seawal 10 pagi, ko tak rasa semua vitamin D tu meresap masuk ke dalam wajah aku.
kalau tak silap ini merupakan kali ke 2 aku bertandang di air terjun chamang ni, kalau korang nak tahu air terjun chamang ni terletak di daerah Bentong Pahang. Ok aku pun takde la masa banyak nak cerita pasal sejarah air terjun chamang ni. Apa yang aku tahu majoriti korang dah pernah datang ke sini kan? Siapa yang belum pernah datang tu aku suggest better datang sebab parking di sebelah dengan air terjun so family sesuai untuk berkelah.
kalau korang nak pergi mandi air terjun kat sini mudah je uols, korang just waze atau click pada link google maps kat sebelah ni. Chamang Waterfall Maps
bersempena dengan hari buruh 1 may tempoh hari, kita orang plan datang untuk berkelah untuk spend quality time bersama dengan rakan-rakan dan menikmati alam semula jadi ni, Kalau tak silap aku ada dengar yang chamang ni kena tutup sementara sebab ada kes kematian dimana pengunjung kat sini mati lemas. Tapi memang betul juga wei, ada satu area air terjun tu dia jenis berpusar. So korang semua kena lebih berwaspada ok. Walaupun ajal maut semua di tangan tuhan tapi kita kena sentiasa berhati-hati ok.
So kepada korang yang nak mandi kat chamang ni nasihat aku ialah sentiasa berhati-hati. Yelah kita ni bila dah bersama dengan kawan-kawan kadang tu kita terleka. Nak pula kalau fonen-fonen ni nampak jantan confirm sanggup acting lemas semata nak tarik perhatian jejants kan? haha
Tips dan advice yang simple aku boleh share dengan korang ialah:
1. Sila datang awal ke air terjun ni sebab space parking yang amat limited
2. Bayaran untuk masuk ke parking area RM 2/seorang
3. Makanan dan minuman ada di jual tapi start dalam tengah hari
4. Tandas sangat limit dan sedikit kotor / what do you expect kan.
5. Tolong jaga kebersihan kawasan tempat korang dan please jangan jadi sakai yan tak reti kutip sampah.
kalau korang ada kawan yang hebat dalam bidang photographer memang sesuai korang angkut dia merata sebab tuhan dah kurniakan kesempurnaan bila dia mengambil gambar korang, berbanding dengan diri kau yang acap kali snap pic member terus berubah menjadi bolong :)
Sekian uols.....
1 comment :
www11.17
canada goose
supreme clothing
moncler jackets
bottega veneta
christian louboutin
nike shoes
ralph lauren polo
reebok outlet
mbt shoes
giuseppe zanotti
Post a Comment