Nov 12, 2019

Raikan Cuti Sekolah anda di Lost World of Tambun, Taman tema pertama berkerjasama dengan Hot Wheels & Barbie

Lost World Of Tambun, Ipoh - Bersempena dengan cuti sekolah bulan ni, parents yang menginginkan sesuatu yang menarik korang boleh lah try berkunjung ke Lost World of Tambun. Apa yang menariknya di sini. Lost World Of Tambun akan menjadi taman tema yang pertama untuk bekerjasama dengan Hot Wheels dan Barbie bagi menyambut kedatangan para pengunjung untuk meneroka kembali zaman kanak-kanak, yang akan bermula dari 23 November sehingga 31 Disember 2019.

Dengan berkonsepkan Barbie - "You Can Be Anything"
Banyak aktiviti yang anak korang boleh participate untuk event kali ni, di antaranya seperti mengambil gambar bersama Barbie Real dalam zon Meet & Greet, serta ada juga Rumah Idaman Barbie yang penuh dengan alat berdandan serta almari khas untuk mereka berfesyen. Comel kan? Dan yang lebih menarik siapa tahu si adik comel kita ni berpeluang untuk minum petang bersama Barbie.
korang tengok ni, betapa cantik dan elegent koleksi dari @barbie_malaysia92
Hot Wheels – Challenge Accepted
Dan kepada mereka yang menyukai Kereta Lumba, ini merupakan pengalaman serta cabaran baru bagi si comel anda,ini kerana Lost World Of Tambun membina trek lumba untuk Hot Wheels untuk para peminat Hot Wheels. Kanak-kanak boleh bermain dan berlumba bersama rakan-rakan di trek setiap hari. Anda juga boleh melawati zon Challege Accepted dan menonton perlumbaan terakhir yang diadakan pada jam 4 petang setiap hari dan berpeluang memenangi hadiah premium dari Hot Wheels.
Siapa sangkan kan kedua Brand Iconic ni mampu berkerjasama, rasa bangga pula dengan kehebatan World Lost of Tambun kerana berjaya merealisasikan program ini. Oleh itu dengan rasa berbesar hati mereka menjemput korang semua untuk merasakan sendiri kempen "Awesome Holidays, Time To Play" yang menariknya ianya juga bersesuaian dari semua peringkat umur. 
Hot Wheels and Barbie akan berlangsung di Lost World Of Tambun Waterpark dari 23 November hingga 31 Disember 2019. Pengunjung akan mendapat akses ke acara eksklusif ini pada RM 77 (MyKad rate) dan akan mendapat barangan premium percuma untuk 3 tiket dan ke atas bagi setiap transaksi di mana ia terhad kepada 4000 unit sahaja.

Untuk info selebihnya korang boleh layari https://sunwaylostworldoftambun.com/
haip jangan malas yer. Click je website
tengok kami sendiri pun tak lepaskan peluang untuk memenangi hadiah comel dari koleksi Barbie dan Hot Wheels. Kepada parents di luar sana, Jom meriahkan lagi event di Lost World of Tambun untuk tahun 2019. Happy Holiday guys.


Sekian,
KIFLI MALLY

2 comments :

Cik Min said...

Wahhh bestnya wakkk..bangga jap ada muka kte dlm entry awak ekekekek

Anonymous said...

I love your this post! I'm a car fanatic and coffee lover. I am used to using coffee capsule, I make my own Nespresso capsule with a Nespresso filling sealing machine. But I am finding new ways to enjoy coffee recently.