Dec 8, 2019

Rib Rib Holiday Menu Special dari Tony Roma's bersempena dengan musim cuti sekolah.

Tidak lama lagi kita bakal menyambut tahun baru, dan sebagai penutup tirau untuk 2019 ni, apa perancangan korang semua? Semestinya korang nak celebrate dengan keluarga dan paling tidak pun dengan si dia yang tersayang 😊 Seperti yang sedia maklum korang pun tahu kan dengan musim cuti sekolah ni lagi lah family busy nak merancang percutian sebab kena dengan x-mas pada 25th December ni. 

Dec 7, 2019

KORANG YANG DI GELAR DA'I NI, TAK PAYAHLAH BAJET NAK MEMBIMBING KE JALAN LURUS SANGAT

WEI CEPATLAH BERAKHIR CERITA PASAL SEMUA DA'I- DA'I BAHLOL NI, INGAT MUKA DAH RETAK NI PERANGAI PUN ELOK LAH SESAMA MANUSIA, INI TAK MUKA KE LAUT PERANGAI PUN KE LAUT DALAM. 

DOK HENCAP GENG SAJAT / DOK MENASIHAT DAN MENGATA SI FAIZ ROSLAN BIBIR BERSAIZ SELIPAR 43 TU. LAHHHH ALIH - ALIH PEMEGANG NAMA DA'I NI PUN TAKDE BEZA LAH WEI. 

YANG TAK BOLEH BLAH BILA KAU GUNA PENDEKATAN HALUS KONON-KONON NYA APPROACH KENA LEMBUT. JIMBIT KORANG LAH HAHAHAHAHA NAIK TANGAN PUKUL ISTERI OK PULAK KAN????  BODOH!!!!

DAH NAMA PUN MANUSIA KAN? KAU PUN BUKAN NYA SUCI SANGAT NAK TERPELIHARA DARI MELAKUKAN DOSA, HINA, DAN BENDA-BENDA TERKUTUK. SETIAP ORANG ADA JUGA KISAH SILAM MASING-MASING JADI TAK PAYAH LAH NAK AJET-AJET ALIM NAK BERCERAMAH. PUIHHHH

Dec 6, 2019

Glomac 121 Residences: Ciri - Ciri rumah idaman yang harus di miliki

Glomac 121 Residences, 6 December 2019 - 

Kalau di sebut saja assets atau pelaburan hartanah confirm aku akan terfikir tentang rumah dan jual beli rumah. Dimana pemilihan rumah zaman sekarang ni memang sangat pening dan rumit kita nak fikir kan sebab untuk membeli sesebuah asset kita kenalah pertimbangkan banyak perkara. Salah satunya di mana kah terletak nya kawasan rumah tersebut. Lepas fikir tentang stratergic, kemudian fikir pula tentang kemudahan dan facilities yang terdapat di kawasan rumah berhampiran. Sebab bagi aku semua di atas kena di pandang penting kerana nak access kepada segala kemudahan di sesuatu tempat pada kini memang susah. 

Nov 30, 2019

Jom Rasa Black Volcano Pizza with Chili @ Pizza Hut Pavilion Elite Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 26 November 2019 – Pizza Hut Malaysia membawakan kejutan sekali lagi dengan memperkenalkan pilihan Black Volcano Pizza terbaharu bersama Cili, sebagai pelengkap kepada sambutan akhir tahun, istimewa buat penggemar makanan pedas.

Nov 17, 2019

PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA 2019 @ Summit USJ

SUMMIT USJ, SUBANG, 10 NOVEMBER 2019 – Event kali ni memang berlainan dengan event yang aku pernah attend, sebab event yang di adakan di Summit USJ Subang ni memang memberikan kesedaran betapa penting nya Seni Budaya pada masa kini. Event yang meriah ini telah di rasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Rashid bin Asari di mana merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dan juga Pengerui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan & Pelancongan Peradaban Melayu dan Warisan. 

Nov 12, 2019

Raikan Cuti Sekolah anda di Lost World of Tambun, Taman tema pertama berkerjasama dengan Hot Wheels & Barbie

Lost World Of Tambun, Ipoh - Bersempena dengan cuti sekolah bulan ni, parents yang menginginkan sesuatu yang menarik korang boleh lah try berkunjung ke Lost World of Tambun. Apa yang menariknya di sini. Lost World Of Tambun akan menjadi taman tema yang pertama untuk bekerjasama dengan Hot Wheels dan Barbie bagi menyambut kedatangan para pengunjung untuk meneroka kembali zaman kanak-kanak, yang akan bermula dari 23 November sehingga 31 Disember 2019.

Nov 3, 2019

ULASAN KAMERA REALME XT: Kuad Kamera Snapdragon 64MP yang Pertama di Malaysia


Hi Korang,

realme XT adalah tambahan yang terbaharu kepada rangkaian telefon pintar realme. Ia dilengkapi dengan sensor utama 64MP untuk menghasilkan foto-foto yang jelas, Pemproses 712 Snapdragon, Pengecas Pantas VOOC 3.0, Paparan FHD+ Super AMOLED dan pengimbas cap jari di atas paparan. Salah satu kelebihan realme XT adalah teknologi kuad kamera yang menampilkan sensor Samsung 64 MP GW1 di dalam kamera utama, lensa sudut lebar ultra 8MP, lensa makro 2MP dan lensa potret 2MP. 

PERTAMA DI MALAYSIA 64MP QUAD CAMERA SNAPDRAGON | Pelancaran telefon pintar realme XT di Malaysia

 realme Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan realme XT, telefon pintar pertama di Malaysia yang mempunyai 64MP Quad Camera Snapdragon. ​Ia adalah yang pertama Malaysia di mana menyediakan resolusi gambar yang terbaik dengan butiran yang tidak dapat diperkatakan untuk pengguna mereka. Untuk model realme XT, ia memberikan pengguna - kebebasan untuk berkongsi kreativiti mereka melalui fotografi. Dilengkapi dengan sensor Qualcomm® Snapdragon ™ 712 dan 64MP resolusi tinggi dengan penambahan teknologi Tetracell dan 3D HDR, realme XT memastikan anda mengambil gambar dengan jelas dan terperinci.

Nov 1, 2019

Pernikahan Gah!! Aiman & Fizah anak Pengusaha terkenal Jamu Ratu Malaya Bonda Rozita Ibrahim

27 October 2019 (Ahad) - Siapa yang tak kenal dengan seorang usahawan tersohor di Malaysia iaitu Bonda Rozita Ibrahim pengusaha terbesar product Jamu Ratu Malaya. Telah pun selamat melangsungkan perkahwinan anak lelaki nya  Aiman Hazeem (Ajim) 23 tahun dengan pasangan nya Siti Nurhafizah (Fizah).

Persandingan yang sungguh meriah ini di tempatkan di anjung tradisi Dewan Perdana Felda Kampung Dato Keramat, malam yang penuh dengan adat tradisi melayu di tambah lagi kemeriahan dengan kehadiran pada tetamu VVIP dan kenalan ramai. 
Sementara menunggu ketibaan kedua mempelai tiba, sempat juga kita menebual keluarga Bonda Rozita ni, Press conference tersebut menjadi lebih meriah kami menerima kehadiran Dato Seri Aliff Syukri bersama Datin Shahida. Menurut Bonda Rozita mereka bakal melangsung 4 majlis persandingan untuk anak lelaki terakhir beliau. Semestinya Bonda Rozita menginginkan sesuatu yang simple dan mempunyai konsep sederhana sekaligus mengetengahkan concept Rumah Hutan beliau di dalam concept perkahwinan Ajim pada kali ni. Seringin dengan rumah baru Bonda Rozita yang bakal siap tak lama lagi. 
Bukan itu saja malah cost perbelanjaan perkahwinan ini memakan lebih dari RM 300 ribu, pada asalnya mereka tidak ingin untuk mengupas tentang cost keseluruhan majlis persiapan tersebut, tapi bila di tengok balik dengan kemeriahan resepsi ini sudah semestinya aku sendiri dapat melibat betapa gahnya persandingan Ajim & Fizah pada malam itu, serta dengan kemeriahan tetamu yang melebihi 1000 orang kesemunya. 
Sebagai anak lelaki terakhir Bonda Rozita, bonda sendiri telah menghadiakan Ajim sebuah kereta Mercedes Benz sebagai tanda kasih sayang Bonda Rozita terhadap Ajim. Sewaktu ucapan di sampaikan malam tu, penampilan sendiri dari Kak Yati (Kak Long) serta Dato Aliff Syukri telah bekongsi cerita sewaktu mereka kecil dimana mereka sendiri yang menjaga Ajim dari kecil sehinggalah besar, mereka memberi kasih sayang sepenuhnya serta tumpuan lebih kepada Ajim. Ini kerana Ajim merupakan adik-beradik dari  berlainan bapa. Tapi itu tidak menjarak kan hubungan merelah malah mereka sentiasa menjaga satu sama lain. 

Begitulah yang kita dapat lihat di mana kasih sayang yang sungguh akrab dari Keluarga Bonda Rozita ni, kalau di social media kita sering nampak dimana Bonda Rozita serta Dato Aliff Syukri sangat "happening" bila bab menyentuh hal kekeluargaan mereka adalah contoh terbaik untuk kita ikuti selain sebagai contoh sorang usahawan berjaya dari keluarga besar ini. 

kepada Ajim & Fizah, sy dari kiflimally.com ingin mengucapkan tahniah sekali lagi di atas kelangsungan perkahwinan yang sungguh indah malam itu. Semoga berkekalan dan berbahagia hingga hujung nyawa. Terus sukses dan di kurniakan cahaya mata yang comel (^_^)


Sekian,
KIFLIMALLY

Oct 8, 2019

Cerita si kucing oyen bermata satu @ Car Park Hotel Istana.

 hi korang, sebenarnya bukan la aku nak sampaikan cerpen dekat sini, cuma nak bagi tahu dekat korang yang semalam aku ada lunch appointment dekat Nu Sentral. Keadaan cuaca pada hari tu kurang baik sikit sebab jerebu macam dah kembali je menghantui kita dekat KL ni.

Lepas tu seperti biasalah lepas lunch lebih kurang dalam 1.30pm aku beransur balik ke office, sampai je dekat car park. Aku ternampak kelibat encik bulus ni. Seolah-olah macam mengintai dari celahan tembok parking tu.

Jadi aku pun tertarik untuk tegur kucing tu sebab memang kebiasaan dekat parking area ni, brother jockey ni memang bagi makan dekat kucing strays dekat sini. So aku ingat si budak oyen ni salah satu dari kelompok tersebut. Bila semakin hampir aku mendekati dia pun berlari ke bawah kereta menyembunyikan diri. Dalam hati aku berkata "eh kekwat kau ye"
Seperti biasalah dah nama pun kucing, bila kita sahut bunyi seperti nak bagi makan tu dia pun datang dekat kita walau dia rasa takut macam mana sekali pun, itu sebab dia bukan berani sebab mereka dah terlalu lapar.

bila aku amati pertama sekali aku terkejut sebab mata dia sebelah totally takde, rupanya kucing OKU ye. Hurmmmm dalam kepala otak aku ni, sah memang takde lain dah perbutan manusia yang tak berhati perut. Tapi aku simpan tuduhan atau fitnah tu sebab aku sendiri tak tahu macam mana dia boleh buta sampai macam tu sekali.

Tanpa berfikir panjang di dalam dashboard kereta aku memang always ada bekalan untuk anak2 bulus ni. Aku akan beli brand prodiet wet food tu sebab murah dah bagi aku sedap juga kalau kucing2 ni makan. Jadi tanpa berfikir panjang aku bagi makan dekat budak oyen ni di celahan pokok sebab aku tak nak orang nampak or kucing lain nampak. Kesian dia nanti nak makan susah.
Dua paket dia berjaya habiskan dan bagi aku sure budak oyen ni memang dalam kelaparan. Mungkin itu rezeki ko dik, memang stock last ada 2 paket je yang tinggal. Takpe kita tengok pula esok harinya macam mana keadaan dia. Kalau dia still ada dekat spot parking yang sama maksudnya dia memang tunggu aku lah kot. Wish me luck harap2 dia masih ada di situ so on every weekdays tu aku boleh juga bagi dia bekalan makanan untuk sehari.

Bagi aku tak perlu pun nak fikir kesian or bersimpati dengan keadaan mereka, kita terus je hulurkan bantuan. Kalau mampu bagi something untuk mereka makan, kalau takde doakan je dorang ni selamat dari kezaliman manusia yang tak berhati perut ni. AMINNNNNNNN bye uols

Oct 7, 2019

Menjamu Selera Makan Malam di Resepi Warisan TOK SISIK @ Bandar Botanic Klang

Hi Korang, 

RESTORAN SISIK IKAN BAKAR - Kepada mereka yang duduk di area Klang dan kawasan yang berhampiran kifli nak share satu kedai makan yang korang boleh datang bersama dengan family. Bagi kifli tempat ni sangat sesuai bagi mereka yang ada keluarga besar sebab restoran ni memang mampu tampung keluarga korang yang besar tu. Chef kepada restoran ni sebenarnya resepi mereka turun temurun jadi sampai la ke hari ini mereka kekalkan dengan masakan tradisi ala melayu.

Oct 5, 2019

Spend time weekend di @ Nursery Kusta Sungai Buloh

Kalau weekend memang syok kan stay dekat rumah, bersantai di ruang tamu sambil melayan movie kegemaran. Tapi this time around aku follow zuzu pergi ke Nursery Kusta Sungai Buloh. Dari cheras amik masa perjalanan lebih kurang dalam 40 minit. 

Oct 1, 2019

Getah Sayur Dalam Cucur Ikan Bilis @ Tasik Sri Permaisuri Cheras.

korang nak tahu tak? minggu lepas aku plan nak lepak2 dengan si zuzu, dan seperti biasalah kalau plan nak pergi lepak tu sure dalam tengah hari baru start keluar rumah. 

Sep 30, 2019

Tahniah kepada semua pemenang "shop & win" @ lulu hypermarket KL 2019

seperti yang aku war-warkan di dalam instagram posting aku, 28/9/2019 (Sabtu) bertempat di Lulu Hypermarket 1Shamelin KL, mereka telah mengadakan penyampaian Grand Prize event.

Kalau korang ingat dulu posting aku ni KLIK SINI, aku ada share di mana campaign "Shop & Win". Pelanggan hanya shopping di mana-mana Lulu outlet dengan serendah RM 50 dalam satu resit dah boleh menyertai event ni. Seperti tahun lepas Luluy sendiri dah ada buat event seperti ini. Tapi kali ni lebih mengancam hadiah dia.

Sep 29, 2019

Kifli Mally dan Poh Kin Motor Works Sdn. Bhd selesaikan salah faham dengan cara baik.

Baiklah macam mana aku nak mulakan entry ni, seperti yang korang tahu Aug 21, 2019. Aku ada naikkan satu entry berkenaan dengan sebuah panel workshop berlokasi di Ulu Yam. Entry berkenaan bukan lah berniat untuk menjatuhkan nama baik mereka, cuma aku ingin berkongsi pengalaman yang kurang manis semasa aku dalam service mereka. 

Sep 13, 2019

Lebih 100 menu untuk dipilih di Eatz Hong Kong @ the garden mall

Kepada mereka yang ingin merasakan sesuatu yang baru, korang boleh lah berkunjung ke Eatz @ Hong Kong yang terletak di The Gardens Mall. Sebenarnya ni merupanya outlet mereka yang pertama. Jadi aku berkesempatan untuk merasakan sendiri pengalaman untuk menikmati masakan hidangan ala Hong Kong style ni.
tengok la aku sendiri confused macam mana nak selesaikan 100 lebih menu yang tersedia.

Apa yang membuatkan aku lebih teruja, bila aku sampai saja di restorang mereka ni. Restoran ni di hiaskan dengan suasana ala hong kong dan english classic style. Lukisan yang mempamerkan bandar kecil hong kong dan juga menu utama mereka pada sesetengah dinding restoran. Sejujurnya aku cukup selesa untuk menikmati hidangan aku di restoran yang bertemakan ala hong kong ni. 
Kalau korang nak tahu, di Eatz @ Hong Kong juga mereka menyediakan breakfast seawal 8.30 pagi bagi mereka yang berkerja office hour. Cheezy Ball dan juga egg tart sangat sesuai di makan pada waktu pagi. Kemudian mereka ada 3 jenis minuman Coffee, Milk Tea & Yin Yong (Cham). 

Mesti korang tertanya kan siapa Chef yang bertanggung jawab untuk segala penyediaan menu masakan. Tu lah dia chef kita yang bertudung kecil molek je orang nya. 
overall kita orang bertiga sangat enjoy dengan menu yang di hidangkan seperti di atas. Kalau dah suka tu sure aku akan datang repeat next time, so why not kan. 

Kepada mereka yang ingin tahu lebih lanjut berkenaan dengan Hong Kong Style ni korang boleh lawat socmed mereka seperti di bawh ni:


Address: LG-240, Lower Ground Floor, The Gardens Mall, MidValley City 
Phone Number : +603 – 2201 0886 
Email: info@eatzhk.com.my 
Website: www.eatzhk.com.my 
Operating Hours: 8.30am – 10.00pm
Facebook: eatzhk 
Instagram : eatz_hk 
Twitter: eatz_hk

Aug 27, 2019

Abang - Abang nak beli cake tak? Tak apa dik, lain kali ye.

gambar hanya sekadar perhiasan

Abang - abang nak beli cake tak? tak apa ye dik, lain kali je. maka adik tu pun berlalu pergi. 

kepada korang yang stay di Bandar Seri Permaisuri atau stay berdekatan area ni, kalau korang lepak makan kat mana2 kedai sure korang akan nampak seorang budak lelaki ni membawa lebih dari 5 bungkus chocolate moist untuk di jual.

Aug 15, 2019

Bayar separuh harga kini kembali lagi @ Lulu Hypermarket Kuala Lumpur

Bersempena dengan Hari Raya Qurban 2019 baru-baru ni, Lulu KL dan Lulu Shamelin kini mengembalikan promosi Bayar balik separuh harga, Ingat lagi  tak entry sebelum ni? Incase korang dah terlupa korang boleh tengok first entry aku berkenaan dengan promotion ni korang boleh klik link di bawah tu ok?

Aug 13, 2019

Kenapa terasa down sangat hari ni? Rupanya ada hikmah di sebaliknya

Ni serius aku nak tanya pendapat korang, ataupun mungkin korang pernah lalui benda yang sama aku experienced before this. fuhhh ambil sedikit masa juga aku nak share benda ni. Sebab aku takut korang akan kata "benda merapu" macam ni pun nak share. Tapi takpe lah wei, aku tetap nak update entry ni sebab aku nak luahkan apa yang aku rasa dan siapa tahu sedikit sebanyak berkongsi cerita dan pengalaman kan?

Aug 8, 2019

D'kayangan Steamboat & Grill hanya RM 30 dewasa boleh makan sepuas-puasnya

Sekali sekala tu kalau kita teringin nak makan steamboat memang best kan, kena pulak dengan tempat yang berbaloi dan dekat dengan area bandar. Sama lah dengan D'kayangan steamboat & grill yang aku lawat minggu lepas. 

Aug 2, 2019

Sekali Sekala dinner Jauh tak mengapa kan?

Kalau nak dinner jauh sikit dari kebiasaan tak mengapa kan? sebab minggu lepas si zul ni ajak aku teman kan dia dinner dekat restoran kawan dia baru buka katanya dekat Petaling Jaya. Pada awalnya tu aku tak tahu lokasi sebenar dan aku turutkan saja. 

Tapi setelah direction kita orang melalui Federal Highway, sah memang jauh lah dia bawa kita orang ni. Setelah sampai tu baru la aku tahu lokasi sebenar restoran kawan dia tu terletak di @Kilang Kitchen PJ.

Aug 1, 2019

Hanya membayar sewa sebanyak RM 1 sebulan @ Arissto Coffee

Kepada penggemar kaki kopi semua, sudah pasti korang tahu event berkenaan dengan  Malaysia Coffee Fest yang berlangsung pada weekend lepas di One Utama Shopping Center kan? Kepada korang yang tak berkesempatan untuk hadirkan diri tak mengapa mungkin next event korang boleh join. Jadi pastikan korang sentiasa tunggu update semasa dari Malaysia Coffee Fest ni. 

Jul 28, 2019

Lulu memperkenalkan Food Carnival Campaign sehingga 31 Julai 2019

Bersempena dengan campaign food carnival yang di anjurkan oleh Lulu Hypermarket @ 1 Shamelin ni, korang sendiri boleh lah berkunjung merasakan kemeriahan campaign ni. Food campaign ni sebenarnya nak ketengahkan pelbagai jenis makanan yang terhidang untuk pelanggan setia Lulu.