Dec 26, 2017

Resepi Orang Bujang: Sotong Masak Salt & Pepper

hi uols,

sihat tak? lama betul kita tak bersua kan? hurm banyak betul posting yang pending aku nak settlekan untuk tahun ni, lately ni banyak posting aku pending mungkin sebab aku tengah  nak uruskan sempena 2018 yang bakal tiba untuk beberapa hari je lagi. 

InsyahAllah semuanya akan berjalan dengan lancar...
ok dalam entry kali ni aku nak share dengan korang resepi favourite aku yang kedua, super simple. Ni adalah resepi kesimbungan dari entry yang lepas "Resepi Orang Bujang: Tempura Fish Fillets masak Telur Masin"

to be honest aku sangat suka dengan resepi kali ni, sebab memang kena betul dengan selera aku. haha

so jom tengok kat bawah apa bahan-bahan dan cara penyediaan.
bahan utama seharusnya aku menggunakan squid dari brand pacific west ni, sungguh kenyal dan tebal isi dia. Serius aku suka sangat.


Bahan-Bahan Untuk sauce coat Sotong:
1. Bawang Putih di cincang halus
2. Serai 
3. Cili Padi di potong halus
4. Minyak masak
5. Ketumbar
6. Halia di hiris halus
7. Secukup rasa Sos Cili & Sos Tiram
8. Air 
9. Bawang Besar
10. Cili merah di potong halus (optional)
11. Daun Limau Purut

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan goreng Bahan utama kita iaitu sotong pacific west, kemudian toskan ketepi sebab later kita akan masukkan kedalam sauce coat kita.
2. Dalam kuali berserta minyak panas, tumiskan cili padi, bawang putih, serai, hirisan batang ketumbar hingga kesemua bahan ni sebati dan wangi.
3. Kemudian masukkan cili sos & sos tiram dan sedikit air masak sebagai kuah. Pastikan ianya masak dan sehingga kuah nampak pekat dan tebal.
4. Masukkan bawang besar, hirisan cili merah, dan Limau purut. 
5. Masukkan bahan utama ke dalam kuali dan gaul sehingga ianya sebati kepada semua permukaan sotong goreng itu tadii.
6. Hidang dan hiaskan dengan beberapa helaian daun ketumbar. Walaaaaa dan siap.
wow makan dengan kicap cili, perghh memang terbaik la uols.

kalau korang nak tengok dengan lebih teliti, korang boleh tengok video yang aku upload dalam insta story aku kat FB link di bawah ni.

thank kepada korang yang view blog aku ni, kalau korang dah cuba tu jangan lupa buzz kita kat social media ok. teringin juga nak tengok macam mana hasil masakan korang :)

No comments :

Post a Comment

Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni