KUALA LUMPUR, 18 Februari, 2020 – CTOS melancarkan CTOS SecureID, iaitu
khidmat perlindungan penipuan dan pemantauan kredit untuk memerangi pencurian
dan penipuan identiti yang kian meningkat, selain membantu memantau kesihatan
kredit pengguna. Perkhidmatan pemantauan dark web adalah yang terulung dilancarkan oleh agensi pelaporan
kredit di Asia Tenggara.
Di majlis pelancaran yang dirasmikan
oleh Y.Bhg. Dato' Dr. Haji Amirudin Bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity
Malaysia, pihak CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS), iaitu agensi pelaporan
agensi kredit terkemuka di Malaysia, memperkenalkan perkhidmatan itu kepada
khalayak umum pada hari ini, turut ditampilkan ialah Kapten CTOS, Hisyam Hamid bintang
TV dan filem popular tanahair.
Pengguna yang melanggani perkhidmatan ini akan dimaklumkan jika
berlaku sebarang perubahan profil kredit mereka, seperti misalnya permohonan
kredit baharu, bayaran yang tertinggal, perubahan had kredit, penutupan
kemudahan kredit, kemuflisan, kes litigasi dan juga amaran jika ditemui butiran
peribadi dalam dark web. Dengan adanya semua ciri ini pengguna menjadi
lebih proaktif supaya berwaspada dalam menjaga identiti mereka dan menguruskan
kesihatan kredit masing-masing.
“Melihat banyak sekali berlakunya pelanggaran
data bukan sahaja di Malaysia, bahkan seluruh dunia, dan meningkatnya transaksi
dalam talian dan jejak digital di media sosial menggunakan berbilang platform, maka
pencurian identiti dan data kita boleh terjadi melalui berbagai-bagai cara,” tegas
Dennis Martin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS. “Dalam enam
bulan pertama sahaja tahun 2019, kebocoran sebanyak 4.1 billion rekod peribadi
di seluruh dunia telah berlaku akibat pelanggaran data.
Banyak
anasir jenayah menggunakan Dark Web untuk
urusan jual beli data orang ramai, jadi dengan alat pemantau baharu kami ini
dapat memberi peringatan kepada pengguna jika maklumat peribadi dikesan dalam Dark Web. Selain itu, perlindungan Takaful
yang turut disediakan memberi ketenangan fikiran seandainya anda menjadi mangsa
penipuan dan pencurian.” Semua keistimewaan ini akan
ditonjolkan melalui suatu kempen khas yang menampilkan Hisyam Hamid, melalui
berbagai media penyiaran dalam bulan-bulan akan datang.
“Dengan adanya CTOS
SecureID hari ini bermakna kami mempunyai perkhidmatan terulung dalam pasaran
yang boleh membantu melindungi pengguna daripada pencurian dan penipuan, di
samping membantu meningkatkan celik kewangan, sejajar dengan misi kerajaan
untuk mempromosi pendidikan kewangan dan keterangkuman,” jelas Dennis Martin, Ketua
Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS.
Pelanggan CTOS SecureID akan turut
menerima sokongan berupa maklumat terkini mengenai panduan pencegahan penipuan
dan pencurian, sokongan dalam hal-hal berkaitan pencurian identiti serta empat
Laporan Skor MyCTOS setahun. Dengan bayaran hanya RM9.90 sebulan atau RM99 setahun,
kini sesiapa sahaja boleh menikmati perlindungan CTOS SecureID dan
ketenangan fikiran. Pengguna boleh mendapat maklumat lanjut dan
melanggani CTOS SecureID di https://ctoscredit.com.my/
No comments :
Post a Comment