Minggu lepas baru aku terfikir
nak melawat Langkawi, best juga tu kalau dapat spend time dekat Langkawi untuk
beberapa hari. Mungkin lebih kepada weekend gateaway. BESTNYAAAA!!!!! Sebab
last time masa aku pergi Langkawi zaman college dulu tu pun aku tak berkesempatan
untuk naik cable car, sebab time tu angin bertiup kencang (T_T) sob~
Bagi korang plan bercuti dengan
keluarga aku sarankan jangan pergi waktu kemuncak seperti bulan December. Sebab
bulan ni source menunjukkan kadar pelancong berkunjung ke Langkawi sangat
tinggi. So my tips pergi pada bulan April, August dan September.
Nak di jadikan cerita kawan aku
proposed plan ni nak pergi dalam hujugn bulan September, dan aku adalah orang
yang paling excited. So aku kena lah start dari sekarang untuk buat review tempat-tempat
yang menarik untuk aku melawat, lepas tu food hunting for sure in my priority
list. Kemudian Chocolate??? OH MY GOD I can even smell heaven already. #excited
(^_^)
Sebagai permulaan aku kena google tempat-tempat yang menarik,
paling common pun at least top 10 location yang aku kena visit. This time
around kalau boleh aku tak nak ketinggalan semua yang aku dah plan, seperti
yang korang sedia maklum Langkawi kan terkenal dengan pantai dan scenery dia
yang sangat memukau, sebab ini adalah satu khazanah negara yang sangat bernilai
penuh dengan sejarah yang tersendiri. Aku sangat bertuah sebab aku ada beberapa
kenalan di Langkawi jadi kalau kehabisan idea tu nanti boleh lah bertanya pada
orang local kan. Malu bertanya nanti sesat jalan pula haha. So tips kedua aku
ialah jangan segan untuk bertanya ok! sebab korang pasti akan menemukan perkara
baru bila bertanya pada orang local ni. Who knows!!
Ada beberapa perkara yang confirm
aku buat bila berada di Langkawi nanti:
- Top 10 location visit
- Food hunting
- Sourvenirs
- OOTD
Oh ye! Ni lagi satu tips yang aku
ambil serious, kemungkinan aktiviti kami banyak kepada pantai dan outdoor
activities, jadi aku akan pastikan sunblock lotion kena sentiasa ada bersama,
ini sebab last time waktu aku buat aktiviti mandi
sungai di Sg Pertak tempoh hari, aku terkena surn burn yang sangat teruk. Bekas
hitam pada kulit belakang aku masih berbekas sampai sekarang ni. Memang kali ni aku tak ambil remeh dalam
hal-hal penjagaan kulit ni. Bila dah terkena baru terasa menyesal haha. Lagi
satu tips penjagaan yang aku harus titikberatkan ialah pengambilan air mineral
agar aku tak dehydration sewaktu berapa di Langkawi nanti.
Tentang penginapan aku dah try
search popular
hotels in Langkawi dan definitely kita orang perlukan tempat yang murah dan
berbaloi untuk stay sepanjang percutian kita orang kat sana, dan yang penting
berdekatan dengan pusat tumpuan yang terdapat di Langkawi ni. Berkenaan dengan
pengangkutan juga memainkan peranan yang penting, contoh nya macam sekarang ni
aku kena early plan untuk book dan compare harga untuk mencari tiket flight
yang murah. Haha aku pun baru tahu dengan apps Traveloka pun boleh
membandingkan harga kepada semua Airline Malaysia.
Pada kebiasaannya, dalam hal yang
terancang seperti ini korang kena booked dengan serta merta, jangan plan nak
book ticket atau hotel pada last minit. Bukan apa ini untuk mengelakkan perkara
seperti last minute cancellation. Kalau korang dah siap book awal serpeti
ticket perjalanan dan hotel selebihnya korang boleh focus untuk kumpul duit
perbelanjaan sahaja. Jadi tips terakhir dari aku ialah jangan amalkan untuk
plan pada last minute melainkan korang
tidak punya masalah dengan “budget”. Bagi mereka yang plan untuk menyimpan /
saving seeloknya rancang perjalanan korang dengan teliti ok. Lagi awal lagi
elok!
Aku pun berharap semuanya
berjalan lancar pada bulan September nanti. Ok lah guys, till my next entry!!
2 comments :
hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
sincerely , farahain zfa
lama tak pergi langkawi.. last masa kecik2 dulu.. huhu
Post a Comment