May 3, 2020

Resipi khasiat Kentang A.S dan Tips Pakar Pemakanan Diet

Hi Korang,

Di dalam kita menjalani Bulan Ramadhan yang mulia ini, ianya bukan saja untuk kita mengamalkan diri dari berpuasa semata, tapi sebenarnya ianya juga mengajar kita untuk menjaga pemakanan kita dengan seimbang dan teratur.


Jadi di dalam entry kali ini, aku akan share beberapa tips yang sangat berguna dari Pakar Diet Cik Nurul Aziah Musa, dan bukan itu saja malah aku akan turut berkongsi dengan korang apa kepentingan Kentang A.S ni di dalam pengambilan makanan seharian korang. Tak cukup dengan itu, aku juga akan share 2 Resipi ringkas dengan menggunakan Kentang A.S ni.

  • Kentang A.S. ialah contoh sumber karbohidrat yang baik. Ia kaya dengan Vitamin B6 dan C. Kentang bersifat serba guna dan mengenyangkan, menjadikannya sumber makanan yang berkhasiat tinggi.
  • Kentang A.S. diminati ramai kerana mutunya yang tinggi. Ini kerana suhu penanaman yang ideal, tanah yang subur, pemprosesan terkini dan kepakaran yang diwarisi sejak turun-temurun. Semua faktor ini menjadikan kentang A.S. antara kentang yang terbaik dunia. Tambahan lagi, piawaian ketat industri yang memenuhi semua spesifkasi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S., memastikan Kentang A.S. selamat dan bermutu tinggi.
  • Kentang A.S tidak mengandungi lemak, natrium atau kolesterol. Malah, ia hanya mempunyai 110 kalori setiap hidangan.

Tip Diet Pemakanan dari Cik Nurul Aziah Musa,

Berikut adalah diantara tips pemakanan yang boleh diamalkan semasa bulan puasa :
1. Amalan sewaktu bersahur

  • Pastikan anda bersahur kerana ianya merupakan sunnah, dapat mengawal tahap gula darah dan memberikan tenaga sepanjang hari.
  • Pastikan pengambilan karbohidrat kompleks seperti Potatoes USA untukmembekalkan tenaga lebih lama
  • Kurangkan pengambilan garam untuk mengurangkan rasa haus pada siang hari
  • Elakkan pengambilan kafein kerana ianya boleh mempercepatkan dehidrasi kesan daripada diuretik

2. Amalan sewaktu iftar

  • Semasa iftar, adalah digalakkan untuk kita mengambil makanan yang ringkas seperti kurma terlebih dahulu untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada sistem penghadaman kita.
  • Utamakan air kosong dalam 6 ke 8 gelas sehari.
  • Makan secara perlahan dan tidak gelojoh
  • Kawal saiz hidangan makanan
  • Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan berminyak
  • Kurangkan makanan tinggi gula dan garam

Resipi Berbuka

Begedil Kentang A.S. (U.S. Potatoes) dan Oats Air Fryer

Bahan-bahannya
2 biji kentang Russet A.S (rebus dan lenyek)
2 biji telur
8 sudu besar oats
Cili merah / cili hijau hiris halus
5 sudu besar bawang goreng
1 biji bawang besar
Garam
Lada sulah
Lada hitam

Cara Penyediaan:

1. Gaul sebati semua bahan2 dan bentukkan bulat
2. Renjis dengan minyak zaiton
3. Panaskan air fryer dengan suhu 180c
4. Masukkan begedil ke dalam bakul air fryer. Masak selama 10 minit
5. Siap untuk dihidangkan
Resipi ini menghasilkan 4 hidangan. Kanduang nutrien setiap hidangan adalah seperti berikut:
Kalori 133
Protein 5.5g
Lemak 3.3 g
Serat 0.7 g

Hidangan ini adalah sihat kerana menggunakan air fryer dan kita dapat mengurangkan penggunaan minyak. Begedil boleh dimakan bersama hidangan lain dan boleh juga dimakan bersama sup soto ketika berbuka.

Resipi Sahur

Pai Kentang A.S. (U.S. Potatoes) Daging Sihat Ramadhan

Bahan-Bahan

4 biji kentang Russet A.S, buang kulit dan potong dadu
1 biji lobak merah
1 sudu makan mentega
4 sudu makan bawang holland cincang
50 gm keju cheddar
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
1 sudu makan minyak sayuran
1 bji bawang cincang
500g daging kisar
2 sudu makan tepung
1 susu makan sos tomato
180 ml stok daging

Cara Penyediaan:
1. Rebuskan kentang Russet A.S hingga lembut. Tos dan lenyek, campurkan mentega,
bawang cincang dan keju chedar. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Gaul rata dan ketepikan.
2. Rebus lobak hingga lembut. Tos dan lenyek. Ketepikan
3. Panaskan minyak, masukkan bawang cincang dan tumis layu. Masukkan daging cincang dan masak hingga daging menjadi perang. Masukkan tepung dan masak sebentar.
4. Tuangkan stok daging dan sos tomato. Biarkan mendidih, kawal api dan masak selama
5 minit.
5. Tuangkan daging dalam Loyang dan ratakan. Kemudian masukkan lobak dan ratakan,
diikuti adunan kentang Russet A.S dan akhir sekali taburkan keju cheddar di atasnya.
6. Bakar selama 25 minit dalam ketuhar pada suhu darjah 190 C sehingga ia masak
sepenuhnya.
7. Sedia untuk hidang dan dinikmati.

Resipi ini menghasilkan 4 hidangan. Kandungan nutrien setiap hidangan adalah seperti berikut:
Kalori 377
Protein 34.2
Lemak 13.6 g
Serat 1.4 g

Resipi ini mudah dah ringkas untuk juadah lengkap ketika bersahur. Ia sesuai untuk  semua golongan umur dan rasanya yang enak pasti akan membangkitkan selera ketika bersahur terutamanya untuk anak-anak.

Untuk mengetahui lebih tentang Kentang A.S, sila lawati laman web www.uspotatogoodness.com.my

No comments :