Hi Korang,
Untuk entry kali ni aku nak share dengan korang satu brand ayam goreng yang baru lah di dalam pasaran. Kalau tak silap baru lagi beroperasi lebih kurang dalam 4 bulan tapi sudah memiliki 3 outlet di sekitar Kuala Lumpur.
Perkenalkan Ayam Goreng Ting Tong, comel kan? Nama brand pun dah catchy belum lagi korang rasa kesegaran Ayam Goreng Ting Tong ni. Memang lain dari yang lain sebab owner dia sendiri sangat menjaga kualiti ayam tersebut.
Mari aku share dengan korang sedikit sebanyak berkenaan dengan Ayam Ting Tong ni. Brand Ayam Goreng Ting Tong ni di miliki dan di jalan sepenuhnya oleh Cik Yenti. Idea yang di berikan sebenarnya nak mempertengahkan konsep ala-ala "street-food" melalui jualan gerai. Bukan itu saja harga yang berpatutan juga mampu menarik semua pelanggan terutama sekali mereka yang gemar akan ayam goreng ni. Cik Yenti always berpegang pada 4 prinsip ni "Bersih, Halal, Sedap & Segar",
Cik Yenti dengan Suami.
Begitu juga dari segi pengedalian di dalam menguruskan Ayam Goreng Ting Tong ni. Cik Yenti sendiri akan memastikan setiap hari mendapat bekalan ayam mentah yang fresh. Ini bermaksud ayam goreng ting tong ini tidak menggunakan ayam frozen. Selain dari itu juga minyak yang di guna berasaskan dari minyak fresh dan bukan minyak terpakai.
kalau korang sendiri nak datang untuk rasa kelainan Ayam Goreng Ting Tong ni korang boleh lah berkunjung ke 3 outlet mereka di :
No comments :
Post a Comment