Sep 29, 2019

Kifli Mally dan Poh Kin Motor Works Sdn. Bhd selesaikan salah faham dengan cara baik.

Baiklah macam mana aku nak mulakan entry ni, seperti yang korang tahu Aug 21, 2019. Aku ada naikkan satu entry berkenaan dengan sebuah panel workshop berlokasi di Ulu Yam. Entry berkenaan bukan lah berniat untuk menjatuhkan nama baik mereka, cuma aku ingin berkongsi pengalaman yang kurang manis semasa aku dalam service mereka. 


DISINI AKU SENDIRI DAH TURUNKAN ENTRY BERTARIKH PADA 21/8/2019 TUJUAN UNTUK KEBAIKAN DARI DUA PIHAK. 
balik je dari panel workshop tu aku terus buat testing sendiri dekat area rumah, aku jirus air paip dalam lebih kurang 5 minit sebelum pergi ke car wash untuk pastikan ianya betul2 tidak bocor dan result dia Alhamdulillah aku dapati memang tiada lagi leakage yang di kesan. #BolehTarikNafasLega
sepanjang kereta aku dalam tahanan mereka :) 
pihak mereka memberikan aku car loan sehingga kereta cenonet aku tu siap. Nasib baik ini memudahkan aku untuk pergi ke kerja dan ke mana-mana event.

Aku sendiri akui, initiative dan juga effort yang di tunjukkan dari pihak Workshop terutamanya CIK SITI dan MR AH LENG menambah keyakinan aku untuk menurunkan entry berkenaan. Ini bukan lah untuk bermegah-megah dengan kekuatan social media yang terletak pada aku, Cuma aku sekadar ingin meluahkan di diary personal aku. Tapi siapa sangka entry aku boleh sampai tepat kepada owner workshop ni. #THEPOWEROFSOCIALMEDIA memang terbukti berkesan. 
update demi update mereka berikan untuk memastikan aku tidak menunggu dengan gelisah, at least dengan prompt update dari mereka aku tahu progress kereta aku. 

ok berbalik kepada condition kereta aku, semuanya berjalan dengan lancar, tiada lagi masalah yang aku hadap. Bukan itu sahaja mereka membetulkan beberapa parts kereta aku yang problem. 

Kepada CIK SITI & MR AH LENG, again thank you so much for showing me your great kindness. 

Yang Ikhlas,
KIFLI MALLY

No comments :

Post a Comment

Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni