Apr 22, 2018

Jom bercuti ke Langkawi bulan September ni!

Minggu lepas baru aku terfikir nak melawat Langkawi, best juga tu kalau dapat spend time dekat Langkawi untuk beberapa hari. Mungkin lebih kepada weekend gateaway. BESTNYAAAA!!!!! Sebab last time masa aku pergi Langkawi zaman college dulu tu pun aku tak berkesempatan untuk naik cable car, sebab time tu angin bertiup kencang (T_T) sob~
Bagi korang plan bercuti dengan keluarga aku sarankan jangan pergi waktu kemuncak seperti bulan December. Sebab bulan ni source menunjukkan kadar pelancong berkunjung ke Langkawi sangat tinggi. So my tips pergi pada bulan April, August dan September.

Nak di jadikan cerita kawan aku proposed plan ni nak pergi dalam hujugn bulan September, dan aku adalah orang yang paling excited. So aku kena lah start dari sekarang untuk buat review tempat-tempat yang menarik untuk aku melawat, lepas tu food hunting for sure in my priority list. Kemudian Chocolate??? OH MY GOD I can even smell heaven already. #excited (^_^)

Sebagai permulaan aku kena google tempat-tempat yang menarik, paling common pun at least top 10 location yang aku kena visit. This time around kalau boleh aku tak nak ketinggalan semua yang aku dah plan, seperti yang korang sedia maklum Langkawi kan terkenal dengan pantai dan scenery dia yang sangat memukau, sebab ini adalah satu khazanah negara yang sangat bernilai penuh dengan sejarah yang tersendiri. Aku sangat bertuah sebab aku ada beberapa kenalan di Langkawi jadi kalau kehabisan idea tu nanti boleh lah bertanya pada orang local kan. Malu bertanya nanti sesat jalan pula haha. So tips kedua aku ialah jangan segan untuk bertanya ok! sebab korang pasti akan menemukan perkara baru bila bertanya pada orang local ni. Who knows!!
Ada beberapa perkara yang confirm aku buat bila berada di Langkawi nanti:
  1. Top 10 location visit
  2. Food hunting
  3. Sourvenirs
  4.  OOTD
Oh ye! Ni lagi satu tips yang aku ambil serious, kemungkinan aktiviti kami banyak kepada pantai dan outdoor activities, jadi aku akan pastikan sunblock lotion kena sentiasa ada bersama, ini sebab last time waktu aku buat aktiviti mandi sungai di Sg Pertak tempoh hari, aku terkena surn burn yang sangat teruk. Bekas hitam pada kulit belakang aku masih berbekas sampai sekarang ni.  Memang kali ni aku tak ambil remeh dalam hal-hal penjagaan kulit ni. Bila dah terkena baru terasa menyesal haha. Lagi satu tips penjagaan yang aku harus titikberatkan ialah pengambilan air mineral agar aku tak dehydration sewaktu berapa di Langkawi nanti.
 
Tentang penginapan aku dah try search popular hotels in Langkawi dan definitely kita orang perlukan tempat yang murah dan berbaloi untuk stay sepanjang percutian kita orang kat sana, dan yang penting berdekatan dengan pusat tumpuan yang terdapat di Langkawi ni. Berkenaan dengan pengangkutan juga memainkan peranan yang penting, contoh nya macam sekarang ni aku kena early plan untuk book dan compare harga untuk mencari tiket flight yang murah. Haha aku pun baru tahu dengan apps Traveloka pun boleh membandingkan harga kepada semua Airline Malaysia.

Pada kebiasaannya, dalam hal yang terancang seperti ini korang kena booked dengan serta merta, jangan plan nak book ticket atau hotel pada last minit. Bukan apa ini untuk mengelakkan perkara seperti last minute cancellation. Kalau korang dah siap book awal serpeti ticket perjalanan dan hotel selebihnya korang boleh focus untuk kumpul duit perbelanjaan sahaja. Jadi tips terakhir dari aku ialah jangan amalkan untuk plan pada last minute  melainkan korang tidak punya masalah dengan “budget”. Bagi mereka yang plan untuk menyimpan / saving seeloknya rancang perjalanan korang dengan teliti ok. Lagi awal lagi elok!
 
Aku pun berharap semuanya berjalan lancar pada bulan September nanti. Ok lah guys, till my next entry!!

2 comments :

  1. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  2. lama tak pergi langkawi.. last masa kecik2 dulu.. huhu

    ReplyDelete

Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni