kepada mereka yang pernah nampak posting aku di Facebook/Instagram korang
mesti perasan di mana aku buat satu posting berkenaan dengan Mesin Jahit
warna Baby Blue yang comel tu. Ianya bukan saja comel guys, ianya juga di
penuhi dengan ciri-ciri di mana aku yakin sangat menepati kepada mereka yang
suka menjahit ni.
Sebenarnya mesin jahit mudah alih (portable) ni adalah edisi terbaru dari
brother. Kan sudah menjadi sinonim kalau sebut saja mesin jadi portable
confirm warna putih. Tapi dengan Model terbaru dari brother ni mereka buat
special sikit. BABY BLUE!!!! comel kan dan ianya bersempena bagi meraihkan
ulang tahun mereka yang ke-20. Jadi terhasil lah Model JK17B edisi terhad!!!
Untuk bercerita dengan lebih mendalam lagi mari aku share dengan korang
feature terbaru dari brother JK17B ni. Ini adalah di antara yang aku suka
sebab ianya memudahkan semua kerja menjahit ni.
17 Built-in Jenis Jahitan & Mengunci Jahitan Reverse
Seperti kebanyakan mesin jahit, brother model JK17B ni di lengkapi dengan
17 jenis jahitan built in. Sehingga kan korang boleh ukir nama korang
sendiri pada kain perca korang. Kalau tak percaya nanti tengok video pada
penghujung entry ni ok. Bukan itu saja guys, ianya juga turut di lengkapi
dengan secure back stitches, yang mudahnya ianya terletak pada bawah 17 pilihan jahitan. Jadi
lepas korang memilih jenis jahitan korang terus boleh lock jahitan reverse
pada kain korang. Sememang nya mudah.
Quick-set Drop-in Top Bobbin
Pertama kali bila kita nak penuhkan bobbin top ni, kita terasa begitu
teruja kerana ianya sungguh memudahkan kita untuk mengendalikan bobbin top
ni. Bila dah penuh tu korag just pelu ikut simple step bagaimana dengan
mudahnya korang boleh masukkan di dalam mesin jahit tersebut.
Built-in Needle Threader & LED Light
Feature yang ini aku rasa confirm ramai di luar sana yang teruja, sebab
nya selepas ni korang tidak perlu "tension" kalau nak memasukkan benang
pada jarum tu sebab dengan 3 step mudah korang boleh memasukkan benang
dengan cara professional. Tambahan pula, kini vision korang untuk menjahit
lebih clear dan focus kerana LED Light ni sangat terang dan bersesuaian
dengan visual penglihatan kita. Jadi menjahit pada belah malam tidak lagi
menghalang korang dari terus menjahit.
Built-in Thread Cutter
Korang mungkin nampak ianya kecil terletak di tepi sudut, tapi korang
mungkin tidak tahu betapa besarnya function si kecil ni. Ianya sangat
berguna kepada mereka yang sering mengalami benang tersangkut atau benang
stuck pada mesin jahit, lepas tu cutter ni sangat membantu tanpa korang
nak mencari gunting. Kan dah jimat masa dekat situ!!!
Online Class QR Code
Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut atau ingin belajar cara
mengendalikan Mesin Jahit brother JK17B model ni, korang just scan barcode
yang terdapat pada mesin jahit ni. Korang tengok video di atas tu, mungkin
sedikit sebanyak boleh tolong korang untuk kenali mesin jahit terbaru dari
brother.
Harga untuk 1 Unit brother JK17B ni hanya RM 859 sahaja. Kepada mereka yang
ingin mencari mesin jahit baru korang boleh lah memiliki mesin jahit
portable ni. Ouh Ya!!! kalau korang nak tahu brother sekarang ni ada buat
Contest taw. Bersempena dengan ulang tahun mereka yang ke-20 sebanyak 6 buah
mesin jahit JK17B akan di berikan melalui Facebook & Instagram account
mereka. Jadi pergi follow dan siapa tahu korang merupakan insan yang bertuah
:)
untuk info yang lebih lanjut berkenaan dengan Model Product terbaik ini
dan juga cara memenangi contest tersebut, korang boleh layari seperti di
bawah:
selamat mencuba guys, dan kepada sesiapa yang dah ada mesin jahit JK17B
congrats ya, sebab ianya limited edition guys.
Nk join la contest ni nnti..
ReplyDeleteWow! Mesin jahit ni sangat menarik. Menjahit di rumah lebih efisien dengan brother JK17B 🥰
ReplyDeletethis article Dolabuy Dior use this link have a peek at this web-site image source best replica designer bags
ReplyDelete