Nov 1, 2019

Pernikahan Gah!! Aiman & Fizah anak Pengusaha terkenal Jamu Ratu Malaya Bonda Rozita Ibrahim

27 October 2019 (Ahad) - Siapa yang tak kenal dengan seorang usahawan tersohor di Malaysia iaitu Bonda Rozita Ibrahim pengusaha terbesar product Jamu Ratu Malaya. Telah pun selamat melangsungkan perkahwinan anak lelaki nya  Aiman Hazeem (Ajim) 23 tahun dengan pasangan nya Siti Nurhafizah (Fizah).

Persandingan yang sungguh meriah ini di tempatkan di anjung tradisi Dewan Perdana Felda Kampung Dato Keramat, malam yang penuh dengan adat tradisi melayu di tambah lagi kemeriahan dengan kehadiran pada tetamu VVIP dan kenalan ramai. 
Sementara menunggu ketibaan kedua mempelai tiba, sempat juga kita menebual keluarga Bonda Rozita ni, Press conference tersebut menjadi lebih meriah kami menerima kehadiran Dato Seri Aliff Syukri bersama Datin Shahida. Menurut Bonda Rozita mereka bakal melangsung 4 majlis persandingan untuk anak lelaki terakhir beliau. Semestinya Bonda Rozita menginginkan sesuatu yang simple dan mempunyai konsep sederhana sekaligus mengetengahkan concept Rumah Hutan beliau di dalam concept perkahwinan Ajim pada kali ni. Seringin dengan rumah baru Bonda Rozita yang bakal siap tak lama lagi. 
Bukan itu saja malah cost perbelanjaan perkahwinan ini memakan lebih dari RM 300 ribu, pada asalnya mereka tidak ingin untuk mengupas tentang cost keseluruhan majlis persiapan tersebut, tapi bila di tengok balik dengan kemeriahan resepsi ini sudah semestinya aku sendiri dapat melibat betapa gahnya persandingan Ajim & Fizah pada malam itu, serta dengan kemeriahan tetamu yang melebihi 1000 orang kesemunya. 
Sebagai anak lelaki terakhir Bonda Rozita, bonda sendiri telah menghadiakan Ajim sebuah kereta Mercedes Benz sebagai tanda kasih sayang Bonda Rozita terhadap Ajim. Sewaktu ucapan di sampaikan malam tu, penampilan sendiri dari Kak Yati (Kak Long) serta Dato Aliff Syukri telah bekongsi cerita sewaktu mereka kecil dimana mereka sendiri yang menjaga Ajim dari kecil sehinggalah besar, mereka memberi kasih sayang sepenuhnya serta tumpuan lebih kepada Ajim. Ini kerana Ajim merupakan adik-beradik dari  berlainan bapa. Tapi itu tidak menjarak kan hubungan merelah malah mereka sentiasa menjaga satu sama lain. 

Begitulah yang kita dapat lihat di mana kasih sayang yang sungguh akrab dari Keluarga Bonda Rozita ni, kalau di social media kita sering nampak dimana Bonda Rozita serta Dato Aliff Syukri sangat "happening" bila bab menyentuh hal kekeluargaan mereka adalah contoh terbaik untuk kita ikuti selain sebagai contoh sorang usahawan berjaya dari keluarga besar ini. 

kepada Ajim & Fizah, sy dari kiflimally.com ingin mengucapkan tahniah sekali lagi di atas kelangsungan perkahwinan yang sungguh indah malam itu. Semoga berkekalan dan berbahagia hingga hujung nyawa. Terus sukses dan di kurniakan cahaya mata yang comel (^_^)


Sekian,
KIFLIMALLY

2 comments :

Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni