Apr 8, 2018

Sun burn di sungai kg pertak @ kuala kubu bharu

 yesss aku kena sun burn, ini sejarah dalam hidup aku dan ini first time aku mandi sungai balik tu je terus kulit aku merekah, mengelupas dan kemerahan. Baru aku dapat rasa macam mana peritnya bila kulit kita terdedah dengan sinaran UV yang melampau. Nasib baiklah ada gel aloe vera gel yang lembapkan kulit aku ni. 

Seperti biasa pada hujung minggu memang tak sah kalau budak-budak ni akan ajak untuk pergi camping atau membuat aktiviti outdoor contoh, mandi sungai, camping, hiking dan jungle track. For this time around kita orang plan nak mandi sungai, di mana sungai tu terletak di Kuala Kubu Bharu.

Dan yessss dua tahun lepas aku pernah beriadah di Air Terjun Chiling bertempat juga di Kuala Kubu Bharu KLIK SINI kalau korang nak baca entry tu ok.
Masa perjalanan dari Cheras ke Kuala Kubu Bharu ni makan masa lebih kurang sejam setengah. Jangan risau, kepada si pemandu tu korang boleh lalu highway baru iaitu Rawang Bypass nanti korang akan terjumpa dengan bungee jumping dekat tepi highway tu, mungkin next time aku boleh try if ada kesempatan.
untuk korang yang nak sampai ke sungai pertak ni sememang nya mudah sebab takde lah jauh dari tempat korang park kereta. Lepas tu sepanjan jalan tu korang akan nampak ada di antara pengunjung yang mendiri kan khemah dan ada juga yang bermalam di tepi sungai tersebut.
untuk ke area sg pertak tu korang kenalah melalui jambatan besi ni, then barulah tiba dekat sungai, dalam perjalanan masuk tu korang akan melepasi pondok entrance yang dijaga oleh orang asli kat situ dengan bayaran kemasukan seorang RM 1, bayaran tu adalah untuk upah mereka bersihkan kawasan sekitar sungai tu, ouh untuk pengetahuan korang dekat sini juga para pendaki bukit tidak mahu ketinggalan untuk menawan bukit kutu. Aku berharap satu hari nanti aku dapat tawan bukit kutu tu sendiri.
apa yang bestnya dalam aktiviti macam ni chances untuk dapat lebih kenalan baru itu sudah menjadi kebiasaan. The more the merrier. Kemudian banyak lah pengalaman dan tips relate kepada kaki camping atau hiking. Bagus juga at least takde la aku rasa kekok sangat kalau nak pergi buat aktiviti lasak seperti ini.
Dia orang ni dah boleh aku classify kan sebagai seorang yang pro sebab tengok dari peralatan dan kelengkapan mereka sewaktu berada di dalam hutan memang lengkap. Berbanding dengan aku ni, kalau sesat dalam hutan for sure aku adalah orang pertama yang akan mati kebulur haha. Bila dorang semua dah penat bermain air terasa lapar pula perut ni, time ni lah aku nak uji sendiri skill memasak aku. Alaaaaaa kalau sekadar masak benda simple tu semua orang pun boleh. Jadi masak maggie adalah perkara yang paling simple untuk kita lakukan, contoh lagi satu menggoreng frozen food memang merupakan penyelamat keadaan, senang untuk di masak dan di hidang.
ok la guys till next entry ya.

No comments :

Post a Comment

Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni