May 5, 2020

Kini segalanya mudah dengan PLATS (Platform E-Bazar Selangor)

Hi Korang,


Apa khabar? Harap korang semua sihat di dalam menjalankan ibadah puasa seperti biasa. Seperti kebiasaan, di dalam kita menghadapi wabak Covid19 banyak kesukaran yang kita hadapi nak pula di dalam bulan puasa ni kan? PKP menyukarkan kita untuk keluar mencari juadah berbuka dan kepada para peniaga pula sukar untuk mereka nak teruskan perniagaan seperti biasa. Jadi semua aktiviti kita terbatas akan tetapi ianya adalah untuk kebaikan bersama. Justeru itu, disini aku nak share dengan korang berkenaan dengan Bazar online.

APA ITU PLATS e-Bazar?

PLATS adalah satu inisiatif kerajaan negeri dalam membantu peniaga bazaar Ramadan yang tidak dapat menjalankan aktiviti berniaga di kawasan terbuka ekoran penutupan bazaar Ramadan di seluruh Malaysia pada tahun ini. 

Jadi dalam erti kata lain, PLATS memberikan kelebihan kepada para peniaga untuk membolehkan para peniaga untuk berniaga di sepanjang bulan ramadhan ini secara online. PLATS telah di lancarkan oleh Menteri Besar Selangor sendiri (MBI) sebagai langkah inisiatif membantu para peniaga khusunya. 

Ianya mula beroperasi di 12 kawasan sekitar Selangor. Pada masa ini (30 April 2020), dan untuk makluman tambahan korang, PLATS sudah pun beroperasi di Bangi, Shah Alam, Salak Tinggi, Semenyih, Bandar Utama dan Ampang

Menu Online yang Tersedia?
efraerfef Pilihan juadah yang terdapat di PLATS ini sememangnya sama seperti yang terdapat di Bazar ramadhan yang biasa kita kunjungi. Cuma membezakan sekarang ini ianya melalui online / di atas talian



● PLATS menubuhkan konsep e-Kitchen yang hanya berfungsi sebagai platform bagi pengumpulan pesanan tempahan sahaja. Tiada sebarang aktiviti memasak akan dijalankan melalui platform ini. Pembelian secara terus ( walk in ) juga sama sekali tidak dibenarkan.

● Semua e-Kitchen akan mematuhi jarak sosial yang telah ditetapkan kerajaan dan amalan kebersihan yang ketat sementara peniaga juga perlu mendapat suntikan pelalian tifoid seperti yang digariskan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

● E-Kitchen PLATS beroperasi di 12 kawasan sekitar Selangor. Pada masa ini (30 April 2020), PLATS beroperasi di Bangi, Shah Alam, Salak Tinggi, Semenyih, Bandar Utama dan Ampang. Pengumuman akan dibuat apabila PLATS beroperasi di lokasi-lokasi lain (ada lagi 6 lokasi lain).

CARA MEMBUAT PESANAN?
Pesanan boleh dibuat melalui laman web PLATS ( https://www.plats.com.my/ ) 

WAKTU PESANAN?
Bermula dari 9.00 pagi hingga ke 4.00 petang dan penghantaran akan bermula pada jam 3.30 petang hingga 7.00 malam


KAEDAH PEMBAYARAN?


Berkenaan dengan Kaedah pembayaran, korang boleh membuat pembayaran menerusi PLATS atau pun GRAB pay. Ianya serba mudab bukan?


RIDER YANG BERDAFTAR DI BAWAH PLATS?

Pesanan tempahan ini akan dihantar oleh rakan penghantaran seperti Grab, Mr. Speedy, Zepto Express dan MatDespatch. Jangan risau, kerana rider list yang korang nampak di atas sama seperti rider yang korang selalu perchase dari rumah. Jadi ianya bukan sesuatu yang baru bagi anda semua.


Kalau korang perlukan info lebih lanjut, sila lah layari info seperti di bawah:

Website Official: https://www.plats.com.my/

Facebook : https://www.facebook.com/platformselangor/


No comments :