Oct 29, 2020

RAKYAT MALAYSIA AKAN MALA-TUP DENGAN AYAM GORENG MALA MARRYBROWN!

Hi Korang, 

Siap sedia warga Malaysia untuk letupan rasa yang mengejutkan! Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas Halal milik anak tempatan No.1 di Malaysia, Marrybrown kini memperkenalkan menu terbaharu mereka yang bakal memikat citarasa anda: MB Mala Fried Chicken! Bermula dari 28 Oktober 2020 hingga 13 Disember 2020, menu terbaharu Marrybrown ini menjamin kepuasan terutama kepada penggemar rasa pedas.  

Berpegang pada motto, “something different”, hidangan terbaharu Marrybrown merupakan gabungan meletup lada Sichuan yang diperap dengan cili kering khas buat pengalaman gastronomi yang luar biasa! Peminat Mala dapat menikmati kehangatan berbisa pada gigitan pertama ayam goreng MALA-tup yang menjanjikan rasa pedas yang memukau! 

Pricing seperti di bawah:

1. Ayam Goreng Mala 2pcs Combo - Harga dari RM 15.90

2. Ayam Goreng Mala 3pcs Combo - Harga dari RM 18.80

3. Bubur Ayam Mala-tup Combo - Harga dari RM 14.60

4. Mala-tup Box Meal - Harga dari RM 22.60

Seperti sedia maklum MarryBrown merupakan salah satu fast food yang berkonsepkan halal uols, so korang just enjoy makan yang tersedia. SELAMAT MENJAMU SELERA KORANG!!!!

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran,
sila layari: 
Instagram: Marrybrownmy
Twitter: MarrybrownMY
YouTube: MarrybrownTV

No comments :