Aug 31, 2020

Menikmati citarasa masakan Asli Vietnam @ Rasa Viet - The Sphere Bangsar South (HALAL)

Hi korang,

kali ni aku nak bawa korang untuk rasa masakan Vietnam Asli tanpa perlu ke luar negara. Sebab ianya terletak di area Bangsar South. Sebenarnya lokasi sebenar nama Restoran Rasa Viet ni terletak di The Sphere Bangsar South. Seperti sedia maklum Bangsar South merupakan lokasi yang sangat strategik di mana waktu kemuncak dia untuk terima para pelanggan semasa Lunch Hour. 
ada yang bertanya macam mana pula dengan status halal di Rasa Viet ni. Jangan risau kerana mereka telah pun berjaya berdaftar sebagai restoran yang halal. Click SINI untuk melihat sijil halal dari mereka. 

interior design dia juga bagi aku sangat insta worthy. so korang tahu lah bila aku mention insta worthy tu memang berbaloi untuk menjamu selera kemudian BerOOTD!!! 
Jadi mari aku nak share dengan korang semua diantara menu yang terdapat di Rasa Viet Restoran ni. Lepas type entry ni aku sendiri rasa macam nak repeat balik makan di Rasa Viet.

Di antara menu yang sungguh menyelerakan: 
🍒 Mango salad prawn 
🍒 Rice noodle soup (smoked duck) 
🍒 Summer roll tofu 
🍒 Fried roll 
🍒 DIY sizzling pancake 
🍒 Traditional drip coffee (with milk) 
🍒 Traditional caramel pudding 

Info sedikit berkenaan dengan Rice Noodle Soup tu sebenarnya tidak mengandungi tambahan MSG. Di jamin menggunakan ramuan asli dan juga soup yang terhidang itu di reneh selama 10 jam untuk menghasilkan. Selain dari itu juga, Traditional Coffee Drip (with Milk) di Rasa Viet merupakan signature mereka, kopi ini tidak terdapat di mana2 kedai yang lain. Selepas drip kemudian ianya di tuangkan pada cawan berisi ais dan first sip itu lah membuatkan aku datang setaip minggu ke kedai ini. 
Korang boleh lah layan IGS highlight di profile aku, dalam ni adalah aku serta kan video untuk paparan korang. CLICK HERE!!!!
Kepada korang yang nak datang tu, boleh je tengok menu mereka disini https://www.rasaviet.com/menu atau visit profile IG mereka di @rasa.viet. Tapi jangan terliur pulak lepas tengok menu mereka ni, itu baru gambar belum lagi bila korang first bite rasa masakan dari mereka. Korang boleh lah bersantai di tengah kota bersama rakan atau pun keluarga tersayang. 

No comments :