Mar 14, 2018

You give happiness to your parent, you'll get a pleasant life

malam ni aku rasa entah kenapa tiba-tiba tertarik untuk buat entry tentang keluarga. Biasanya aku paling ralat untuk menyentuh tentang isu keluarga, tapi hanya di sebabkan oleh malam ini aku lepak dengan someone yang baru je aku kenal. Dia terlalu selesa dan exited untuk bercerita tentang keluarga. Bila dia bercerita tentang keluarga terus membuatkan aku berfikir, umpama aku ni seorang anak yang tidak bertanggung jawab dan teruk perihal tingkah lakunya.

kita sebagai manusia ni, memang tiadalah yang sempurna, cuma bila kita menjalani kehidupan ini dengan tujuan dan prinsip pegangan diri sendiri, membuatkan kita untuk berfikir jauh. Aku sungguh selesa untuk lepak dengan manusia yang jenis matang dan bijak bila berborak. Kerana banyak info yang kita boleh berkongsi.

Bila di fikir balik isu perbualan kita orang, nak di banding aku dengan dia memang lah jauh. Dari segi apa? Dari segi memberi kesenangan kepada keluarga. Spend masa bersama keluarga dan membahagiakan kedua orang tua kita. To be honest eh!!! sepanjang hidup aku, aku tak pernah memberikan kesenangan kepada orang tua aku, kerana aku banyak mementingkan diri sendiri berbanding mereka. Ini apa yang aku nampak selama ini. #Sedih.

Aku bukan nak memburuk kan diri sendiri, aku cuma ingin mengatakan kenapa orang lain mampu tapi sebaliknya aku tidak? Orang lain mampu sebab dari dulu lagi orang tua mereka ada kerjaya dan hidup yang serba bagus. Tapi berlainan dengan aku, kami memang hidup berlandaskan jenis bersederhana, nak di katakan tidak berkemampuan? Alhamdulillah makan, tempat tinggal, pakaian semuanya masih cukup. Cuma bila nak di labelkan untuk hidup dengan kemewahan itu bukan lah kami. Dari generasi keturunan keluarga kami, aku dan adik beradik lah yang baru nak di katakan baru nak menapak untuk hidup dengan kos sara hidup yang tinggi.

Alaaaa tapi kami tengok kau mewah je kesana dan kemari? Pembetulan eh? ini lah kelebihan hidup aku sebagai seorang blogger, kerana aku boleh access event dan privilege di mana bukan semua orang boleh merasai pengalaman sebegini. Jadi untuk perbetulkan statement korang di luar sana, itu hanyalah lakonan semata-mata.

kalau nak di ikutkan dari generasi keturunan yang lepas mereka bukan orang senang, mereka tidak punya harta, mereka tidak punya aset, dan mereka tidak punya kerjaya. Apa yang membezakan generasi kami berbanding dengan generasi orang tua kami? jawapan dia ialah kerjaya..... Kerjaya yang membuatkan kami keluar dari kelompok hidup kais pagi makan pagi. Tapi even though kami punya kerjaya, ianya hanyalah sekadar perkataan yang membuatkan diri kami berbeza. Kerjaya kami umpama ulat beluncas yang mengambil masa untuk berubah untuk menjadi rama-rama. Bukan senang dik nak start dari bawah, banyak yang kita orang lalui dari bawah. Terima kasih aku kepada kawan-kawan terdekat yang sedikit sebanyak menolong aku. 

Bukanlah coretan ini aku luahkan untuk memberitahu tentang penyesalan aku, TIDAK SAMA SEKALI!!! Aku cuma ingin berharap di mana satu saat dan ketika. Orang tua aku boleh tersenyum dan menarik nafas kerana anak-anak mereka juga mampu membahagiakan mereka. 
 10/3/2018

quote last yang dia mention sebelum bersurainya discussion kita orang untuk malam ini. 
You give happiness to your parent, you'll get a pleasant life.

insyahAllah Amin....

p/s: sepanjang aku menulis blog. ini adalah masterpiece yang cukup bermakna buat aku. (^_^) - kalau nak di ikutkan hati nak saja aku bercerita dengan lebih panjang. Namun batas aku sampai disini saja. Jumpa di entry lain ok???



No comments :

Post a Comment

Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni