Hi korang,
Seperti sedia maklum di mana Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2020 kali ini memang berbeza dari tahun yang sebelumnya, kemeriahan dan sambutan kita terbatas di dalam fasa PKP ini.
Semua aktiviti sosial dan kemasyarakatan yang biasa dilakukan perlu dihentikan bagi mencegah wabak COVID-19 merebak.
Semua aktiviti sosial dan kemasyarakatan yang biasa dilakukan perlu dihentikan bagi mencegah wabak COVID-19 merebak.
Fasa PKP ini sebenarnya membuka peluang rakyat
Malaysia untuk cuba memasak dan menyediakan makanan sendiri di rumah. Bagi Hari
Raya ini, mungkin sudah ramai sedang merancang juadah Hari Raya yang boleh
dimasak memandangkan kita semua tidak dapat pulang ke kampung. Antara panduan
penyediaan hidangan sihat di Hari Raya ialah:
- Gunakan daging yang dibuang lemak dan ayam yang telah dibuang kulit.
- Gunakan susu rendah lemak
- Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut raya dan kek.
- Kurangkan penggunaan pewarna tiruan dalam kuih-muih, kek dan puding.
- Gunakan ramuan tinggi serat untuk membuat biskut dan kuih raya seperti tepung bijirin penuh, oat dan kismis.
Ramai individu cuba mengurangkan pengambilan
gula tetapi dalam masa yang sama ingin kekalkan rasa kemanisan biskut dan kuih
raya. Sebagai alternatif, kismis boleh digunakan bagi menggantikan gula kerana
ia manis secara semulajadi dan tiada gula tambahan.
Kismis California sesuai digunakan untuk
penyediaan pencuci mulut, biskut dan kuih raya. Kismis California mudah
didapati di pasaran untuk kegunaan dalam resepi masakan. Tambahan
pula, Kismis California dikeringkan di bawah matahari dan rasa manis buah
kering ini terbit secara semulajadi. Ini menjadikan kismis California snek
berkhasiat yang sesuai dinikmati oleh semua peringkat umur.
Harga Kismis California berpatutan dan mudah
didapati di pasar raya dalam bungkusan makanan ringan dan senang dibawa.
Bagi Syawal ini, penyediaan biskut Raya, pencuci
mulut atau hidangan utama dengan menggunakan Kismis California sangat
digalakkan untuk menggantikan penggunaan gula. Resepi ringkas menggunakan
Kismis California boleh dicuba seperti resepi berikut.
Untuk maklumat lebih
lanjut mengenai fakta pemakanan dan petua resipi mengenai Kismis California,
sila lawati laman web https://www.raisins.org
Ok sekarang mari kita tengok 2 resipi ringkas yang di sediakan khas dari pakar pemakanan Cik Nurul Aziah Musa
PUDING ROTI KISMIS CALIFORNIA DENGAN SOS KASTARD
Masa Penyediaan: 20 minit
Masa Memasak: 30 minit
Bahan-Bahan
A) Puding Roti: B) Sos Kastard
- 60 gm Kismis California
- 300ml susu rendah lemak
- 8 keping roti putih
- 1 sudu kecil gula
- 2 sudu besar tepung kastard
- 500ml susu rendah lemak
- 2 biji telur,saiz sederhana Bahan tambahan:
- 1 sudu kecil gula
- 1 sudu kecil mentega untuk gris permukaan loyang
- 1 sudu kecil esen vanila
2. Satukan susu rendah lemak, 30 gm Kismis California, telur, gula dan esen
vanila dalam satu bekas.
3. Koyakkan roti atau boleh potong 4. Kemudian rendam roti ke dalam
campuran tadi. Pastikan semua bahagian roti terendam dan meresap
bahan cecair tadi.
4. Tuangkan ke dalam loyang yang telah digris mentega. Taburkan baki
kismis, 30 gm ke atas adunan puding roti. Biarkan dalam 10 minit.
5. Bakar pada suhu 180°C selama 30 minit.
6. Untuk sos kastard, campurkan semua bahan B ke dalam periuk dan kacau
hingga menjadi pekat. Gunakan api kecil.
7. Puding roti boleh dipotong dan tuang sos kastard ke atas puding roti.
Selamat mencuba!
SALAD SAYUR BERSAMA KISMIS CALIFORNIA
Masa Penyediaan: 10 minit
Bahan-Bahan
- 60 gm Kismis California
- Daun salad (merah dan hijau)
- Ceri tomato
- Lobak merah, hiris panjang
- Sos salad (thousand island dressing)
2. Dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan-bahan. Gaul rata bersama sos
salad dan sedia dihidang.
3. Sesuai dinikmati sebagai snek (sejukkan dahulu) atau boleh dihidang bersama
hidangan utama semasa perayaan.
Info Facebook Page: https://www.facebook.com/RACASEAN
No comments :
Post a Comment