Oct 5, 2019

Spend time weekend di @ Nursery Kusta Sungai Buloh

Kalau weekend memang syok kan stay dekat rumah, bersantai di ruang tamu sambil melayan movie kegemaran. Tapi this time around aku follow zuzu pergi ke Nursery Kusta Sungai Buloh. Dari cheras amik masa perjalanan lebih kurang dalam 40 minit. 


Biasalah bila dah plan last minit nai, pada kebiasaannya kita orang sure tak lunch lagi. Lepas tu dah lah Nursery ni tutup dalam pukul 6 macam tu. So kita orang ni pun consider rush juga. Anyhow, kita orang berjaya sampai dalam kol 3pm. Alhamdulillah parking spot aku masuk-masuk je terus jumpa. 

  
sampai je kita orang just banyak habiskan masa dekat kedai 1st lagi pun kat situ murah sikit dan banyak bunga yang kita orang berkenan untuk cari. Kepada korang yang nak beli cactus kat sini juga boleh dapatkan dengan harga yang murah.  
 kau tengok lah zuzu, dah memang sinonim dengan exotic nya. Dalam banyak2 spesis hidupan yang ada, periuk kera juga menjadi pilihan hati. haha Memang tak boleh bawa berbincang dengan choices si zuzu ni. 
 dalam banyak2 plant yang aku tengok ni yang paling teruja sekali. Nama plant ni SKY PLANT. sebab dia tergantung je. Harga RM 38. Sangat senang dari segi penjagaan sebab dia ni jenis yang tergantung kemudian berikan sedikit air pun dah memadai. 
 
Bukan saja tertumpu pada tumbu-tumbuhan yang cantik. Dari segi landscape dan juga hiasan pada landscape mereka boleh provide. Ada sorang customer tu dia nak imply grass carpet pada area water fountain mereka, dan pekerja mereka boleh buat service installation ke rumah. 
Kalau korang nak tahu berhadapan dengan kedai yang pertama ni ada sorang pakcik ni jual, air kelapa, cendol dan juga ais kacang. Kepada mereka yang nak basahkan tekak boleh lah berehat sebentar sementara tunggu orang rumah siap memilih barangan deco.

Jadi kepada korang teringin nak datang ke sini, mudah je korang just waze nursery kusta sungai buloh. Ok guys enjoy your weekend. 

1 comment :

JohnRMay said...

Mahu mempunyai beberapa bunga pada Proton X70 2020 saya