Wahai semua pembaca blog kifli mally.com. Ini ada satu berita baik yang aku ingin kongsikan dengan korang semua di luar sana. Prima valet kali ni muncul dengan peragaan fashion show yang terbesar untuk tahun 2018, yelah mana tidaknya undangan para tetamu saja yang hadirkan diri seramai lebih dari 800 orang (terdiri daripada pelanggan setia PV / ejen / personal shoppers / kenalan media dan artis serta ramai lagi. Belum termasuk lagi dengan himpunan para model seramai 130 kesemuanya, dimana mereka ini di berikan peranan besar untuk memperagakan koleksi raya dari Prima Valet khususnya.
Pada tahun ini seiring dengan bertemakan Glam Lebaran menampilkan elemen mewah kontemporari dan harga mampu milik jadi bukan satu alasan untuk mendapatkan koleksi mereka ini gituuuu, Prima Valet seharusnya mempunyai sentuhan yang sangat ekslusif dan pastinya akan memukau para tetamu yang hadir pada malam itu.
Apakah jenis koleksi yang di perkenalkan oleh Prima Valet pada tahun ini?
Ianya terdiri dari Baju Melayu, Kurta, Baju Kebaya, Baju Kurung, baju Kanak-kanak, koleksi sedondon untuk keluarga dan serta himpunan koleksi baju kurung berasaskan saree.
Apakah jenama himpunan atau koleksi pada tahun ini yang terdapat di Prima Valet?
Semestinya klasik tema raya tahun ini terdiri dari jenama yang tidak asing lagi seperti Arjuna, Meylana, YoumeAndHunny, Nur Aishah, Shasya Habib, Ezuwan Ismail, Syus Couture, Zoud, Kukubesi, Buranku.co dan semestinya koleksi dari Prima Valet sendiri iaitu PV Man, PV Woman & PV Kids
Siapakah antara artis “Stars of Primavalet” untuk tahun 2018 ini?
Diantaranya ialah Zul Arifin, Alif Satar, Amar Bahrin, Amyra Rosli, Aqeef Anaqi, Asad Mowtah, Zukie, Siti Nordiana, Nabila Razali, Janna nick, Atikah Suhaimie, Asyallie & Shaheizy Sam.
Berita baik!!! korang semua tidak perlu risau kerana semua pertunjukkan yang di persembahkan pada malam tersebut terdapat di Prima Valet sendiri dan ianya di keluarkan secara berperingkat bermula 1 Mei hingga 1 Ramadhan.
Bagaimana saya ingin mendapatkan koleksi tersebut?
Korang boleh pergi ke cawangan mereka yang berhampiran seperti di Ostia Bangi, Branch di Senawang, negeri Sembilan dan di Kota Bharu Kelantan. Serta cawangan baru mereka terletak di Wangsa 118, Wangsa Maju pada 5 mei 2018 ini. Atau korang boleh miliki semua koleksi ini secara online di https://www.primavalet.com/
seperti yang korang tengok koleksi jubah dan baju melayu lelaki sememangnya menarik perhatian aku, jadi tak salah lah jika di antara koleksi raya tahun ini aku dapatkan dari Prima Valet :)
p/s: Segala gambar di atas yang berkualiti tinggi ini adalah kepunyaan PA PA DIN (FB)
No comments :
Post a Comment
Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni