May 30, 2020

Kemeriahan raya tetap di sambut meriah dengan Kismis California

 Hi korang,

Seperti sedia maklum di mana Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2020 kali ini memang berbeza dari tahun yang sebelumnya, kemeriahan dan sambutan kita terbatas di dalam fasa PKP ini.
Semua aktiviti sosial dan kemasyarakatan yang biasa dilakukan perlu dihentikan bagi mencegah wabak COVID-19 merebak.


Fasa PKP ini sebenarnya membuka peluang rakyat Malaysia untuk cuba memasak dan menyediakan makanan sendiri di rumah. Bagi Hari Raya ini, mungkin sudah ramai sedang merancang juadah Hari Raya yang boleh dimasak memandangkan kita semua tidak dapat pulang ke kampung. Antara panduan penyediaan hidangan sihat di Hari Raya ialah:

  • Gunakan daging yang dibuang lemak dan ayam yang telah dibuang kulit.
  • Gunakan susu rendah lemak
  • Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut raya dan kek.
  • Kurangkan penggunaan pewarna tiruan dalam kuih-muih, kek dan puding.
  • Gunakan ramuan tinggi serat untuk membuat biskut dan kuih raya seperti tepung bijirin penuh, oat dan kismis. 


Ramai individu cuba mengurangkan pengambilan gula tetapi dalam masa yang sama ingin kekalkan rasa kemanisan biskut dan kuih raya. Sebagai alternatif, kismis boleh digunakan bagi menggantikan gula kerana ia manis secara semulajadi dan tiada gula tambahan.
Kismis California sesuai digunakan untuk penyediaan pencuci mulut, biskut dan kuih raya. Kismis California mudah didapati di pasaran untuk kegunaan dalam resepi masakan.  Tambahan pula, Kismis California dikeringkan di bawah matahari dan rasa manis buah kering ini terbit secara semulajadi. Ini menjadikan kismis California snek berkhasiat yang sesuai dinikmati oleh semua peringkat umur.
Harga Kismis California berpatutan dan mudah didapati di pasar raya dalam bungkusan makanan ringan dan senang dibawa.

Bagi Syawal ini, penyediaan biskut Raya, pencuci mulut atau hidangan utama dengan menggunakan Kismis California sangat digalakkan untuk menggantikan penggunaan gula. Resepi ringkas menggunakan Kismis California boleh dicuba seperti resepi berikut.  
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai fakta pemakanan dan petua resipi mengenai Kismis California, sila lawati laman web https://www.raisins.org



Ok sekarang mari kita tengok 2 resipi ringkas yang di sediakan khas dari pakar pemakanan Cik Nurul Aziah Musa


PUDING ROTI KISMIS CALIFORNIA DENGAN SOS KASTARD

Masa Penyediaan: 20 minit
Masa Memasak: 30 minit

Bahan-Bahan

A) Puding Roti: B) Sos Kastard

  • 60 gm Kismis California 
  • 300ml susu rendah lemak
  • 8 keping roti putih 
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 500ml susu rendah lemak
  • 2 biji telur,saiz sederhana Bahan tambahan:
  • 1 sudu kecil gula 
  • 1 sudu kecil mentega untuk gris permukaan loyang 
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara Penyediaan:

1. Panaskan oven 10 minit pada suhu 180°c.
2. Satukan susu rendah lemak, 30 gm Kismis California, telur, gula dan esen
vanila dalam satu bekas.
3. Koyakkan roti atau boleh potong 4. Kemudian rendam roti ke dalam
campuran tadi. Pastikan semua bahagian roti terendam dan meresap
bahan cecair tadi.
4. Tuangkan ke dalam loyang yang telah digris mentega. Taburkan baki
kismis, 30 gm ke atas adunan puding roti. Biarkan dalam 10 minit.
5. Bakar pada suhu 180°C selama 30 minit.
6. Untuk sos kastard, campurkan semua bahan B ke dalam periuk dan kacau
hingga menjadi pekat. Gunakan api kecil.
7. Puding roti boleh dipotong dan tuang sos kastard ke atas puding roti.
Selamat mencuba!
SALAD SAYUR BERSAMA KISMIS CALIFORNIA
Masa Penyediaan: 10 minit

Bahan-Bahan

  • 60 gm Kismis California
  • Daun salad (merah dan hijau)
  • Ceri tomato
  • Lobak merah, hiris panjang
  • Sos salad (thousand island dressing)
1. Basuh dan toskan daun salad, kemudian potong kecil.
2. Dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan-bahan. Gaul rata bersama sos
salad dan sedia dihidang.
3. Sesuai dinikmati sebagai snek (sejukkan dahulu) atau boleh dihidang bersama
hidangan utama semasa perayaan.

Info Facebook Page: https://www.facebook.com/RACASEAN

No comments :

Post a Comment

Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni