Sep 30, 2019

Tahniah kepada semua pemenang "shop & win" @ lulu hypermarket KL 2019

seperti yang aku war-warkan di dalam instagram posting aku, 28/9/2019 (Sabtu) bertempat di Lulu Hypermarket 1Shamelin KL, mereka telah mengadakan penyampaian Grand Prize event.

Kalau korang ingat dulu posting aku ni KLIK SINI, aku ada share di mana campaign "Shop & Win". Pelanggan hanya shopping di mana-mana Lulu outlet dengan serendah RM 50 dalam satu resit dah boleh menyertai event ni. Seperti tahun lepas Luluy sendiri dah ada buat event seperti ini. Tapi kali ni lebih mengancam hadiah dia.


Disebabkan hadiah yang menarik Lulu berjaya menerima sebanyak 250,000 keping tiket borang pernyertaan. korang tengok listing hadiah yang dia tawarkan ni:
1. 2x unit Proton X70
2. 6x Apple iPhone 7plus
3. 6x Toshiba 49" inch UHD TV
4. Lulu Voucher kepada 100 pemenang.
Tapi dalam tak sangka kan di antara beratus ribu penyertaan tu nama dua orang ni memang bertuah betul. Congrats kepada En Khairul Hilmi & En Roslee Misman kerana menjadi pemenang bertuah untuk tahun 2019 ni.
di ucapkan tahniah kepada semua para pemenang. Bagi mereka yang tak bertuah tu takpe kita cuba lagi tahun hadapan. Termasuk lah aku sendiri haha

Event ni sharp start pukul 4.00 petang memang semua staff dan manager dari Lulu ni tiba tepat pada waktunya. Sementara nak tunggu event tu start, kami di jamu dengan jamuan minum petang.
tengok lah si cilik ni bersama dengan Diva Tersohor kita. Amboiii adik lepas ni boleh masuk agency modelling dari Amber Chia gitu. 
Boleh tahan juga dengan persembahan cultural nya. Siapa sangka grand juga event penyampaian ni. Aku pun ikut teruja sekali haha. 
 
ni aku nak share something sikit dekat korang semua, minggu lepas aku ni tak duduk diam nak mencari Tomato Juice, paling bestnya tu ianya available di Lulu Hypermarket ok. Nampak gayanya memang kerapla aku datang ke sini membeli stock juice aku.