May 25, 2019

Ramadan Review: "Santap Selera Ramadan" Buffet @ Hotel Istana

Hi Korang,

Setakat ni, macam mana dengan puasa korang semua? Aku harap semuanya berjalan dengan lancar di dalam mencari hidayah pada bulan yang mulia ni. Di dalam kemeriahan kita menyambut bulan yang mulia ni, pelbagai plan yang kita boleh lakukan bersama dengan sanak saudara serta sahabat handai untuk berbuka puasa bersama-sama. 

Jadi kalau korang semua mencari menu buffet yang halal serta berkualiti. Korang boleh lah try untuk merasa kulinari istimewa dari Hotel Istana Kuala Lumpur. 

Untuk review kali ni, even aku sendiri tak boleh move on dengan keenakan masakan yang disediakan oleh Chef Al Fitri Al Bakri dan team beliau. 

Seperti kebanyakan tahun nya, memang menjadi tradisi di Hotel Istana untuk menyediakan hidangan yang di datangkan dengan pelbagai variasi seperti masakan ala Western, Indian, Chinese dan Masakan Fusion. 

Sebagai pencuci mulut tahun ni, korang akan di sajikan dengan Pulut Serawa Durian, Dodol Durian, Cendol Durian, ABC Durian dan Lempeng Durian. Aduhhh pencuci mulut dia pun aku dah terangkat haha. 

Jom kita review beberapa stall yang terdapat pada bulan ramadhan kali ni:

PAKISTANI BRIYANI & MURTABAK SINGAPORE
Menu: Coriander Naan, Kalonji Naan, Lamb Keema, Chicken Butter Masala, Chicken Tikka etc.

ISTANA'S SIGNATURE SALMON HEAD CURRY & GULAI TULANG RUSUK

"TOK PENDEK" ROASTED LAMB

ARABIAN SPECIALTIES
Menu: Mandy Rice, Lamb Kabsa, Grilled Chicken Mandy, Beef Dawood Basha, 

BUBUR LAMBUK

NASI LEMAK KUKUS TONG KAYU
Menu: Hati Daging Goreng, Ayam Goreng Pedas, Sambal Udang, Sambal Ikan Bilis, Sambal Sotong 

LAKSA STATION
Menu: Asam Laksam & Asam Laksa Johor

Harga bagi "Santapan Selera Ramadhan" Buffet yang bertempat di Taman Sari Brasserie di Hotel Istana Kuala Lumpur adalah  RM158.00 nett dewasa dan RM75.00 nett kanak-kanak (4 -11 years). bermula dari 8th May - 4th June 2019.

Bagi pemegang card credit terpilih korang boleh mendapatkan discount sebanyak 15% Discount bermula dari 8 Mei hingga 4 Jun 2019.

Untuk tempahan, korang boleh hubungi  03 2141 9988 ataupun 010 222 4717