May 21, 2018

Menikmati sunrise di Bukit Batu Putih @ Port Dickson

Betul kata orang kan? plan last minit sure semuanya menjadi kan, same goes to this one here. Plan nak go hiking di Bukit Batu Putih @ Port Dickson menjadi nyata. Thanks to my bff adyba jee sebab menjayakan plan last minit ni. 



Berapa Yuran kemasukan?
Untuk meneruskan pendakian di bukit batu putih ini, setiap seorang akan di kenakan bayaran sebanyak RM1 sebagai yuran kemasukan. 

Kenapa Bukit Batu Putih?
pada asalnya aku kawan aku yang kaki hiking pernah mention, nak naik bukti ni sangat kacang! tak perlukan banyak tenaga lagi pun tempat dia memang sesuai untuk para beginner untuk try.

Percaya atau tidak aku sendiri surprised memang tersangat mudah untuk sampai ke puncak bukit batu putih ini. Pemandangan dia masyahAllah hanya tuhan je yang dapat tahu betapa indah dan luasnya ciptaan tuhan yang memukau di tambah pula dengan sunrise dari ufuk timur. 
Di area rumah api ni hanya di kelilingi oleh hutan dan lautan. Jadi view untuk bergambar di sini amat terhad melainkan hanya berlatar belakang kan Rumah Api sahaja.

Tahap Kesukaran?
Ok untuk mereka yang jenis suka kan nature, dan juga penggemar hiking bukan nak cakap besar if aku dengan kawan aku seperti fahmy and aizat sure kita orang boleh naik sampai ke puncak dengan berbekal kan 15 minit Ok tak baik cakap besar. Itu pun sebab kita orang start ikut entrance dari Rumah Api. Tapi its true memang sangat senang untuk sampai ke puncak dia sebab sepanjang journey tu track dia amat structured di mana memudahkan orang ramai untuk berjaya sampai ke puncak dengan selamat.  
navigation yang sangat mudah untuk korang keep track. Just follow mark yang telah di tetapkan.

Laluan untuk sampai ke puncak Bukit Batu Putih ni ada dua, sama ada korang nak start dari arah pantai atau dari laluan rumah api. Pertama kali aku lalu ialah entrance dari rumah api. So kalau korang nak jalan mudah ialah dengan melalui tracking rumah api.
kemeriahan yang dapat korang rasakan, semua berpusu-pusu untuk mengambil gambar
sekian laporan dari Miss Adyba Jee dan Kifli Mally - eh btw plan untuk repeat balik nak ke Bukit Batu Putih ni after raya. 
 ok guys, tunggu next entry dari aku ok.