas badan pengguna.


Untuk pengetahuan semua, Black G atau kunyit hitam ini mengandungi ramuan aktif seperti Methoxyflavone yang secara saintifik dapat mengatasi masalah-masalah kronik khasnya bagi mereka yang berumur 41 tahun keatas. 

Bukan itu sahaja , bahkan ramuan kunyit hitam ini juga mempunyai khasiat hebat untuk kesihatan dan juga dapat memelihara kecantikan luaran serta dalamanBlack G telah pun perolehi kelulusan daripada KKM dan mendapat pensijilan Halal  dariJakim. Jadi, kita boleh gunakannya  tanpa was-was dan ragu-ragu.



Antara produk Black G yang ada di pasaran seperti Black Ginger 100mg Capsule, Black Ginger Plus Liquid, Ener-G Plus, Black G Coffee Orignal dan Black G Soap & Scrub. Akan datang Hi Pro Plus+ Black Ginger bakap diperkenalkan di pasaran.


Di majlis ini turut diadakan tandatangan perjanjian antara Dynas dan Black G dalam usahasama untuk membawa produk Black G ke peringkat yang lebih jauh lagi. Banyak perancangan telah dilakukan bagi memperkenalkan kebaikan produk yang berasaskan kunyit hitam agar manfaatnya dapat dikongsi dengan semua lapisan masyarakat.


Dynas berminat menjadi rakan usahasama setelah menjadi pengguna dan melihat sendiri kebaikan yang dialami di kalangan kenalan rapatnya setelah mengamalkan Black G. Atas  keyakinan tentang manfaat produk dari formulasi kunyit hitam ini, Dynas dengan berbesar hati ingin bersama-sama merancang dan berkongsi Black G dengan ramai orang lagi.


Dari segi kerjasama dengan syarikat Black G Sdn Bhd pula, idea tercetus kerana saya dan Mughniy atau Mune pernah bekerjasama pada 2016 menerusi perniagaan Restoran Eat With Mune. Keserasian yang wujud antara kami mendorong kepada usaha melebarkan perniagaan dalam produk ini pula.
Bukan sekadar mewakili jenama produk, tetapi saya sebagai rakan kongsi atau rakan perniagaan sekaligus kami dapat berkongsi idea dalam memberikan cadangan untuk pemasaran dan penjualan.

Sementara itu, Mughniy berkata, menerusi produk Black G itu, mereka mempunyai rancangan masa hadapan. 


Selepas meraih lapan anugerah, produk Black G terpilih mewakili Malaysia untuk produk herba yang akan dipamerkan di Expo Dubai 2021/2022 tidak lama lagi.

Insya-Allah kami akan memulakan pasaran di  negara luar seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan China dalam masa terdekat ini. Sudah tentu kami juga menyasarkan untuk menembusi pasaran benua Eropah pada masa akan datang.
Menariknya, tiga produk terlaris yang dipasarkan di bawah Black G Sdn Bhd iaitu Black G Capsule, Black G Plus Liquid dan Black G Coffee Original bakal dijual di laman membeli belah dalam talian terkemuka, Shopee bermula 21 November ini.

Shopee adalah langkah pertama untuk koloborasi ini. Banyak produk palsu dijual pada harga yang murah dan menyebabkan pihak Black G dan MARDI berhubung melalui anak guam Black G dan kemudian membuatkan solusi ini.

Sebagai syarikat pengasas, kami adalah pemilik jenama Black G berdasarkan nama dagang atau ‘trademark’ yang sudah didaftarkan. Jadi, dengan dengan cara ini segala produk lain yang tidak dijual melalui Black G Official Shopee dan Official Flagship Store, akan dikeluarkan dari platform itu. Jadi dengan cara ini ia akan menjamin pembeli mendapat produk yang asli dan harga yang ditetapkan. 

Dan kebetulan pula saya adalah artis rasmi Shopee sejak beberapa tahun lalu. Perkara ini lebih membantu dari segi pemasaran eksklusif. Jadi pengguna boleh membeli produk Black G yang asli di Shopee di Official Flagship Store yang dipanggil Black G Nutrima by Dynas Mokhtar.
Sekarang korang dah boleh dapatkan product ini di pasaran, khususnya di Shopee!!!

Nov 12, 2021

Jualan 11.11.2021 di Lulu Hypermarket, memang jualan keramat

Hi korang,

bersempena dengan jualan mega 11/11/2021 lulu hypermarket tak ketinggalan juga yer untuk memberikan promosi yang gempak kepada semua pelanggan lulu. 

Nov 6, 2021

Redcool Energy: Siri Minuman Edisi Terhad Terbaharu Hasil Kerjasama Coolblog dan Red Bull Kini Di Pasaran!

 Berita baik untuk CooLovers yang mengamalkan gaya hidup aktif dan menginginkan minuman tenaga dengan kelainan tersendiri untuk mengharungi rutin harian. Coolblog tampil bekerjasama dengan Red Bull melalui varian Red Bull Plus mereka untuk menghasilkan Siri Redcool Energy terbarunya yang memberikan pengalaman minuman unik dengan gabungan tenaga dan pencuci mulut dalam satu minuman.



Oct 29, 2021

Pembukaan outlet Baru LuLu Hypermarket Malaysia di Amerin Mall @ Seri Kembangan Selangor

Hi korang,

Dalam entry kali ni aku nak share dengan korang sempena dengan pembukaan out terbaru dari Lulu Hypermarket. Berita gembira ni juga kepada mereka yang duduk di area Balakong & Seri Kembangan, sebab lulu baru sahaja melancarkan pembukaan outlet terbaru mereka di Amerin Mall pada 26/10/2021 hari tu.

Oct 20, 2021

COOLBLOG MEMBUKA CAWANGAN KE-263 DI AMPANG POINT

Hi Korang, baru-baru ni aku berpeluang untuk hadir kecawangan baru Coolblog, ni merupakan cawangan mereka yang ke-263 yang terletak di pusat membeli-belah Ampang Point. Di tambah pula dengan 16 lagi buah cawangan tambahan yang akan dibuka pada akhir tahun ini.

Oct 2, 2021

Jom serbu Lulu Food Festival 2021 @ Setia Alam

Hi Korang,

sihat ke semuanya?? Alhamdulillah uols Lembah Klang, KL & Putrajaya hampir kembali kepada Normal di mana kita dah boleh dine in, dan melakukan aktiviti riadah. Kita semua excited kan? Tapi pada masa yang sama jangan lupa patuhi SOP ok? Kita kena jaga kita. 

Aug 31, 2021

RM100,000 BARANGAN DAPUR DIMENANGI PEMENANG-PEMENANG PERADUAN MAKAN & MENANG ANJURAN LENGQUAS

Kuala Lumpur ,25 Ogos 2021, -Peraduan Makan & Menang anjuran produk makanan sejuk beku jenama LengQuas telah melabuhkan tirai pada 30 Jun 2021.Berlangsung selama tiga bulan sejak 1 April 2021 yang lalu, seramai 60 pemenang bertuah telah dipilih untuk memenangi hadiah-hadiah berupa barangan dapur bernilai RM100,000. Pemenang telah dihubungi oleh pihak KOPETRO sebelum diumukan secara rasmi melalui media sosial LengQuas.

Crystal Skin terbukti merawat dan mencantikkan kulit dari luar dan dalam.


Di dalam kehidupan kita yang serba moden ni setiap orang jika diberi pilihan untuk menjadi cantik dan sihat rata-rata semua bersetuju tanpa bantahan. Siapa je yang tak nak hidup dalam keadaan yang harmoni serta sihat tubuh badan. Oleh itu mari aku perkenalkan tentang produk Crystal Skin.

Aug 20, 2021

Jangan menyesal kerana tersalah memilih Course Pembelajaran. Tun Mahathir ada jawaban nya


Tun M sudi untuk meluangkan masa berkongsi pengalaman beliau bersama warganet khususnya pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Menerusi program kemuncak ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ yang bakal berlangsung pada 22 Ogos 2021, Tun M akan bersembang santai bersama hos, Tengku Izwan Fareed mengenai topik ‘Revolusi Pendidikan Tinggi Supaya Relevan Dengan Pasaran Kerja’ di semua platform media sosial YEG Academy dan negarawan itu bermula jam 10.30 pagi. 

Jul 27, 2021

COOLBLOG MEYANTUNI KELEMBUTAN RASA DAN TRADISI LEGASI JEPUN DENGAN SIRI MINUMAN BAHARU - GEISHA GARDEN


hi Korang,

Konnichi wa, salam sayang dari Jepun. Bersempena dengan Sukan Olimpik 2020 yang berlangsung pada 23hb Julai 2021. Coolblog sekarang ni melancarkan minuman berperisa baru. Ianya seiring dengan tema Olimpik di mana kita nak berikan sokongan padu kepada para athlete malaysia. Jadi kita di samping menyaksikan secara langsung pertandingan yang berlangsung di Tokyo, Japan. Alangkah baiknya kalau kita pun turut sama menikmati minuman baru dari Coolblog ni. 

Jul 17, 2021

Minuman Kesihatan Mixberry Yogurt Merupakan minuman kesihatan semulajadi


hi korang, kali ni aku nak share dengan korang tentang khasiat Mixberry yogurt. ianya merupakan minuman kesihatan yang korang boleh ambil secara santai di rumah. Al maklum lah sekarang ni kan kita masih lagi dalam Fasa 1 di mana semua orang tidak di galak kan utk keluar rumah. 

May 11, 2021

Di beri Pilihan Antara Menyewa Atau Memiliki Rumah Sendiri? Mana Satu Pilihan Anda?

 

Berdasarkan dari tajuk di atas, seperti ianya nampak cliché bukan? Tapi kalau di lihat dari segi sudut yang berbeza sebearnya ramai yang ingin memiliki rumah idaman sendiri. Mak ayah selalu berpesan “kenapa kita nak bayar sewa mahal-mahal sendangkan duit rumah sewa tu kita boleh pakai untuk Bayar Rumah Sendiri”

May 2, 2021

Tampil Bergaya Dengan Gaston Luga Design Terunggul Dari Sweden

 

Hi korang...kita berkenan sungguh dengan koleksi Bagpack dari @gastonluga ni. Ni warna MUSTARD-YELLOW-BLACK 💛dan bukan saja warna pop look. Ciri-ciri dia seperti:

The Manhattan FISH MARKET’s menyediakan Feisty Arabic Ikan Bakar untuk Ramadhan Raya 2021.

Hi Korang,

Tak sangka kan pejam celik pejam celik kita dah nak menyambut raya, tapi sebelum tu kita masih ada lagi tinggal beberapa hari ramadan lagi sebelum meyambut raya. Serta tak lupa juga di dalam kita tengah struggle untuk berhadapan dengan Covid-19 ni. Nak rentas negeri balik kampung or melancong masih lagi tidak dibenarkan. 

Apr 28, 2021

Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf (Baju Raya dari S - 7XL) @ Shah Alam


Hi Korang,

Macam mana dengan persiapan raya korang tahun ni? Walaupun kita bakal merayakan hari mulia di dalam Norma Baru ni, tidak semestinya kita semua kena berduka lara kan?? Raya tetap Raya dan ianya mestilah di sambut dengan kemeriahan tidak kira di mana jua anda berada. 

Apr 27, 2021

IndoAsli mempamerkan Rasa Masakan Asli Dari Negara Jiran Indonesia.

Hi Korang,

Pada entry kali ni kita buat lain sikit, lebih special sebab kita nak share masakan asli dari negara jiran iaitu Indonesia. Siapa yang tak pernah merasa masakan indonesia dekat sini? rata-rata semuanya pernah makan dan tahu masakan dari negara Garuda ini. 

Apr 24, 2021

THE WORLD’S FIRST 108MP MUSEUM BY REALME MALAYSIA IS NOW OPEN TO PUBLIC

realme Malaysia has built the first-ever 108MP Museum which will be available in both live and virtual modes. It features photographs captured by the first realme smartphone built with its 108MP Ultra Quad Camera. All photographs were captured by local Malaysian photographers with realme 8 Pro which adopted the highest camera pixel in the smartphone industry now.

Apr 20, 2021

Teringin Berbuka Ala Shell Out Di Bulan Ramadan? Ombak Kitchen Kan Ada!!!

Hi Korang,

Siapa disini yang teringin nak berbuka berkonsepkan ala Shell out, so korang boleh lah try untuk berkunjung ke Ombak Kithcen. Korang boleh masukkan Ombak Kitchen ni di dalam list berbuka puasa nanti. Kerana disini Ombak Kitchen juga turut sama menhidangkan menu promo bersempena dengan ramadan kali ni. 

Apr 19, 2021

Tony Romas Hadiahkan Tulang Rusuk Terkenal Di Dunia Kepada Pengunjung Bersempena Bulan Raya Ini

Hi Korang,

Berjumpa lagi kita ye di bulan yang mulia ini, kali ni aku sendiri excited nak cerita dengan korang pasal Tony Romas. Kali ini restoran popular ini menyajikan satu lagi menu hebat bersempena bulan Ramadhan bagi semua penggemar daging. Menu eksklusif ini boleh dipesan bermula 19 April 2021 hingga 15 Jun 2021 di restoran Tony Roma’s seluruh Malaysia. Pelbagai pilihan hidangan yang unik, pasti akan membuat anda ingin mencubanya lagi.

Apr 17, 2021

WOW Kolaborasi di antara COOLBLOG & FARM FRESH. Kena Cuba Ni!


Hi Korang,

COOLBLOG & FARM FRESH merupakan nama yang tidak asing lagi. Sebut sahaja dua brand gergasi ini confirm ramai yang mengenalinya. Bahkan semua orang semestinya sudah pernah merasa sendiri CoolBlog mahupun Farm Fresh kan?

Apa yang lebih menariknya, Ramadan kali ini CoolBlog tampak lebih meriah serta ceria kerana di beri nafas baru menerusi Farm Fresh dengan menggunakan Susu Kurma Farm Fresh yang diminati ramai didalam minuman Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie. Kempen Tradisi Cool Ramadan oleh Coolblog ini telah menemui peminat Coolblog bermula 4 April 2021.