Mar 20, 2019

D'Warees menghidangkan 5 jenis kari kepala ikan terbaik @ Batu 3 Shah Alam

Hi korang, 

Entry kali ni khas untuk mereka si penggemar kari kepala ikan yang terletak di Batu 3 Shah Alam. Boleh dikatakan, sebut je kari kepala ikan dia lah orang pertama yang gelojoh nak try. Kali ni korang pasti akan terluir bila tengok hidangan gambar Kari Kepala Ikan 5 Jenis ni. Aku respect giler dekat orang yang jenis pandai makan kepala ikan ni, mana tak nya sekali di sroot sroot kepala ikan tu terus licin hingga takde bukti yang tertinggal. Haha penyedut terhebat korang ni.
























Latar Belakang D'Warees?
D'warees ni sebenarnya sudah lama bertapak since 2017 lagi, cuma pada awalnya mereka menumpang tapak untuk berniaga, dan siapa sangka dari situ juga lah mereka menebarkan sayap untuk meluaskan lagi empayar mereka di dalam menghidangkan masakan berlauk. Dimana resepi masakan ini adalah resepi turun - temurun keluarga. D'warees di miliki oleh pasangan suami isteri. Tidak asing lagi sebut saja Kali Kepala Ikan D'Warees Batu 3 Shah Alam orang sekitar shah alam sudah tahu kedai mana yang di maksudkan. 

Apakah Menu Killer D'Warees?
Seperti yang korang tahu, D'warees sama seperti kedai lain yang menghidangkan masakan berlauk di mana para pengunjung tempatan boleh menikmati sesi sarapan hinggalah ke makan tengah hari. Lauk Pada tengah hari seperti (Kari Kambing, Masak Lemak Nangka, Asam Pedas, Kurma Daging, Pajeri Nenas, Ulam-Ulaman dan sebagainya). Hinggalah ke menu killer mereka iaitu Kari Kepala Ikan. Permintaan dari pengunjung ramai seperti ikan jenis Ikan Merah, Ikan Jenahak, Ikan Kerapu, Ikan Tenggiri, dan Ikan Mayong.

Berapa Harga Kari Kepala Ikan ni?
Harga mestilah bergantung kepada hidangan bermula dari RM 25 - RM 100 dimana ianya mengikut jenis dan saiz ikan. P/S: Kegemaran para pengunjung biasanya Ikan Merah & Ikan Jenahak Merah.
Setiap hari D'warees mampu menjual sehingga 50 - 70 ketul kepala ikan. Pada waktu tengah hari, gerai ini akan sibuk menerima kunjungan yang berkerja berhampiran dan pada belah hujung minggu pula sibuk dengan kunjungan keluarga
Bersama dengan 3 orang owner D'warees, untuk pengetahuan korang record Kepala Ikan terbesar yang pernah D'warees Resepi sediakan adalah bersaiz 7KG. 
Seperti yang korang tengok di atas terdapat banyak jenis masakan berlauk yang di sediakan, para pengunjung boleh menikmati pelbagai aneka jenis lauk pauk. Bukan itu sahaja, pencuci mulut seperti onde-onde, lepat pisang, kerepek tempatan dan bermacam-macam lagi.
Waktu perniagaan bermula dari pukul 6.30 pagi hingga 4.30 petang dan Cuti pada Hari Ahad.Menurut pemilik kedia ada segelintir pengunjung yang sudah mula mencari kari kepala ikan pada seawal jam 10 pagi. 


Pertanyaan Lebih Lanjut boleh lah hubungi mereka di:
Telefon : 017-324 2140 | 017-366 3987

No comments :