Kuala Lumpur, 9 Jan, 2020 – Jawatankuasa
Pentadbiran Kismis (RAC) menyambut tahun baharu dengan sentuhan manisan
berasaskan resipi yang dicipta khas menggunakan Kismis California di majlis
‘Samplings On the Fourteen Restaurant’ di Berjaya University College
malam ini.
Kesemua resipi dicipta oleh chef selebriti bertaraf 2 bintang
Michelin, Chef Emmanuel Stroobant bersama chef jemputan Erich Anton Roos, yang
meraikan 40 Tokoh Berpengaruh utama di Malaysia dengan majlis makan malam yang
mesra. Mereka semua seronok bukan sahaja kerana dapat menjamu selera dan
beramah mesra dengan chef selebriti tetapi juga kerana dapat memerhatikan
pesona mereka menunjukkan kelebihan Kismis California dalam empat sajian makan
malam yang lazat.
Resipi sajian gourmet yang
disediakan oleh dua chef tersohor ialah:
Chef Emmanuel Stroobant (3
resipi)
1. Kismis California, Ketam
& Kubis Bunga
2. Pasta Kismis California
dengan Jintan Hitam & Udang
3. Kismis California dengan
Rusuk Lembu & Buah-Buahan Musim Sejuk
Chef Erich Anton Roos (Manisan)
4. Simfoni Kismis California
yang terdiri daripada:
· Mufin Kismis California dengan krim
· Aiskrim Kayu Manis Kismis California
· Paf epal
Chef Emmanuel Stroobant tidak
perlu diperkenalkan kerana chef selebriti Belgium bertaraf 2 bintang Michelin
ini telah melibatkan diri dalam dunia masakan sejak mula bekerja sebagai
pembantu dapur pada usia semuda 16 tahun dan meniti kerjaya dalam dunia
kulinari selama satu dekad. Paling menonjol ialah kemunculannya sebagai chef
pengacara saluran AFC selama bertahun-tahun dan beliau membuka restoran
pertamanya di Singapura yang dinamakan Saint Pierre. Chef Erich Anton Roos,
warga Switzerland yang telah mengumpul pengalaman berkecimpung selama 40 tahun
dalam dunia kulinari antarabangsa, meliputi banyak negara Barat dan Asia. Buat
masa ini beliau berpangkalan di Bangkok, memainkan peranan yang lebih tertumpu
kepada perundingan dan perancangan strategik untuk keperluan latihan dapur
dalam rangkaian hotel antarabangsa.
Antara pelbagai kelebihan Kismis California
termasuk:
Semula jadi sepenuhnya
Manis secara semula jadi dan tidak mengandungi
gula tambahan
Tidak mengandungi lemak dan kolesterol dan
rendah natrium (garam) secara
semula jadi
Sumber kalium (elektrolit penting yang
membantu fungsi otot, kardiovaskular
dan sistem saraf)
Sumber serat
Sumber nutrien
Diketahui mengandungi fitonutrien yang
menyekat pertumbuhan bakteria
dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan
penyakit gusi
No comments :
Post a Comment